Monday, 14 October 2013

Orientasi Zoology - Waterfall No.7, Gunung Gading

YUHUU~~~

  Haa, baru ada masa nak menaip semula..haha..meh sambung cerita lepas..;)..Cerita bermula pada 21/09, hari sabtu. Masa tu orientasi fakulti. Orientasi tu diadakan kat Gunung Gading, Lundu. Sepatutnya mula berangkat pada hari jumaat, malangnya akibat masalah transport, terpaksa la tunda last2 minit..Kesian kakak2 dan abang2 fasilitator, tak pasal2 kena 'bom' ngan junior2 sekalian..hehe..Orang dah thrilled up, on fire dah, tapi rancangan pula tak menjadi..Apapun, bagi kredit juga la kat senior2 sebab mereka cekap menguruskan masalah tersebut sampai la tamat orientasi. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan.

Ya la, akhirnya dapat juga menjelajah  negeri orang walaupun hanya sementara..hohoho..Awal pagi la dah kena bersiap, dah la penat sangat lepas orientasi kat external lab hari jumaat tu, tido lagi la x cukup..haha..takpa2, senior2 jauh lebih terasa penatnya..haha, apapun, nasib baik dah kemas barang2 masa hari jumaat tu, tak la kelam kabut sangat pagi sabtu tu, awal pagi buta juga la, aku dah bertolak pergi ke bus stop fakulti sebab memng kena berkumpul sana pun. Aku ingat aku antara  orang terawal sampai, rupanya dah penuh bus stop tu. Dari jauh, dah nampak budak2 zoology..haha.

  Siap 'bling2' lagi tu..Ya la, semua guna beg baru, beg trekking punya, sebab biasala, budak2 freshie mana tau lagi benda yang perlu dibawa, bila dah dimaklumkan, habis licin kedai..haha. Tauke kedai beg pun senyum lebar tengok budak2 UNIMAS ni..haha. Aku pula, akhirnya bersatu dengan kawan2 aku, dah bila adat berjumpa ni, mesti chit-chat saja la kerja kami..Punya lama kami tunggu, bas yang bakal kami naiki belum sampai2..Adoyai..aku pula rasa sedikit menyesal datang awal ni, tu laa, skema sangat..haha. Akhirnya, lepas hampir 1 jam menunggu, baru bas sampai. =.= ..

Pastu, aku ingat kami main redah saja naik bas tu, rupanya kena naik ikut giliran kumpulan..Dah la aku kumpulan 8, satu kumpulan ada 10 orang maksimum, memang tak muat bas tu..haha. Nasib baik ada bas kedua, sempat juga la naik, klo tak jadi macam pelajar2 yang tak bernasib baik, kena tumpang van UNIMAS dan ada yang tumpang kereta seniors..hee..Dan bermula la 'epic journey' kami..hahahaha. Bila bas nak bertolak da, keadaan sunyi sepi saja, semua tido..haha, penat sangat pas orientasi kat external lab hari sebelumnya..Melepas la korang weh..;p

   Dalam perjalanan tu, aku bercadang taknak tido, sebab takut terlepas pemandangan kat luar..Tapi sekejap ja aku bertahan, tengok2, aku pun terlelap..hoho..Tapi, syukur la, aku dah bangun masa kami hampir sampai ke destinasi kami..Tak la melepas tengok Gunung Gading dari jauh..haha. Gila, bila kami dah sampai tu, dah mula la 'cabaran' sebenar..Bayangkan saja, lepas kami turun dari bas, dah kena beratur ikut kumpulan, sedikit taklimat, bersurai, letak beg kat chalet, tapau makanan, berkumpul ikut kumpulan semula, taklimat lagi dan terus mendaki. AIGOO!!...

Orang tak sempat nak warm-up pun..=.= Kami dipisahkan menjadi dua kumpulan lagi, group 1,3,5,7,9 pergi ke viewpoint, tempat meninjau pemandangan Gunung dan pada masa yang sama dapat melihat spesies2 burung kat sana termasuk la hornbill...WAAAA!!!...jelesnya..huhuhu...Kumpulan selebihnya termasuk kumpulan aku akan pergi menuju Waterfall No.7, bapak segala waterfall..yang paling last sekali..memang aku dah mendapat firasat yang buruk ni..haha

   Seperti yang aku jangka, perjalanan kami ke waterfall tu memang 'hell', bagi aku la..dah la chubby, tak pernah bersenam pula tu..tercungap-cungap joo..Semua ahli kumpulan aku dah jauh ke depan, aku masih duduk berehat kat batu2..Kesian abang senior terpaksa temankan aku atas sebab keselamatan..Dah menyusahkan orang la pula..TENKIU abang senior!!!...hehe. Tu la, orang dah suruh bersenam, tapi duduk terperuk dalam bilik 24 jam..salah sendiri..T.T..huhu. 

