Sunday, 3 April 2016

Field Trip Zoology 01 - Jong's Crocodile Farm

Hi,

2 April 2016 - Tarikh keramat first field trip Zoology Tahun 3..haha. First field trip kali ni pergi ke Jong's Crocodile Farm kat Siburan. Aku tak la mengharapkan apa2 sangat kat field trip ni sebab aku dah pergi sekali masa field trip anjuran kolej, nampaknya aku dah dilantik sedar atau tak sedar untuk 'lead the way' group aku yang mostly tak pernah pergi. Field trip ni under subjek Captive and wildlife management. Objektifnya setiap group kena pilih satu enclosure (cage) dan evaluate enclosure tu sama ada sesuai atau tak untuk haiwan yang mendiami enclosure tu. Siap ada borang lagi..haha. Nama ja crocodile farm tapi banyak juga haiwan lain dalam tu.

Aku cerita la dari awal perjalanan ye..haha. Kami sepatutnya berkumpul kat bus stop FSTS dan bertolak jam 8.30am, so aku dan geng aku awal2 dah 'book' bus stop tu..haha. Punya awal kami tunggu, dalam 7.30am dah ada kat bus stop, orang lain datang kemudian. Aku perasan la macam sibuk je UNIMAS pagi2 hari sabtu ni, sebab ada juga beberapa pelajar lain yang macam nak pergi somewhere ala2 nak pergi kelas macam tu...Tapi disebabkan ini universiti dan kebetulan ni adalah pertengahan sem, aku anggap mereka ni ada midsem exam kat kampus timur, sama2 tunggu bas kat bus stop.

Ada la lebih kurang jam 8.10am macam tu, ada satu bas Unimas ni datang tapi kosong je, takda orang. Aku kira tu bas yang bakal bawa kami ke Jong's, tapi pelajar2 tadi yang takda kaitan pi naik bas tu, mula2 aku ingat sangkaan aku salah sampai lah aku nampak bas kedua datang, tapi penuh orang, memang konfem korang ni salah bas. Bas kedua pergi dan mereka masih kat bas pertama. Kami yang sepatutnya naik bas pertama tercenggang kat situ..haha. Sampai pakcik bas tu explain bas tu pergi Jong's tak singgah kampus timur, terpaksa lah semua orang turun, kesian juga la sebab mereka ada exam pastu bas seterusnya mungkin datang jam 10am, pakcik tu pula memang baik, kalau boleh dia nak hantar mereka ke kampus timur dulu tapi tak jadi sebab kena ikut jadual kami. Apapun, cerita yang dipendekkan, memasing dapat cari pengangkutan sendiri ke kampus timur. *HAPPY ENDING*. Takpa, aku tengok based on reaction mereka tadi, mereka ni mesti first year, masih banyak lagi pengalaman kat Unimas perlu ditimba, don't worry!..haha. Dan bas yang bawa kami semua ni ada dua buah, bas yang kedua datang lambat.

Hectic juga la masa dalam bas tu, semua kelam kabut, masa bas tu nak jalan baru nak kutip duit entrance, dah kena fikir pula bayaran untuk sarawakian dan non-sarawakian, apapun yang penting aku dah bayar. Rm 20 melayang lagi...Dalam perjalanan tu aku tak tidur, sempat buat MV sedih pandang luar tingkap..haha, sekejap je kot dalam 30 minit pun sampai so aku rasa bazir masa nak spend tidur, geng aku yang lain masing2 buat hal sendiri dan aku pun malas menyibuk. Sampai Jong's pun masih kecoh lagi, dah marah lah ketua kelas kami sebab duit kutipan kurang Rm 30 dari bayaran yang sepatutnya, dah la dia buat pengumuman kat entrance Jong's, adada..

Nasib la kami pengunjung majoriti, malu kot. Nasib setel juga la masalah kekurangan tu dan kami kena pakai tag tangan sebelum masuk, tag hijau untuk Sarawakian dan merah untuk Non-Sarawakian. Aku masa first pergi dapat tag hijau pulak..pelik betul. Apapun, masuk ja dalam tu first haiwan yang aku nampak adalah ayam. YES! Freaking chicken!! Aku dah tak suprised sangat la sebab dah jangka..haha, apapun berbanding dengan lawatan aku yang lepas, Jong Crocodile Farm ni dah naik taraf, dulu tak menarik sangat bagi aku la, sekarang dah ok cuma haiwan dah kurang.



