Hai2!
Kali ni aku cerita la pasal final field trip kami ke Matang Wildlife Centre (6/5/2016). Kami dibahagi dua group sebab lecturer nak kami semua gain experience 'sama rata'..haha. So aku dan geng dapat group first, dan group second pergi minggu depan nya. Kami pun bertolak hari jumaat instead of hari sabtu sebab hari tu hari mengundi. Nah, tak da apa2 sangat masa perjalanan tu except macam biasa ada lah geng2 yang terlebih excited dalam bas tu, maybe dah final trip so bila lagi nak huha2 ramai2?..haha. Sempat juga la perhati Kuching Wetland dan Gunung Serapi sepanjang perjalanan tu. Masa tu aku tak tau pun gunung tu Gunung Serapi..haha, aku ingat Gunung Gading.
Apapun nak dekat sejam juga tu melayan perasaan sendiri memandang luar tingkap buat 'MV' sedih dan akhirnya kami sampai ke MWC. Masa tu kami terus dibawa ke auditorium dan ada taklimat ringkas intro MWC dan etc oleh MWC Staff..Nak dekat 3 jam juga tu taklimat 'ringkas', masa tu menyesal juga tak salin apa yang staff tu cakap sebab bila aku nampak lecturer salin nota masa taklimat tu baru la aku rasa, "Oh, Sh*t!" sebab mesti taklimat tu kena include dalam quiz next week. Apapun, aku redha saja la..haha
So, berakhirlah 3 jam taklimat kami terus dibawa ke tempat 'praktikal' veterinar. Jangan confuse tau, Zoology ni bukan maksudnya jadi doktor haiwan, tapi praktikal ni penting sebab kita punya course bukan saja melibatkan ekologi/sistematik/molekular haiwan tetapi welfare mereka pun kita kena ambik tau juga..Aiseh..Dan praktikal kami ni melibatkan anaesthesia untuk random medical check-up. So, 'pesakit' kami hari tu adalah long-tailed macaque. Masa kena bawa cage masuk ke tempat 'praktikal', macaque tu dah mula tunjukkan stereotypic behaviour, apa taknya tetiba kena kerumun budak zoology..haha. Then, lecturer kami, Dr. S pun bagi intro anaesthesia yang dia akan gunakan, even dia tunjukkan jenis objek yang Vet selalu guna untuk deliver drugs untuk medical check-up tapi masa dia drug macaque tu Dr just tarik tangan macaque tu then inject guna syringe, macam kesian pula bila nampak macaque tu berdiri pun dah tak stabil, pastu slowly rebah..aiseh. So, kami pun ada masa 30 minit demonstration sebelum drugs tu kurang efektif, masa tu Dr tunjukkan cara untuk mengukur macaque tu, lebih kurang macam prosedur biasa la tu.
Lepas tu jadi a bit interesting bila masa nak ambil fecal sample, dah kena la pilih volunteer antara kami (nasib bukan aku...haha) ambik fecal sampel dari cage macaque tu pastu Dr guna diluent untuk cairkan sample tu sebab nak guna sample tu under microscope untuk tengok ada worm infection atau tak. Well, macaque tu sihat but Dr cakap dia nampak telur worms tu kat fecal sample so macaque tu pun akan dirawat la kecacingan dia tu..haha. Lama juga Dr bagi explanation untuk setiap check-up sedar tak sedar dah 30 minit berlalu, macaque tu pun dah sedar dan lagi kesian bila sekali lagi kena drugged..Adoi..check-up dah habis masa tu cuma tinggal ambil blood samples saja then macaque tu pun diletakkan balik dalam cage dia. Akhirnya, lunch hour!. See? Takda apa2 sangat pun sebenarnya, at least itu la yang kami expect rupanya kami masih kena buat eclosure evaluation macam kami buat kat Jong Crocodile farm hari tu. Ada juga chance round2 MWC ni, kali ni giliran geng aku jadi tour guide sebab tu first time aku datang ke MWC, mereka dah pernah datang sebab handle orientasi pelajar first year kat situ.
Aku rasa semua tak expect kot ada enclosure evaluation sebab almost semua tak bawa borang evaluation tu, luckily ada juga la yang terbawa borang tu then print-kan untuk setiap group dan we are good to go!. Best juga la trail MWC, semua forested trails so rasa macam jungle trekking. Haiwan2 kat sana yang biasa korang nampak juga, ada Orangutans, Sun bears, Hornbills, macaques, Sambar deers, Porcupine dan alligator tapi main attraction MWC sebenarnya Orangutans. So, dah keliling berhabis MWC, group aku pun pilih la enclosure Sun bears. Sebenarnya semua enclosure kat MWC ni lebih terjaga dan lebih natural so ok juga la evaluation kami hari tu..haha. Lepas tu semua berkumpul kat lobi sementara tunggu bas tu sempat la juga ambik2 gambar, seperti biasa semua orang dah nampak penat tu, tapi masih sempat huha2 dalam bas...haha. Dah sampai Unimas tu macam nak dekat jam 5.00pm, apa tak penatnya, aku balik bilik terus rebah, malas nak fikir apa2 dah..haha
*THE END*