Hi,
Yup, aku dah habis menempuhi hari-hari menjawab exam dan aku sekarang sedang menjalani latihan industri, lepas habis exam pada hari terakhir, mungkin korang akan harapkan bertitisan airmata, berparti semua tu. Oh no, no, NOO!!. Ada la beberapa manusia yang sempat enjoy saat2 akhir tapi bagi beberapa kerat manusia terutamanya macam aku ni, tak sempat nak bersedih segala, aku kena fikirkan thesis aku yang belum dibukukan lagi, tempat intern tak dapat2 lagi walaupun dah berkurun menunggu jawapan. Macam nak gila meroyan pun ada. Masa tu menyesal juga beli tiket balik awal sebab aku ingat sempat la habiskan semua kerja tertunggak.
Apapun, aku sempat juga urus thesis tu, lepas dibukukan dan hantar kat penyelaras program, aku pun balik la ke Sabah tanpa berita penempatan praktikal aku. Risau juga aku masa tu, kalau tak dapat penempatan, extend la jawabnya. Tak nak aku!. Walaupun belum mendapat tempat praktikal lagi, aku masih juga mendaftar Latihan Industri kat sistem maklumat pelajar, yalah, mengambil risiko ni seronok juga..haha. Dan miraclenya, hari jumaat lepas, aku dapat reply dari tempat yang aku dah mohon berabad dulu yang aku hampir nak give up dah dengan tempat tu, 2 hari sebelum aku mula intern, dan sekali lagi happy la aku mengisi maklumat penempatan aku yang lengkap kat sistem maklumat pelajar online.
Sebenarnya minggu ni dah mula intern tapi bila aku pergi pejabat tadi untuk lapor diri, hanya seorang staf perempuan saja yang 'greet' aku on my first day of intern. Yala..Semua dah cuti raya..haha. Anyway, aku ada la juga berbual sikit dengan akak tu, sebenarnya aku pun tak pasti nak panggil puan atau akak?. Aku awkward juga tadi, maklum lah first time, tu baru dengan akak tu belum jumpa semua staf pejabat. Apapun, aku kena lapor diri dengan Mr. R, tapi Mr. R belum sampai kat pejabat dan akak tu la yang tolong call Mr. R tu. Masa menunggu Mr. R datang, bersambung la aku dan akak tu berbual, more like mak aku lebih banyak cakap berbanding aku. Hah?? Bawa mak ke tempat intern?? Tak matangnya..haha. Ok. Mari la aku jelaskan kenapa aku terpaksa 'heret' mak aku sekali kat tempat tu.
First, mak aku je yang pandai pandu kat rumah aku masa tu, bapak aku kerja, tempat intern jauh kot bukan boleh sampai jalan kaki pastu takda pengangkutan lain. Second, mak aku lagi tahu selok belok tempat tu, nak harapkan aku cari? dah la tak pandai pandu pastu aku pun tak tahu kewujudan pejabat tu selama 23 tahun aku hidup kat area tu..haha. Third, ni just in case sebab semua orang dah balik raya, berkemungkinan lepas aku lapor diri tu kena suruh balik, boleh la mak aku ambik aku terus tak perlu ulang-alik sebab macam dah agak intern tak berjalan sebab takda staf..haha. Akhir sekali, Dah datang kat pejabat tu, akak tu sendiri yang ajak mak aku join sekali menunggu Mr. R, daripada mak aku mundar-mandir keseorangan kat luar pejabat..haha.
Aku risau juga sebab dalam pendapat aku macam rosak dah first impression akak tu dengan aku, yalah, bawa parent ni ada juga keburukan walaupun kau sebenarnya tak berniat pun. Mostly semua soalan akak tu, mak aku yang jawab, nak mencelah macam agak kurang sopan sebab aku kan anak yang baik..haha. Aku tahu akak tu tanya soalan kat aku tapi mak aku yang jawabkan, dah la aku ni tengah betul2 awkward masa tu tambahan pula aku tak tahu nak bual topik apa sebab mostly topik mak aku dan akak tu macam dah melebihi pengetahuan aku..haha. Apapun, pastu aku pesan kat mak aku, lain kali biar aku sorang je yang urus sebab aku dah tahu mana nak cari pejabat tu dan mak aku pun ok ja..haha.
Terkejut juga akak tu sebenarnya, aku datang kat pejabat dalam jam 7 macam tu, tu tak seperais lagi, mengikut waktu pejabat yang tertera kat surat penempatan aku, mula jam 6 pagi tau..haha. Rupanya pejabat buka jam 8 pagi, tu yang normal hours la, pejabat buka jam 6 pagi macam agak melampau walaupun bulan ni bulan puasa. Dan lepas menunggu sampai jam 8.30 pagi macam tu tadi, Mr. R masih tak muncul-muncul lagi, akhirnya akak tu menghubungi Mr. R sekali lagi dan keputusannya?? ---> Mr. R minta aku pulang rumah dulu dan akan mulai praktikal minggu depan sebab kebanyakan staf kat pejabat cuti raya sepanjang minggu ni. Kalau Mr. R datang pun, mungkin tinggal kami berdua sebab akak tu dah nak balik cuti so macam tak manis la kalau tinggal kami berdua saja kat pejabat tu.
Berbaur juga la perasaan aku masa tu. Sedikit kecewa sebab aku dah betul2 tak sabar nak mula praktikal ni..haha. Pastu aku happy juga sebab seriously aku rasa macam nak pengsan sebab nervous+awkward. Dan akak tu memang baik, dia sepatutnya cuti hari ni dan singgah pejabat pun sebab nak siapkan laporan tapi dia cakap dia boleh hubungi pihak fakulti masa tu untuk maklumkan yang aku mula intern minggu depan. Malangnya aku pula terlupa bawa maklumat emel/no.tel fakulti. Terpaksa la aku tolak baik2 niat baik akak tu. Aku dan mak aku pun balik lah ke rumah..haha. Lepas balik tu, aku kemas barang balik pastu sambung tido. Tak cukup tido gara2 nervous nak mula intern, last2 tak menjadi..haha. Mula la aku bakal menghabiskan masa seminggu ni tengok anime dan main game. Jeles juga aku, kawan2 aku dah mula post tempat intern masing2..Ada juga la yang senasib dengan aku kena mula minggu depan. Adoi, sakitnya tu disini..haha