Apapun, aku tetap kuatkan semangat aku nak sampai kat waterfall tu. Ni lagi la aku tak boleh lupakan..I like my GROUP!!..They are awesome~~ Semua bagi semangat kat aku, Yuva selalu 'motivate' aku kalau aku dah tak boleh teruskan..geng2 perempuan afifah, lenny, izzah, aisyah, lara dan qamarina pun beri semangat kat aku. Even satu-satunya international student dari German, Josh pun motivate aku..Tolong kipas ada laa..haha, motivate juga tu..;p. 

    Aku rasa la, kumpulan kami la yang paling bising kat dalam hutan tu, masing2 motivate masing2..haha. Ada satu kejadian ni, kami berehat di pondok rehat, masa tu dah hampir separuh perjalanan, tinggal separuh lagi nak tempuh..ada satu papan info ni pasal lagenda waterfall, lucu gila wehh..."Kepada lelaki yang bersiram di waterfall no.7 ini akan dapat menghawini 10 orang wanita..."..Wah, terkezut mek nangga papan iklan 'viagra' yah..haha..ni kali la..Satu-satunya lagenda yang buat semua lelaki kat dunia ni hepi..;p..

Dan lepas kami berehat tu, mula la balik perjalanan yang mencabar fizikal aku..sepanjang perjalanan, aku dapat kira berapa kali kami turun bukit masa mendaki tu..cuma 2 kali..2 KALI ok??...Selain tu, kerja kami, daki, daki, dan terus mendaki..Tak berapa lama kemudian, sampai sudah la destinasi kami..haha..Memang berbaloi perjalanan, cantik kawasan waterfall, tak terusik, takda sampah..100% pure..air pula nyaman ja, sejuk tapi bukan sejuk beku...sejuk nyaman..hoho..rasa macam tak nak balik ke kem saja..haha.

Lepas kami sampai ke kawasan waterfall tu, kami terus makan makanan yang kami tapau sebelum memulakan perjalanan tadi. Sempat makan kat tebing sungai, saja2 nak tinjau pemandangan..hoho..Aku makan lambat sangat, sampai tak sempat nak menyejukkan badan dengan air waterfall..huhu.. Baru cuci kaki saja, terus dah kena panggil balik kem..huhu..malang nasib..Apapun, terpaksa la menurut arahan..haha.. Kemas semua barang, kumpul ikut kumpulan lagi, lepas tu, masa nak bertolak tu, tetiba Josh dikerumuni oleh semua orang..Aku pun nak sibuk juga..hoho

Laa, rupanya dia tangkap seekor cicak ni..haha..aku pun lupa nama binatang ni..haha..Dipendekkan cerita, cicak ni jenis yang berubah warna..Macam2 warna la, kesian cicak ni, femes sekejap..hoho. Semua orang nak gambar dengan cicak tu, cicak mana tak takut..haha. Kejap hijau terang, kejap hitam, kejap coklat..gemuruh cicak tu..haha ..Apapun, kesian sangat cicak tu, Josh pun lepaskan laa cicak tu, rugged budak german tu, weirdo..haha, semua benda dia nak explore, takpa2, suka hati dia la, bukan semua orang luar negara dapat tengok kepelbagaian spesies kat borneo..Dia antara orang yang bertuah..haha, dan kami pun meneruskan perjalanan pulang kami.

Haa, tengok la muka2 riang masa dalam perjalanan pulang..Nasib baik, perjalanan pulang paling senang..turun bukit saja kerja..haha..turun bukit 2 kali masa daki tadi dah terbalik jadi daki bukit 2 kali, senang kerja..sampai abang senior yang teman aku masa daki pun sempat tanya, "aik, dah tak penat ke??.."..ciss, menyindir..haha. Perjalanan pulang kali ni tak da rehat, yala, sebab aku memang aktif bab turun bukit ni..ahaha..

