**WARNING: LONG POST**
Hai2!!
Ni kali aku update pasal second field trip zoology untuk course Park & Wildlife Management (27-29hb April 2016). Asalnya lecturer kami, Dr. A tak nak bagi kami pergi jauh2 sebab perjalanan dan paper work susah nak urus, plan Dr. A masa tu nak bawa kami pergi Kubah NP tapi ramai yang bantah sebab semua dah pernah pergi so Dr. A bagi la kami memilih..haha. Kami ada cadang dua tempat, Similajau NP atau Tanjung Datu NP. Dua2 jauh, Similajau 12 jam perjalanan naik bas dan untuk sampai ke Tanjung Datu, perjalanan 4 jam bas ke Sematan dan 2 jam lebih seterusnya naik tongkang. Memang Dr. A boikot habis dua2 tempat ni..haha. Tapi kami rata2 taknak pergi Kubah NP atau tempat2 berdekatan UNIMAS ni so Dr. A cakap kalau dah determined sangat nak pergi, pilih satu tempat dan buat draft paper work hantar kat dia. Ntah apa dah jadi, aku malas nak tau kenapa kami tak pilih Similajau NP, tetiba semua orang vote untuk Tanjung Datu NP...haha. Dah pilih tempat, pilih committee members dan AJK sekalian, baru la nampak challenges yang sebenar iaitu sediakan paper work. Bajet jangan cakap la, memang ala2 nak melancong bajet dia, gemilang dan terbilang. Ntah berapa kali juga paper work kena reject sebab tak memuaskan hati.
Banyak lagi dugaan seterusnya menimpa, disebabkan Tanjung Datu NP tu isolated, so susah nak contact mereka sebab takda line kat sana, satu bulan sebelum jalan tu baru nak urus pengangkutan, peminjaman peralatan padahal semua tu patut urus lebih sebulan sebelum pergi, semua tu disebabkan oleh penginapan, khidmat katering dan pengangkutan ke Tanjung Datu NP tak dapat urus sebab masalah contact dan salah faham. Apapun, sekali lagi ntah macam mana, semua benda dah settle kecuali pengangkutan dari UNIMAS, kami booked 3 bas UNIMAS nak pergi Sematan tapi belum diluluskan, mula2 tu macam dah nak berputus asa juga la, nampak gaya macam kena juga pergi Kubah NP kalau pengangkutan tak diluluskan, habislah segala kerja keras kami..haha.
TETIBA, sehari sebelum pergi tu, pengangkutan dah diluluskan, memang ajaib betul. Maka, jadilah kami meneruskan aktiviti ke Tanjung Datu. Pasal bajet pula, nasib la dah dikurangkan habis-habisan, kalau tak kena bayar Rm 200++, bajet dia lain2 sebab beza penginapan ja, macam aku third class a.k.a ber-camping, bayar RM 120, yang lain hostel (Rm151) dan forest hut (Rm161), semua tu dah termasuk makanan dan entrance fees. Aku memang menyesal habis tak pilih antara dua pilihan lagi tu sebab serius panas tido dalam kemah, yala, sebelum turun harga, yang dua pilihan tu nak dekat RM 240++, yang camping site cuma Rm180, aku ingat nak jimat tapi dah terlewat dah nak menyesal bila harga turun sebab tak dapat tukar penginapan dah masa tu..haha
Dan masa hari pertama, Ajk pengangkutan dah bagi warning dah tu hari sebelumnya, kami kena berada di bus stop fakulti sebelum jam 6 pagi sebab bas dah sampai masa tu, punya la awal aku bangun, bukannya dapat tido pun sebab takut oversleep, aku mandi 4.45 pagi, kemas barang yang aku rasa perlu, 5.45 pagi aku dah kat lobi fakulti DAAAANNNNNN aku dan beberapa orang saja yang datang termasuklah geng2 aku...haha. Bas pun datang dalam jam 7 pagi macam tu, ish..sempat lagi aku tido sekejap..menyesal lagi sebab rajin bangun awal..haha. Bila semua orang dah sampai, semua barang dah simpan dalam bas, mula lah perjalanan kami.
Memang semua excited dah tu maklumlah fieldtrip terakhir kami untuk sem ni sebelum grad..haha. Ada lagi fieldtrip nanti, tapi sehari je, more to practical based ala2 penolong Dr. vet. Apapun, masa dalam perjalanan tu, aku tak tido, Bukan taknak tapi tak dapat! Mula lah aku buat MV sedih pandang luar tingkap, takda apa2 pun yang menarik kat luar, pokok dan rumah orang je. Ajk pengangkutan cakap sampai Sematan nak dekat 4 jam, tapi aku rasa kami dah sampai awal sejam, Memang laju juga la pakcik bas bawa. Sampai Sematan, terus bawa turun barang, kebetulan berdekatan dengan tandas awam, mula la semua menyerbu tandas tu..haha. Yang tak pergi tandas terus bawa barang ke jeti sebelum naik tongkang.
