Friday, 16 January 2015

Semester 1 Year 2, Budak Haiwan, Finale.

Yo!!

    Banyak sangat yang aku tempuhi sepanjang bulan ni, aku pun tak tahu nak mula dari mana, apapun aku mula dari minggu study week dulu la..Serius gila, aku langsung tak dapat buang habit lama tu, masa study week juga la aku nak tengok drama, anime, runningman, aku pun sebenarnya agak kecewa dengan diri sendiri,  aku overconfident sangat sampai melalaikan diri sendiri, aku nak sangat berubah tapi the force is too great for me..LOL, dan 2 hari sebelum first final exam paper bermula, baru la nak baca buku, itupun masih pulak tu terkeluar landasan, aku buat betul2 bila esok2 dah nak exam, memang frust la sebab aku akui memang banyak kot kesilapan aku jawab first paper tu, cincai sampai aku rasa aku bakal repeat paper tu, yang paling malang, tu bukan paper killer..Kan nanti kena repeat sekali dengan paper killer tu...aduyai!!!

     First paper tu Animal Nutrition, yep..aku belajar pasal cara pemakanan haiwan2 ternakan, yang biasa kita dengar tu macam lembu, kambing, ayam, dan oinnk2..LOL, dan bab ni biasa la, melibatkan ruminant dan non ruminant, hindgut fermenter dan foregut fermenter dan element penting dalam diet macam carbs, vitamins...etc..Kot pasal tu la aku rasa senang sangat, sebab perlu baca saja plus beberapa pengiraan pasal food intake haiwan tu, tapi ya la, baca semalaman pun belum tentu dapat jawab, dan aku  boleh2 pula tu buat kesilapan yang paling besar!!, sebab salah ingat saja, soalan minta senaraikan fat-soluble vitamin, aku senaraikan water-soluble vitamin..BIJAK2!!, soalan tu 16 markah kot, tak termasuk kesalahan lain pula tu, apapun aku dah pasrah dan aku terima saja la kalau kena repeat pun, aku cuma taknak benda tu drop kan cgpa aku macam titanic tenggelam. Dan yang paling peliknya, aku dapat pula jawab paper killer lebih bagus dari first paper tu, pelik bin ajaib, mungkin sebab lecturer dah bagi tips kot, terang2 pula tu jawapan dia kena bagi..

      Apapun, secara keseluruhannya, aku kecewa sebab aku tak sedar2 lagi situasi aku sekarang, enjoy pun enjoy la juga, tapi kalau dah melibatkan masa depan aku, aku memang masih belum matang..BANGUN la!!!..Lepas habis semua paper tu, aku terus berkemas selaju enjin jet turbo..haha, klo ikutkan, fakulti aku lambat habis exam, aku habis 12 hb, ada budak fakulti IT dah habis 6 hb, jadi sunyi la kawasan universiti tu, kolej aku pun sunyi tapi sebab tu la senang terganggu sebab asyik fikir nak balik!!. Dan aku balik 13hb, awal pagi kot..sebelum balik tu, aku sempat layan movie tamil..haha, rindu tengok Sivaji the Boss, roommate aku pun tak percaya aku suka tengok movie tamil, sebab mungkin dia indian jarang tengok kot orang kaum lain tengok tamil, biasanya bollywood, filem hindi..haha. Aku sepatutnya jalan jam 4 pagi, flight jam 6 pagi, dan jam 3 tu aku dah mula bersiap bagai, awal sebenarnya aku bersiap, jam 3.45 macam tu dah turun tunggu orang yang aku dah book untuk fetching service.

    Dan masa aku menunggu di tempat yang dijanjikan, aku sempat melihat couple dating kat depan pavi, amboi..bergelap pula tu, apapun aku tak judge, aku pun bukanlah baik sangat, dorang punya hal la, tapi masalahnya benda tu berlaku depan mata, tunggu2 orang tu sambil cuci mata sekejap la jawabnya..haha, Selepas 30 minit menunggu kot, baru orang tu fetch aku, aku pelik diorang yang tawar service fetch ni tak balik ka?, dan aku pun bertanya la pada orang tu, perempuan, dan baru lah aku tau rupanya memang orang local, so rumah extremely dekat..haha, tak macam aku, budak perantau, kalau la aku ada lesen, aku pun nak buat service juga..Memang ada juga pelajar yang tak balik terutamanya pelajar FYP (final year project), kesian dorang, dorang kena buat research sebab tu kena but masa cuti supaya tak terganggu, tabah ja hati dorang ni..haha, tapi aku pun bakal juga tu tergolong dalam senior FYP ni, aku dah mula risau pula, semester depan dah kena pilih tajuk dan sebenarnya, aku masih terkial-kial..haha