Lepas entrance tu, ada mini muzium, ikut pengalaman aku yang lepas aku taknak masuk muzium tu sebab ada gambar2 serangan buaya kat manusia, tapi akhirnya aku masuk juga..haha. Tapi sekejap la pastu tunggu kat luar. Muzium tu pun dah berubah, dulu pameran just embryo2 buaya sekarang yang ada anak2 buaya yang diawet dalam solution, banyak pulak tu dalam satu akuarium, pastu ada pameran plush toys dan buaya awet kat atas..haha. Lepas dah round muzium 5 minit baru la tengok buaya2 sebenar..haha. Ada buaya yang diletakkan dalam enclosure, ada yang kat enclosure yang lebih besar macam lebih bebas la juga sebab dalam natural environment buaya2 tu, pemisah kita cuma pagar dawai besi..haha..

Dulu buaya2 dalam enclosure tu baik je, tak pun buat hal, tetiba masa kami menjenguk tu ada pulak seekor tu nak serang, nasib baik buaya tu dalam enclosure, agak panik juga la masa tu. Mood buaya tu tak baik kot masa tu..haha. Buaya2 kat situ masih sama tak berubah pun sejak lawatan first aku tapi yalah, kawan yang first time datang excited la..excited sampai lupa objektif utama..haha. Kat situ mula la kerja aku sebagai 'guide' tak berbayar, kalau first time masuk memang pening sikit sebab banyak laluan, aku pun sebenarnya ingat2 lupa juga tapi nasib la aku berjaya juga mengimbau kembali jalan2 kat area Jong's ni..haha



buaya ni la yang nak serang kami tu..haha
tailless crocodile
dalam enclosure
bebas tapi masih dalam enclosure
Tu lepas dah puas tengok buaya2 sekalian baru la member2 nak tengok haiwan lain sekaligus pilih enclosure haiwan yang nak di-evaluate. Aku rasa kami sempat singgah semua enclosure, memang seharian tu berjalan ja sebab Jong's ni besar juga. Antara haiwan yang kami jenguk tu termasuk lah palm civet, binturong, long-tailed macaque, leopard cat, sambar deer, monitor lizard, python, sun bear, eagle, sus barbatus, owls, iguana, merak, fruit bats, segala jenis ikan termasuk arapaima, dan tortoise dan labi2..haha. Nak diceritakan satu2, palm civet kat situ cuma dua ekor je, mungkin couple tapi kami pun tak tau, first time juga sebenarnya aku nampak palm civet ni, alive..haha.

Curious juga aku sama ada palm civet tu betul2 palm civet, macam lain ja dari yang aku nampak dari gambar tapi ntah la..haha. Binturong tu dulu hanya adult saja sekarang dah ada anak2, yang dewasa dah comel bayangkan anak2 binturong?..haha. Sun bear dari dulu cuma seekor je tapi dulu memang nampak sangat kurus sekarang macam dah sihat sikit sempat buat aksi comel gesel belakang kat dinding enclosure. Leopard cat dulu takda walaupun enclosure mereka wujud tapi sekarang dah ada dua ekor. Ada juga fruit bats dalam enclosure merak ni, masa nak balik dah tu baru nampak bats ni tengah bergantungan atas sangkar. 

Aku rasa pelik pula mereka letak cassowary + merak + ayam + bangau + fruit bats + itik dalam satu enclosure..haha. Tengok ikan arapaima, sampai sekarang masih kagum lagi, bapak besar macam ala dokumentari NatGeo-Monster Fish tu. Tarikan baru aku rasa yang python tu saja kot, satu enclosure tu ada 4 ekor, besar2 pulak tu, ngeri tengok tapi cantik warna dia, warna hijau2 kuning. Aku paling kesian dengan sambar deer, dah la berdua kat satu enclosure kecik, kiri kanan pulak enclosure bebas buaya, tak ke stress deer tu nanti..haha.