![]() |
Jeti Sematan ke Tjg Datu National Park |
Dah semua orang sampai kat jeti, baru lah ketua bagi taklimat keselamatan, ada tiga tongkang, berbahagi la kami ikut group yang nak ikut tongkang mana. Memang huru hara la, bukan sebab apa, sebab semua orang excited tak habis-habis, aku rasa mostly ramai kot first time naik tongkang, aku pun..haha. Aku pernah naik bot penumpang ekspress dan bot laju, Tongkang ni sebelum pergi naik, aku langsung tak dapat imagine rupa tongkang tu, bila aku tanya bapak aku, beliau cakap macam bot nelayan. Apapun, first time aku nampak tongkang baru la aku tau benda kejadah ni selalu juga aku nampak tapi aku tak tau orang panggil benda tu tongkang, aku panggil bot je..punya lah!.
Dah semua group naik tongkang memasing, aku tak la mabuk laut setahu aku la, tapi bila tongkang ni statik, beroleng kiri kanan tambah pula bau minyak generator, ahh, memang resepi terbaik mabuk laut! Nasib tak muntah! aku dan geng2 aku duduk kat area belakang, sebab ada atap..haha, yang kat depan ada tapi dah ramai sangat manusia kat situ. Habis semua barang plus manusia2 sekalian on board, bersambung lagi perjalanan kami selama 2 jam setengah kat laut ke destinasi ditujui. Kami di-iring satu bot polis Marin sebab tempat ni dekat dengan border Indonesia. Mula2 semua orang excited pastu dah mula la bosan ber-huha2, sebab pemandangan dari tongkang cuma laut je..haha, dan semua orang pun tido, ada la beberapa kerat enjoy ambik gambar, macam aku just enjoy tengok view laut..Biru doh!
![]() |
Bersantai 2 jam |
![]() |
tongkang |
![]() |
Nak sampai dah ni! |
![]() |
HQ Tjg Datu NP |
Dah dekat2 dua jam tu, baru la nampak destinasi yang kami tujui tu, mula2 yang dah kebosanan dan kepenatan menunggu tak buat apa2 dalam 2 jam perjalanan dah mula nampak excited balik..haha. Bila dah sampai tu, tak cecah tanah lagi dan masih kat tengah laut sebab tongkang tak boleh labuh dekat pantai sangat nanti stuck, nak ke tolak tongkang tu kalau tersadai kat pantai??..haha. Ada bot laju la yang bawa kami semua tu, Kami dekat 100 orang juga la termasuk staf, tapi bot laju cuma satu, so memang lama juga la memindahkan manusia2 sekalian. Bagus juga la, dari situ nampak teamwork.. Sanggup semua orang buat line panjang untuk agihkan barang2 dari bot laju, dah pula masa tu tengah hari, terik pula tu matahari, sunburn jangan cakap la, semua manusia2 sekalian ada sunburn mark...haha.
![]() |
Dalam barisan mengagihkan barang |
Dah habis agihkan barang, kami berkumpul lagi kat depan HQ, Dr. A bagi la sepatah dua kata termasuk la Park Warden sekali. Pastu Dr. A just bagi reminder untuk buat assignment kami dan tanya apa plan kami lepas ni. Dekat 30 minit tu, kami pun lunch pastu terus setup kemah, untung la orang yang tinggal kat forest hut dan hostel. Tak buat apa2 sangat, dah tu tempat dah disediakan tinggal duduk dalam tu je..haha. Ada juga la kesempatan kami untuk rehat, lagipun berkali-kali juga Dr.A ingatkan kami yang trip ni bukan macam field eco, ni lebih macam bersantai sambil buat assignment..haha. Pastu aktiviti petang tu pula "beach clearing", mula lah kerja mulia kami tu..haha.
