YO!
Nampak sangat dah lama tak update blog ni.. Aku pun dah takda idea so kena cerita jugak la..haha. Aku dah dua bulan kat bumi Sarawak ni untuk mula sem baru tahun dua aku dalam Zoology, yang bagusnya aku masih stay dalam kolej lama aku, bilik yang sama dan rumet yang sama. Orang akan pelik kalau ko dapat tinggal kat kolej aku pada masa yang lama sebab kolej aku ni salah satu kolej yang paling strict memilih penghuni..haha, silap2 sem depan dah kena kick out, tak macam kolej lain, besar. Kolej aku kecik je..hehe. Persaingan ketat kot..Lagi2, mulai sem depan a.k.a pengambilan pelajar baru, ambilan februari dengar khabar akan dimansuhkan. So, maksudnya pengambilan september akan menjadi berganda-ganda, so nak rebut tempat dalam kolej makin tipis, usahkan 0.1%, sem depan dah jadi 0.00000001%. Aku harap aku masih dapat stay sampai graduate, aiseh..dari tahun satu asyik minta benda yang sama..haha.
Dan lecturer dah mula ingatkan pula bulan 5 akan keluar tajuk FYP, macam nak muntah darah dengar..haha. Aku masih fikir research proposal apa yang aku nak buat, aku masih blur..masa depan tak tentu lagi.huuu..Aku ingat nak propose tajuk sendiri tapi tengok keadaan la. Satu lagi, aku masih fikir nak buat research lapangan @ lapangan + lab, walaupun aku rasa lapangan + lab macam menarik sebab at least cover dua benda penting dan tak la tertumpu sangat pada satu aspek, tapi kerja lab ni susah, apalagi kalau ikut bidang aku ni, kena buat molecular, DNA extract, pcr, bla2...Kalau tak dapat result, kena ulang sampai dapat. Ingat, sampai DAPAT!..Aiseh, tak la strict sangat kot. Tak pa, aku cuba tengok dulu tajuk apa yang dipaparkan nanti then baru aku buat keputusan. setakat ni haiwan kajian aku mungkin dalam golongan aves @ insect, aku macam interested juga dengan herpetofauna tapi bila bayangkan katak2, ular2, aku macam terpaksa berundur sekejap..haha.Mungkin stick dengan tajuk berkaitan insect je la..malas fikir..huhu
Kalau sem lepas ada dua dry subjects, sem ni ada 6 core subjects boleh katakan semua dry..haha, ni semua teori and teori and teori!!..Baca dan baca dan baca sampai muntah..haha, apa pun sepatutnya mudah score juga la, alangkah bagusnya kalau mudah score, bacaan mengalahkan bacaan kitab..haha, tak la. Just kidding~ Makanya, usaha yang seciput sem lepas harus berganda-ganda sem ni, cgpa aku menurun kot, nasib masih 3.00++, tapi kalau jatuh lagi, bye2 la 3.00++ tuu..Banyak kot cabaran sem ni, bertambah-tambah obstacle, masalah pertama mula sebelum masuk sem baru, aku kat rumah nak mendaftar course termasuk core, elektif dan generik. Aku plan nak habiskan semua generik dan elektif masa sem ni sebab tak nak ganggu final year..Aku plan nak daftar subjek generik IT 2, sekali tengok tak ditawarkan untuk tahun pengajian aku. Macam nak mengamuk rasa, sebab subjek tu sepatutnya buka sepanjang sem 2 untuk semua tahun pengajian, dah kena la ikut prosedur formal, kena isi borang kemas kini dan kena hantar kat pejabat, sebelum tu kena minta kbenaran pensyarah yang ajar subjek tu..
Dah la tu sebab tak ditawarkan untuk tahun pengajian aku, aku tak tau pensyarah mana ajar group lecture mana sebab course tu kena locked, nasib la ada junior yang membantu, ni la yang buat aku sayang kat junior ni..haha. Apapun, aku tunggu dekat sebulan kot baru boleh daftar online subjek tu, belum habis masalah lagi tu, lepas tu, nak daftar sesi lab IT tu pula, sebab aku lewat daftar, aku tak sempat daftar nama aku untuk slot yang kosong, padahal satu saja kelas dari puluh-puluh kelas lab IT tu yang tak clash dengan jadual aku, maklumlah hari2 lab kot kecuali hari rabu, nasib da sesi lab hari rabu dan guess what?, slot tu la yang awal2 lagi dah full..haha. Apapun aku hentam ja, daftar ja nama walaupun dah terlebih kuota, dan bila aku rujuk lecturer IT aku, dia cakap tulis dan masuk je lab tu asal datang..haha, bertuah kan..haha.
Sebab daftar lambat kelas tu, aku baru tau kena hantar proposal untuk projek buat website, tambah lagi masalah sebab kena buat group, dah la aku tau masa hari sebelum hantar proposal kot. Aku dan sorang kawan ni saja yang ke-lonely-an takda group, puas aku post "jual diri" dengan harapan ada orang nak ambil kami berdua tapi takda orang balas pun..huhu. Apapun, masa hari nak hantar proposal tu, masa kelas baru la kami dapat masuk group yang tak cukup ahli. SEDIH kan??..Nasib sangat menyebelahi kami berdua..Nasib la ada orang yang sanggup ambil kami..Rasa bersalah pula sebab proposal dorang tu taip dalam komputer tetiba kami datang dan tulis nama ja kat kertas berrtaip tu..haha, takpa, sama2 buat kerja juga tu nanti.
Dan meh aku sambung balik kisah kolej aku, ya lah nak tinggal kat kolej mesti ada pengorbanan, masuk2 ja sem ni, dah sibuk dengan aktiviti kolej gara2 nak selamatkan emas yang aku kumpul sem lepas, kalau ikutkan memang tak cukup tu..haha, tak cukup tidur adalah salah satu kebiasaan yang kerap terjadi bila aktif sangat dalam aktiviti kolej, tapi aku rasa terlalu sangat sibuk sampai tak sedar2 minggu depan dah midterm exam, mana sempat nak revise, semua aktiviti perlu komitmen, haa..memang salah aku pun. siapa suruh tak pandai manage masa kan dah terlambat nak recover. Seriously, aku rasa tak sampai kot 0.5% benda yang aku belajar kat kelas melekat kat kepala aku, patutla team work pun fail.. aku juga tu penyumbang utama..haha. Dan entah kenapa kolej sem ni sikit aktiviti yang ditawarkan tapi tahap penat dia mengalahkan kerja overtime..haha..Banyak aktiviti pun tak boleh juga memang akan menganggu pelajaran. Apapun, pandai2 la survive ye.. Neway, ni aktiviti terbaru yang aku join, sapa2 kat kota samarahan, sarawak, join la..haha