Dalam perjalan, seperti biasa, kumpulan kami juga yang paling bising..menyanyi laa, buat lawak la, buat cheers la..macam2..orang dah kata jangan buat 'hal' kat dalam hutan, tapi ni main redah je..hati senang..haha. Tapi, kali ni, cabaran turun bukit pun sama susah dengan cabaran naik bukit..Bukit terlalu curam, sampai terpaksa kawal pergerakan kaki, malang x berbau, seorang ahli kumpulan kami, Qamarina, jatuh terduduk menyebabkan kaki beliau terseliuh..Akhirnya, kami terpaksa meneruskan perjalanan tanpa dia..huhu

Wee~~~ masa nak habiskan meter2 terakhir, senior2 beritahu, sekarang ni musim bunga rafflesia blooming..Punya hepi!!..tapi terpaksa keluar dari trail baru dapat cari bunga tu..ada senior2 yang berbelah bagi, nak beri junior2 tengok atau terpaksa titik beratkan keselamatan dulu, tapi kami kan rugged juga, adventerous kids, cari juga bunga tu, akhirnya aku jumpa juga tapi cuma bud saja, tak bernasib baik jumpa yang dah mekar...T.T..huhu, bud pun jadi la..haha, kami berkumpul lagi dan meneruskan perjalanan sampai la ke kem..

Sampai saja kat kem, semua bercerita pasal bunga rafflesia juga..Yang buat aku sakit hati, ada kumpulan yang jumpa bunga rafflesia yang dah mekar sepenuhnya..punya jeles~~, siap tayang2 gambar lagi..GERAM!..takpa2, tahun depan pergi lagi..haha. Apapun kami bersiap untuk meneruskan aktiviti malam ni, malam kebudayaan di mana setiap kumpulan harus mempersembahkan karya masing2..haha

  Kami terus diberikan khemah yang bakal kami diami masa tu juga, aku dan kawan aku yang merupakan teman khemah aku bercadang tak mandi petang tu sebab kami kan ada aktiviti, nanti berpeluh juga..Sama2 la berjanji mandi lepas habis aktiviti hari tu..hhaha..Alasan sebenar, supaya kami tak perlu berebut mandi pagi keesokannya..haha. Aktiviti lepas tu, kami semua berkumpul lagi dan mula lagi ice-breaking, kali ni dengan pensyarah2 zoology..hehe. Lepas tu, makan petang dan aku serta ahli kumpulan yang lain ambil kesempatan untuk memperbaiki mutu persembahan kami..hoho.ZapZipZup...

Dah mula la malam kebudayaan..haha..Nasib baik, giliran kumpulan kami masih jauh, tapi kes gemuruh tu memang tak boleh lupa la..Sedang tunggu giliran sambil tengok kumpulan lain buat persembahan, memang makin bertambah-tambah gemuruh jadinya, semua kumpulan punya persembahan mantap2..yala, dah lama buat persediaan..Tapi yakin saja la, dan sampai la giliran kami. Kumpulan kami mempersembahkan sebuah drama ala2 snow white..beza nya cuma Josh jadi 'Snow White', Yuva jadi wicked witch..haha..aku dan 6 orang geng perempuan jadi princesses mcm 7 dwarfs la kiranya..

  Hasil persembahan kami memang mantap!..Drama kami berunsur komedi dan aku senang hati sebab ramai yang terhibur, aku rasa yang buat drama kami makin thrilled apabila ada satu adegan bila Josh makan 'epal', kami ganti ngan wafer coklat..hehe dan untuk bangunkan Josh, kami perlu tuang air kat muka Josh...Betul2 tuang tau..haha..lagipun, memang permintaan dia sendiri, untuk 'menghidupkan' lagi drama kami..haha. Bila semuanya tamat, aku ingat kami boleh berehat rupanya ada lagi aktiviti malam, aktiviti 'pungguk malam'..aigoo..aku paling benci game ni, setiap ahli kena tutup mata dan ditempatkan kat area2 yang berasingan, pada masa yang sama, kena buat bunyi binatang berdasarkan apa yang senior2 bagi nanti, sorang wakil kumpulan yang kena tutup mata juga, perlu cari orang yang buat bunyi binatang sama dengan apa yang dia dapat..Cara berkomunikasi??..Apa lagi, kena buat bunyi haiwan la..haha..dah la aku dapat kelawar..Pening aku, macam mana bunyi kelawar ekk??. aku hanya mendiamkan diri, sementara suasana aku penuh dengan bunyi2 'haiwan'..haha..ada ayam, katak, burung, keldai..macam2 la..