Pantai dia memang bersih tau, tapi bila kami mula kumpul sampah sepanjang pesisir pantai, WOW!! Lepas timbang semua, dekat 500 kg, separuh tan tu! belum include semua tempat tu lagi.. Dah penat lelah tu, aku dan yang lain pun mandi la pastu terus dinner. Malam tu berkumpul lagi, kali ni macam sesi sharing juga la. Dr. A just tanya pendapat kami pasal tempat tu so rata2 memang puas hati la. Pastu bila tetiba Dr. A cakap pasal site yang kami pilih untuk pasang kemah tu, adoi memang lawak la. Dr. A cakap ada yang buat kemah dekat sangat dengan pinggir hutan, bukan pasal tu je, kawasan tu pula ada banyak kesan tanah digali dan ada la timbunan2 tahi..Siapa gali? Siapa punya tahi?..Incik Babi Hutan laa..
Kemah yang dimaksudkan tu termasuklah kemah aku juga..haha. Dah tu, tempat tu memang redup, nak pasang tengah2 campsite, takda pokok semua pastu matahari terik, memang tak la..Nak taknak, aku dan camp mate aku pindahkan juga la kemah kami, ada juga yang tak nak pindahkan sebab malas kot..haha. Pastu Dr. A cakap lagi ada sejenis burung tu migrating sekali setahun kat tempat tu untuk bertelur tapi burung ni bertelur bawah tanah, so ada la juga yang buat kemah ATAS lubang sarang tu, dan kena suruh pindah juga..haha. Dan bila habis semua tu, dah boleh pergi tido dah. Memang sangat santai, aku agak2 masa nak tido tu mungkin dalam jam 10.30 atau 11.00pm, aku pun tak ingat la tapi masa field eco punya field trip, jangan harap boleh tido, jam 2 am pun masih buat kerja.
Ada juga yang masih bangun sebab ada sentri. Sayang la, Tjg Datu ni sebenarnya tempat penyu bertelur dan keesokan paginya baru tau ada penyu mendarat kat pantai tapi tak jadi bertelur sebab tempat terang sangat. Kami la tu, pasang lampu tambahan bagai....haha. Pagi hari kedua baru lah mula objektif sebenar kami ke tempat tu iaitu assignment poster kami ikut tajuk masing2. Kat Tjg Datu ada 4 trails jungle trekking - Pasir Antu Laut trail, Teluk Melano trail, Belian trail dan View point trail. Group aku dan beberapa group yang lain dapat Teluk Melano trail, group dah diletakkan ke trail memasing ni dah lama kena decide masa kat kelas lagi.
![]() |
Teluk Melano trail |
Memang best juga la trail Teluk Melano ni, panjang dia 3.7 km tapi untuk group kami perjalanan mula dari HQ ke pertengahan trail je, selebihnya mula dari hujung trail, Kg. Melano dengan menaiki bot dari HQ dan berjalan kaki sehingga ke pertengahan trail, kiranya kami akan berjumpa kat pertengahan trail tu dan akan pulang sama2. Aku rasa trail ni la yang paling senang sebab sepanjang trail ni cuma flat ground je, aku rasa cuma 2 kali aku turun naik bukit sepanjang lalu trail ni. Lagi satu, trail ni sebelah pantai. Masa sampai kat pertengahan trail tu memang bahagia la sebab Park guide yang bawa kami tu bawa kami ke pantai ikut jalan off trail, kira macam hidden spot juga la nie... Serius memang cantik la pantai tu, pastu sunyi cuma dengar air laut ja, sampailah kami datang..haha.
Punya lama kami tunggu group dari seberang trail, so apa lagi yang lain dah mula berpeleseran ambik gambar..haha. Ada satu tempat tu semuanya batu besar so mostly semua member aku pergi sana. Aku dan sorang lagi yang stay kat pokok2 redup. Aku tak tau la alasan yang sorang lagi tu tapi aku memang malas nak jalan da, kaki aku dah macam bengkak berjalan..haha maklum la orang terlebih sihat. Nak dekat 1 jam setengah juga la kami menunggu tu aku dalam kebosanan mula la aku merepek sekejap membina 'tower' batu aku. Tu la pasal, hidden skill aku dah ter-activated menunggu manusia2 sekalian.
![]() |
Ni je yang aku mampu |
Kesian geng2 aku, mereka la ni pembekal batu2 yang berjaya, Aku memang rasa pelik la plus curious , pantai sini memang sangat banyak batu. mostly batu leper. Ada satu tempat tu batu2 dia bentuk 'love', okay couple2 honeymoon sekalian, datang lah kat sini!..haha. dah ber-huha2 dengan tower aku baru lah group yang lain sampai. tu belum meneruskan perjalanan lagi tu, mereka pun bila sampai ja hidden spot kami ni terus ambik gambar, kena tunggu 15 minit lagi..ish3..Pastu baru lah kami balik ke HQ, nak dekat sampai tu ada simpang tiga, kanan ke View Point dan kiri ke Belian trail. So memandangkan agak awal juga kami sampai berbanding group2 trail lain, kami pun mengada-ngada la nak pergi try trail view point sebab 15 minit je perjalanan..haha. Ya, 15 minit...15 MINIT of HELL!!..