Yang lain tu aku malas cerita sebab common sangat..haha. Apapun, dah puas jalan, tarikan utama Jong's ni sebenarnya masa feeding buaya. Yalah, buaya buat aksi stunt lompat keluar air terkam makanan siapa yang tak teruja??..haha. Sempat juga habis lawat sekitar Jong's sebelum aksi stunt mula..haha. Waktu feeding tu jam 11.00am, jangan risau, first time datang dan tak tahu masa feeding mesti akan tahu punya sebab sebelum mula aksi, staff akan bunyikan loceng. Buaya2 tu pulak genius dah terbiasa dengan jadual makan, awal2 dah menganga kat platform tempat staff bagi makan..haha.




Aku yang dah pernah tengok pun masih lagi teruja tengok..haha. Apapun, dekat 30 minit juga la tengok buaya2 tu makan, group aku buat discussion nak pilih enclosure. Dalam 5 minit juga la discuss punya discuss, akhirnya kami pilih enclosure long-tailed macaque untuk evaluation so kami terus pergi ke sana. Seingat aku ada beberapa ekor macaque dalam enclosure tu masa first aku datang, tapi aku baru perasan sekarang tinggal 3 ekor, dah la tu 2 jantan 1 betina, nampak sangat la jantan yang paling besar tu dominan kesian yang jantan seekor lagi kena buli. Si betina pula bunting. So mula la kami evaluate sangkar macaque ni, banyak juga la yang kami discuss, mostly pasal kelemahan..haha.

Contoh, macaque ni social animal, tapi dalam enclosure cuma 3 ekor pastu bilangan jantan melebihi betina. Enrichment dari segi makanan pun kurang sebab makanan yang diberikan tak bervariasi, just diberi makan sesikat pisang ja, enrichment dari segi natural environment mimicry pun kurang lengkap, Jong's hanya sediakan tali2 untuk mimic dahan pokok tapi dari pemerhatian aku sendiri, macaque tu tak guna pun tali tu, nak memanjat atas pun just berpaut dari dawai2 enclosure tu,, tempat tidur atau 'nest' pun macam tak lengkap, aku curious macam mana macaque ni spend tidur kat dalam tu. Staff dan Tuan empunya Jong's jangan marah ye, ni cuma assignment kami, mana tahu Jong's ada future plan nak naik taraf lagi, kami tak tahu~ *PEACE*

Punya rancak discussion kami sampai bila habis ja evaluation, sedar tak sedar hanya group kami ja yang masih stay kat situ. Group yang lain dah menghilang. Dalam perjalanan ke arah main entrance, sepanjang perjalanan tu tak nampak satu group pun, kami dah mula risau tu sebab ntah2 kami dah kena tinggal..haha. Apapun, rupa-rupanya semua group dah berada kat entrance tu cuma group kami yang belum sampai..haha, group kami juga la yang last hantar borang evaluation tu. Pastu kami pun balik la ke Unimas.

Nampak sangat semua orang penat sebab sepanjang perjalanan balik, sunyi gila suasana dalam bas, aku rasa pening pula sebab memang kena dengan masa tu juga la cuaca panas, dah la jalan2 tak bawa payung hari tu, aku cuma risau nanti kena heat stroke. Nasib tak apa2 juga la, mungkin kena tidur ni baru okay..haha. Lepas sampai kat bus stop tadi aku dan geng lunch dulu plus chit-chat sekejap. Semua orang dah memang betul2 penat tu, kami makan cepat2 dan balik rehat..Aku sampai ja bilik, terlentang atas katil sebab panas gila Sarawak hari tu, dan terus tertidur. Lama kot aku tidur...haha. Begitu la cerita field trip pertama kami tadi. Tak macam field trip pulak rasanya macam lebih kepada jalan2 makan angin..haha. Secara overall, memang berbaloi jalan2 kat Jong's, banyak tarikan..

Ini bonus field trip..haha
*kredit gambar kepada cik AA, cik TCZ, cik MKPN dan cik CY















Info lanjut bagi sesiapa yang nak pergi Jong's boleh lawat official website - Jong's Crocodile Farm

*THE END*