    Habis bercerita ngan driver tu, aku tak sedar pula dah sampai airport, lepas bayar dia then terus pergi kaunter check in, aku sempat juga la berdoa sekejap untuk selamat dalam perjalanan, dan aku pun naik la kapal terbang..woohoo!!!, dalam kapal macam ter-excited sekejap, sebab bakal jejak Sabah, cehh padahal baru 6 bulan..haha, aku tak tidur sebab aku suka tengok pemandangan luar tu, tapi tak nampak sangat la sebab mendung, macam kat kayangan saja..haha, tapi amazed juga la ngan pemandangan dia, masa kapal tu naik, aku nampak tiga layer awan, memang sangat superb!!, lol, nampak tak amazement tu, tapi mana nak cari pemandangan macam tu kalau tak di awan biru..LOL. Aku ada juga tu terlelap sekejap sebab aku dah malas tengok awan2 mendung yang block view aku, pastu matahari pula ngam2 sama paras dengan kapal tu, habis silau gila!, dan jam 7.35 pagi, aku dah sampai K.K!!, Sampai saja, hujan renyai pula..Disebabkan aku naik Airasia dari Kuching-KK, dan aku naik MASwing dari KK-Lahad datu, kat KKIA ni, ada dua terminal, terminal 2-Airasia, terminal 1-MAS.

     Terpaksa la aku pindah ke terminal 1 untuk flight seterusnya, kena pula beli tiket bas airport berharga RM5, aku pun baru juga ni naik bas airport ni, nasib saja bapak aku ada beritahu sebelum tu dan bagi jadual bas tu, ngam2 pula, jam 8 ada bas ke terminal 1, terus ja aku sambung perjalanan ke terminal satu, sampai ja di terminal satu, aku ingat dorang hantar terus ke aras berlepas, tapi rupanya kat aras arrival, aras paling bawah sekali, dan aku tak berapa familiar ni dengan area terminal satu, tapi banyak masa lagi, aku punya flight seterusnya jam 12.10pm, plus aku pula lapar sebab pagi tu terus jalan tak makan apa2, aku singgah KFC sekejap, ni la yang aku tak suka dengan sistem KFC kat airport ni, dorang bahagikan ikut breakfast, lunch, dinner hours, aku nak makan berat, tapi semua yang available  cuma nak breakfast seciput yang berharga RM7.9!!..Mahal dowh, tak kena dengan makanan..LOL, apapun lahap saja la apa yang ada. Dan lepas habis makan tu, aku meneruskan misi mencari aras berlepas tu, aku dengan yakinnya, naik eskalator ke aras dua, memang aras berlepas pun tapi aku nak check in bagasi kat kaunter, dan aku tak terfikir nak naik aras 3 terus aku turun balik..

      Aku keluar dari terminal tu dan terus sekali lagi dengan yakinnya, aku berjalan dari hujung terminal tu ke hujung yang lagi satu, jauh kot, macam jarak 100 meter, aku tak rasa pelik lagi bila aku nampak banyak papan tanda kawasan area arrival, aku teruskan lagi, sampai kat hujung yang lagi satu, baru la aku perasan yang aku memang kat area arrival, aku pun dah pening dan terus tanya kakak kat kaunter taxi, macam garang kot, tapi nak tak nak aku kena tanya juga, sebab dah jam 10, takut lambat pula, dan dia tunjukkan juga jalan ke aras tu, rupanya kat tempat aku tadi tapi kat aras 3, aduyai, nampak tak kebangangnya situ!, dan aku berpatah balik 100 meter ke tempat asal, sia-sia ja..haha, aku pun naik lah ke aras 3 tapi guna lif, malas da, penat pula tu, naik aras 3, ngam2 depan kaunter check in, dan aku rasa nak tampar muka aku laju2..haha, apapun masih awal lagi, dalam jam 10.15 kot masa tu, gate buka 11.30, jadi aku bosan pula menunggu, buka laptop terus online FB..haha, jam 11.25 aku dah mula nak pergi kaunter check in, dan pergilah kaunter khas sebab setiap penerbangan tu dah ada senarai khas kaunter mana kena pergi, untuk flight aku kaunter B01-B14.