Trail dia naik, naik dan NAIK bukit ja..takda flat ground..dah namanya view point, tak sampai separuh perjalanan, aku dan sorang lagi member dari group lain dah give up. So yang lain naik dan kami berdua turun balik HQ, lagipun dekat je, dalam perjalanan tu terjumpa group dari trail Belian, muka dorang jangan cakap la dah macam muka zombie aku tengok, trail mereka lebih kurang macam view point tapi lagi panjang nak dekat satu jam lebih perjalanan, bersyukur aku dapat trail Teluk Melano. Rasa agak menyesal dan rugi la pula bila tak pergi view point..Tapi apapun, aku ngam2 sampai HQ masa tengah hari dan aku juga la orang pertama pergi ambik lunch..haha.
Dekat setengah jam juga la baru group aku sampai, mandi peluh semua orang dan aku kena marah pula sebab tak ikut sekali, mereka nak ambil group photo masa tu tapi aku pulak yang menghilang. Ahh, caringnya mereka..haha. Lepas makan lunch, kami diberi masa rehat sampai jam 3 pm, memang bahagia la dapat rehat lama boleh la aku tido sekejap, tapi aku tido2 ayam je dalam kemah aku, apa tak nya, punya panas!!. Kemah aku bawah pokok masih juga kena sinaran matahari terik..haha. Camp mate aku yang menjenguk sekejap dalam kemah pun terkejut aku boleh stay dalam kemah masa tengah panas2 tu. Dalam jam 3 macam tu, berkumpul lagi kami untuk riadah petang.
Tapi sebelum tu Dr. A tanya pendapat kami pasal nak pindahkan satu pondok ni. Staf HQ cakap mereka nak pindahkan pondok tu ke dalam sikit sebab pondok tu terletak menghadap pantai dan tak stategik. Mereka dah lama nak pindahkan tapi tak cukup manpower. Apa lagi semua lelaki2 zoology sado la yang kena..haha. Wanita2 sekalian hanya mampu cheering je..haha. Hebat mereka semua ni,dekat 1 jam lebih juga berikhtiar angkat pondok tu ramai2..Literally angkat tau, memang 100% kuasa muscle plus simple pengetahuan fizik..haha. Sempat juga aku buat sand castle dengan geng aku masa mereka susah payah nak angkat pondok tu..haha. Nampak tak ke-ignorantnya tu. Dah tu, kalau aku join mungkin tambah beban bukan kurangkan beban..haha
Lepas dah habiskan projek memindahkan pondok tu, bersorak-sorai la mereka..haha dan rehat selama beberapa minit pastu baru lah mula aktiviti riadah kami. adakah aktiviti riadah kami bola beracun...atas pasir pulak tu. dan lepas game bermula, aku antara beberapa manusia yang terselamat dari kekejaman mereka yang baling bola tu..haha, tapi aku dah tak larat sebab kaki aku dah terasa berat sangat so aku pun pura2 jadi team lawan/orang yang dah kena penangan bola beracun. Adoi, memang serius idea siapa main bola beracun kat pantai??. Apapun, lepas main bola beracuun tu dah boleh buat aktiviti riadah sendiri, ada yang main bola tampar, ada yang main musang dan anak ayam dan ada juga yang main galah panjang..haha.