  Aku masih mendiamkan diri, entah berapa banyak wakil yang lalu kat depan aku cuba 'berkomunikasi' ngan aku, nak tahu aku ni 'haiwan' apa. aku diam ja..haha..Akhirnya, aku pun berbunyi..cittt...ciitt..cciiittt..malas nak tunggu lama2, aku terpaksa cipta bunyi kelawar..haha, entah betul @ tak, hentam saja la..akhirnya, ada sorang wakil ni, berbunyi citt...ciiitt juga, aku pun balas la juga..Tetiba sunyi semacam, dengar juga suara2 senior..dan tetiba lagi, tangan aku ditarik dan tup2 dah pegang bahu orang..kiranya aku dah berjaya 'contact' sama spesies aku la ni..haha. habis saja aktiviti, baru aku tau, dalam 5 orang terpilih, hanya aku dan sorang saja betul, yang lain rupanya spesies tikus..haha, memang mngelirukan, sebab bunyi sma saja..;p..

Bila habis aktiviti, birthday suprise lagi bagi yang lahir bulan 9, aku terus cabut lari nak mandi..haha..Siap mandi, pakai baju dan terus masuk tidur..penat!!..Rasanya dalam jam 2 pagi tu baru dapat tidur, Josh lagi la, dia geram aktiviti pagi seterusnya iaitu aktiviti terakhir kena bangun jam 5 pagi, terus dia decide xmau tidur..gila!!..sebab dia cakap dia tak boleh bangun nanti..Suka hati dia la..haha

  Pada hari terakhir, aku dan teman satu khemah terus kemas pakaian kami, senang nak urus bila nak pulang nanti and then kami ada aktiviti pagi, yala, hari tu hari ahad, kami yang non-muslim pun terpaksa la buat 'small gathering' yang dipimpin Dr. Charlie, rasa sangat BLESSED!!..Pagi tu, aktiviti terakhir kami adalah pertandingan memasang perangkap antara kumpulan..Nampak mudah, tapi memang memerlukan semangat berpasukan..haha..awal2 lagi aku yang buat silap..kesian ahli kumpulan aku, dan aku cuma dapat meminta maaf..

Apapun, aku rasa prestasi kumpulan aku yang agak merosot dalam pertandingan tu..T.T...huhu..Lepas habis pertandingan, kami semua berkumpul lagi buat kali terakhir..Kali ni, masa penyampaian hadiah..Dan kumpulan kami dapat no.3..no.3 terakhir..haha. Kecewa tapi  kami dah berusaha..hohoho..Lepas semuanya berakhir, kami makan tengah hari dan terus kemaskan khemah dan berkumpul buat kali terakhir..Lepas tu, kami pun berangkat pulang..Memang sedih la, dah la tak dapat tengok rafflesia..;p

  Dan lepas sampai kolej akhirnya, aku pun cepat2 balik rumah..nak tidur, penat sangat!!, aku sempat mimpi indah2..harap2 dapat pergi tempat yang lebih menarik...ADIOS~~


Friday, 20 September 2013

Pra-Orientasi Zoology Hebat!

YUHUUU~~

  Haha, lama baru nak update balik blog ni..Awal2 lagi kat universiti ni, banyak sangat aktiviti sampai aku tak larat nak buka blog ni..hehe..Orientasi sana-sini, Orentasi Universiti dah pass..Kali ni, orientasi fakulti pula..T.T. Entah bila la dapat rehat ni. Sejak rabu yang lepas sampai la esok, aktiviti pra-orientasi dah dipergiatkan. BARU PRA-ORIENTASI!..Orientasi sebenar cuma dua hari..hehe. Apapun, aku masih bersemangat ni..haha. Pra-Orientasi yang pertama adalah pada hari rabu minggu ni, aktiviti pertama kami adalah aktiviti menangkap katak..Katak???..Yes, K.A.T.A.K~~ haha...Ni kali la, ramai yang buat respon lucu. Geli la, Happy la, Nervous la, dan macam2 lagi la. Aku memang happy ni. Kecik2 selalu jadi budak adventrous..haha. Kejadian ini berlaku pada waktu malam, di makmal luar fakulti yang berada dalam kawasan kampus timur . Yang buat kami sebagai pelajar fakulti ni berbangga ter-AMAT, adalah disebabkan fakulti kami satu-satunya mempunyai makmal luar, fakulti lain tiada..hoho