     Aku yang tak tau apa2 aku terus pergi kaunter B11, pastu abang tu cakap, "Sepatutnya kalau dah check in, kena pergi kaunter B09, tapi tak pa la.." Aku dah check in online sehari sebelum flight plus aku memang terang2 tak tau dowh ada kaunter khas untuk check in dan yang belum..apapun tak pa, timba pengalaman..haha, Dah selesai check in bagasi, aku pun terus pergi area berlepas, rupanya aras 2 tempat berlepas yang aku 'sesat' tadi tu la aku kena pergi lepas check in bagasi. Geram juga..haha, apapun yang penting sempat masuk gate berlepas, dan sekali lagi perjalanan yang memenatkan, gate aku gate 11, punya jauh, ke hujung 'dunia'...haha, dan kawasan tu panas sebab keliling dah dinding kaca, bole nampak pemandangan luar directly, dan sekali lagi meneruskan perjalanan ke lahad datu..haha, walaupun agak lambat la juga sebab delayed beberapa ninit, takpa, asal selamat sampai, punya la sepanjang perjalanan tu, kapal tu 'goyang' 3 kali, sampai nak luruh jantung..haha, apapun aku sampai selamat, tu yang penting..Sampai kat terminal LD, terus la aku pergi ke tempat ambil bagasi.

      Tunggu punya tunggu, aku punya bagasi tak sampai2, sampai la orang terakhir retrieve bagasi dia, aku pun masih berdiri kat situ kot2 bagasi aku belum kena angkat masuk, tetiba kakak yang urus bagasi tu nampak aku masih kat situ dia tanya sama ada aku masih tunggu bagasi dan aku pun jawab la ya, dan dia terus check itinerary aku dan terus minta aku pergi ke kaunter check in dari situ la aku tahu aku punya bagasi tercicir..SEDIH!!..haha, aku dah kat LD, bagasi masih kat KK, aduyai, punya serabut fikiran, aku pun terus ja ikut ke kaunter tu. Kat situ, kakak tu tanya features bagasi aku tu sebab dia nak report kat terminal 1 KK, aku masa tu fikir aku dapat tak bagasi tu hari ni juga, kakak tu just cakap kalau buat report pun belum tentu dapat hari ni, dan aku macam dah pasrah sebab aku punya rumah jauh kot, 100+ km dari bandar LD ni, minggu depan la kot baru dapat ambil...huhu, apapun dalam report tu, dorang cakap dorang usahakan hantar bagasi tu dalam flight seterusnya, dan sementara menunggu tu, aku disambut dengan bapak aku, dan aku pun temankan beli barang keperluan rumah..haha. Flight seterusnya kalau ikutkan jam 2.35pm, so mungkin dalam jam 4.00 sampai, lagipun pejabat dorang pun tutup jam 4.30pm.

    Banyak masa lagi, aku dan bapak aku beli barang pun tak terasa pula dah jam 4, terus aku called pejabat tu dari nombor yang dorang bagi dan nasib baik bagasi tu dah sampai, haha!!..nasib sampai juga hari ni, pastu ambil la bagasi tu balik dan terus sambung beli barang keperluan, sementara tu juga lepak jap ke kedai makan, dan terus pulang ke rumah. Lama kot, jam 10 pm baru sampai..Aku memang dah extreme penat sebab tak tido lagi sejak aku pergi berlepas dari kuching, lepas bercakap ngan family aku jap, aku dah nak rasa betul nak tido, aku pun terus terlelap dalam bilik adik aku sebab aku berkongsi ngan dia lepas adik lelaki aku ambil bilik aku, jam 4 petang kot terbangun..memang tahap hibernasi betul la..haha. Apapun, tu la pengembaraan aku masa perjalanan balik . Kalau ada orang pelik sebab aku berani mengembara seorang aku boleh katakan aku ada adventure time sendiri..haha

#MH3016 #SEM2ISCOMING #FYPCALLING