Dah macam kanak2 riang dah..Aku??..Aku terjelepok atas pasir malas nak join. Kaki aku serius dah membengkak dan kebas semacam..Tu laa, suruh joging tak nak..haha. Lepas dinner, ada lagi aktiviti. Lebih macam game la juga, main teka2 nama movie, idiom dan sentences. Group aku berjaya masuk Final je tapi kalah..haha. Apapun, memang serius hari tu yang paling best la. Lawak gila semua orang. Dah habis main game, berkumpul lagi kami untuk sepatah dua kata dari Dr. A dan Park Warden, macam sedih juga la sebab esoknya dah balik. Lagi sedih bila Park Warden nak panggil kami sebagai 'anak-anak' dia tapi masih juga guna ayat formal panggil kami tuan2 dan puan2..T.T
Dr.A pun tetiba speech dia sentimental semacam, sanggup pula tu offer jadi guide untuk group trail Pasir Antu Laut malam2 tu sebab group tu je yang tak dapat habiskan trail sebab ada orang terseliuh tapi akhirnya tak jadi pergi. Ada la satu group tu pergi trail malam2 tu tapi ntah la apa sebab mereka ja yang pergi..haha. Mula lagi sesi sharing kami for the final moment. Mula2 bila Dr.A tanya siapa yang nak volunteer share2 feeling, seperti biasa Dr. A dah kenal kami yang tak pernah nak volunteer ni dah kena la setiap group kena hantar wakil untuk sesi sharing. Adoi, lawak juga la masing2 hentam je apa yang dorang nak share. Takpe asal Dr. A puas hati..haha. lepas berhabis sharing2 ni, pergi tido la lagi buat kali terakhir kat Tjg Datu ni..haha. Aku sebenarnya ada sentri malam tu malangnya aku tertido sampai esok pagi. Jam 6.30 am camp mate aku bangunkan aku dan bersiap-siap la dengan cuci muka dan kemas barang. Jam 7 am terus breakfast, kali ni breakfast dia nasi lemak.
Tak paham aku, mostly makanan kami ni mesti ada ikan masin..haha. Malam sebelum ja makan ayam masak kicap..ish2..Tak bersyukur betul!..haha. Habis makan tu terus lipat kemah dan bersedia untuk bertolak naik bot laju ke tongkang. Awal doh tongkang sampai, masa breakfast dah muncul 3 tongkang kat laut. Mesti awal gila keluar berlayar ni, dah la 2 jam baru nak sampai. So, plan kami hantar barang2 dulu baru hantar manusia2 sekalian..haha. Memang basah juga la sebab kena tarik bot ke pantai, nasib baik la masih awal pagi kalau tak memang macam daging salai tengah2 panas tu nanti. Dan lepas semua barang di angkut, kami2 la pula bergiliran naik ke tongkang memasing.
![]() |
Bye-bye Tanjung datu NP |
Sedih pula rasa bila tongkang dah mula bergerak, dan kami masih lagi diiringi bot Polis Marin, Dr. A ikut bot tu pergi dan balik, dah la pakai life jacket hitam polis marin, dah macam gaya ala2 komander dah nampak..haha. Memang serius semua orang dah kepenatan, mostly tido la tapi ada la dua distinguished group kat tongkang ni main game tengah2 laut. Group kat depan tongkang main poker, group kat tengah main uno..haha. Aku kali ni duduk bahagian depan tongkang. Baru la clear pemandangan..haha. Aku penat juga tapi sepanjang dua jam tu aku tak tido, nak tido pun takda guna, either geng yang dah tido habis ambik spot untuk baring atau group main poker tu riuh tak habis..haha.
Aku pi la melayan perasaan aku kat laut. Macam2 juga aku nampak masa termenung ke laut ni..haha. Beberapa kali juga aku nampak sekumpulan flying fish ni terbang, mungkin sebab bunyi enjin tongkang kot. Pastu ada la aku ternampak sea snake. Aku tak tau la species apa, tapi rare betul nampak ular kat laut..haha. Jakun sekejap..Sampai Sematan, singgah sekejap untuk lunch. Baru lah jumpa makanan yang lain2 haha, tak la ikan masin je..haha..Eh, ikan masin pun sedap la bukan nak mengutuk!. Kali ni aku makan mee kolok dan ada la aku belanja RM6 untuk pisang goreng dan buntut ayam..haha
Pastu, kami teruskan la perjalanan balik. Dalam bas, semua orang penat tapi masih lagi huru-hara..ish2..Dah tu pulak sebelum bas bergerak sempat tengok ola bola. Pastu sepanjang perjalanan tu dah mula la pasang karaoke sebab tu la huru-hara. Masing2 off key..haha. Kesian kawan2 bila ada salah satu bas kami rosak, so terpaksa lah berhimpit kat dua bas yang lain tu. Apapun, perjalanan balik berjalan dengan lancar, sampai ja bandar Kuching terus hujan lebat, bukan hujan lebat dah, ribut terus..haha. Punya besar beza cuaca sini dengan Tanjung Datu. sampai UNIMAS dah memang hujan lebat. Nak taknak redah je la sebab nak cepat balik. Sampai bilik, sempat lagi kemas barang pastu terus pengsan kat atas katil sampai esok pagi..Penatnya belum habis lagi tu, sampai sekarang masa aku menulis ni masih penat lagi..haha
![]() |
Kami la ni, Zoology kids 13/14 |
![]() |
Pemandangan dari Kg.Melano |
*ZOOLOGY HEBAT*