  Pada malam kejadian..aisehh..kami diberikan taklimat tentang cara menangkap katak, dan yang paling penting jangan tangkap kodok..hehe. Pastu, Kami pun bersedia la dengan keperluan yang telah diwajibkan untuk aktiviti 'frogging' ni, keluar la segala headlamp, dan plastik untuk simpan katak tu..hehe. Dan setiap kumpulan yang telah ditetapkan ahlinya dibawa ke spot masing2..Punya la susah cari sang katak ni. Ada satu adegan lucu, salah seorang ahli kumpulan aku jumpa seekor, tapi gara2 geli+takut, melepas lah sudah..ayaiyai...Dan disebabkan itu, ahli yang lain dah tak berpeluang jumpa walaupun bayang2 katak sekalipun..chewahh, sebab berita ahli kumpulan kami nampak katak tersebar cepat sampai semua ahli kumpulan lain serbu spot kami, katak mana tak takut???...haha. Aku cari punya cari tapi masih tak jumpa lagi..GERAMM!!!..Akhirnya, aku pindah spot lain, cari spot yang jarang orang lalu..Beberapa minit pastu, TADAA~~~ nampak seekor..haha..Kiut sangat..sedang resting kat rumput, dahla kat dataran luas pula tu, rumput pendek..Senang sangat nak nampak dan aku pun tangkap la katak tu, senang..Telangkup tangan atas katak tu, kira macam perangkap la tapi pakai plastik dulu baru perangkap katak tu, senang nak terbalikkan plastik tu supaya katak tu pula berada dalam plastik..hehe

  Yang buat aku makin geram lagi, rupanya bukan katak yang aku tangkap..KODOK la pula!!...Apapun, aku tetap tak nak lepaskan kodok tu..Apa kes la sangat spesis kodok ni berlambak..Ish..ish..Lepas habis aktiviti tu, kumpulan kami berjaya tangkap 3 ekor ja..Ada kumpulan lain hampir semua ahli dorang dapat katak, eh KODOK..hehe, dan kodok2 tu akan dilepaskan kembali ok??..We mean no harm...haha. Dan aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti demonstrasi cara menangkap haiwan oleh super senior..haha..Ada beberapa meja yang diletakkan berasingan dan setiap meja ada kumpulan haiwan sendiri macam meja 1 digunakan untuk demonstrasi tangkap haiwan mamalia kecil, meja 2 untuk serangga dan macam tu lah seterusnya..Kami didedahkan alat2 khas untuk menangkap haiwan2 tersebut..Ada juga la cara agak 'kejam' tapi aku tak rasa itu adalah ayat yang sesuai..Macam kerja saintis ni tak beretika pula nanti orang fikir..hehe..Bagi aku, alat2 yang digunakan tu memang dah paling selamat untuk digunakan ke atas haiwan..Jangan risau..hehe

  Habis aktiviti demonstrasi, balik lah kami ke kolej masing2..hehe..Sepatutnya, orientasi kami mula jumaat minggu ni, tapi disebabkan alasan2 tertentu, kena postponed hari sabtu, ingat nak enjoy sebab xda kelas hari jumaat, ya la, kan dah bagi surat pelepasan..hehe, rupanya kelas tetap diadakan macam biasa..Alahai...Bukan tu saja, hari jumaat ada lagi perjumpaan kat makmal luar fakulti dari petang sampai malam..Dah la beritahu last minit..Susah betul la mcam ni, kalau ya pun nak buat aktiviti, at least kena pastikan semua orang boleh hadir, ni clash dengan kelas petaang..memang la pengurusan diorang ni..=.='... Apapun, lantak la, asal orientasi berakhir dengan baik..Kat luar Unimas tuu..tempat??...rahsia..hehe, tapi memang menarik, kata orang la..haha