Saturday, 4 November 2017

Lesen Memandu - Pengalaman Budak Noob!

Hai!

Ah, kenapa ka tajuk blog aku macam tu?, sebab aku baru ambil lesen memandu..haha. Bukan apa, ini juga la penyebab aku takda kerja. Mana2 kerja yang aku mohon mesti memerlukan lesen B2 @ D/DA, macam bengang juga la aku rasa sebab aku rasa aku ada peluang untuk kerja tu (konpiden lepas interview..haha) tapi yang failnya lesen kenderaan takda, so kali ni aku adakan la juga walaupun lepas tu sambung belajar lagi..haha.

Alkisahnya, parent aku ni nak hantar aku balik kampung, suruh ambil lesen kat hometown aku, senang lulus katanya. Tapi cerita tu berubah 360 darjah bila bapak aku kena pergi kursus sebulan kat Perak, akhirnya sebab risau aku tinggal seorang di rumah kami kat kampung tu ditambah pula kalau ada apa2 hal bapak aku takda kat situ, so aku stay la belajar memandu kat bandar besar Lahad Datu ni. Dalam keluarga aku ni, bapak aku saja yang ambil lesen kat LD dan aku la bakal menjejak langkah tu lagi..haha. Mak dan adik aku ambil lesen kat kampung.

Macam biasa la, kalau aku mula menaip entry ni confirm cerita aku ni dah lapuk cuma belum diceritakan kepada korang so anggap la cerita aku ni baru lagi kat entry ni..haha. Aku daftar kelas memandu masa bulan 5, kebetulan pula ada promosi raya untuk lesen D manual so ambil la chance yang lagi murah..haha. Tapi sebenarnya bapak aku yang urus pendaftaran semuanya, aku masa tu MIA, tinggal kat rumah. So, senang cerita aku pun mengalami prosedurnya selama sebulan lebih iaitu ceramah 6 jam (KPP01) - ujian komputer (lulus 47/50) - kelas KPP02 (5 jam) tapi aku ambik satu jam saja, cikgu aku ajar RSM & RPK dan bawa pusing2 litar memandu sehingga cukup sejam lepas tu dah tanda tangan habis kelas untuk 5 jam..haha. Cikgu aku ni rawk sikit, dia ajar aku RSM & RPK sekali sahaja, ya SEKALI SAHAJA sepanjang kelas KPP02 dan KPP03 (10 jam) aku, teknik dia senang, hafal sendiri dan buat latihan sendiri sebab bukan perlu buka buku teks pun, asal tahu mana kedudukan part2 kereta, maksud indicator, part apa yang perlu di tekankan sebelum memulakan perjalanan etc cukup lah..haha

Aku perasan juga la yang cikgu aku ni femes kat sekolah memandu ni. KENAPA?. Sebab dia lah yang paling garang kat sekolah tu. Jangan cakap la berapa kali aku kena tengking masa bawa kereta kat jalan raya (kelas 10 jam), aku ni bila dah kena marah kadang2 otak dah konpius, nasib la dapat juga aku fokus sepanjang memandu kat jalan sibuk tu, biasa la budak baru pertama kali bawa kereta mestilah ada saja gelagatnya, manual pulak tu - salah masuk gear la, terlepas clutch then mati enjin, terlepas tengok arah anak panah jalan sampai salah masuk lorong, macam2 juga la aku experience..haha.

Dah tu, balik rumah bila cerita pengalaman aku kat mak aku dia just ketawa saja sebab kat kampung, latihan dia paling senang sebab JARANG ada kereta lalu lalang, jalan sunyi so berlatih pandu kat jalan sana lagi senang berbanding kat tempat aku ni, dah la double lane, kereta kiri kanan, route jpj tu pulak jalan yang paling sibuk lagi tu sebab tu jalan otw ke Tawau/KK/Sandakan. Kadang2 aku jeles juga dengan pengalaman mak aku tapi bila mereka dengar cerita aku mereka pula jeles sebab tak merasa memandu kat jalan yang sibuk. Pelik...pelik...haha.

Masa QTI tu la aku betul2 neves, sebab aku tak practice RSM/RPK sepanjang aku kat kelas 10 jam tu. Esok QTI baru aku practice RSM/RPK..haha. Adik aku la yang ajar aku semua tu sebab cikgu dia amalkan practice setiap kali nak bawa kereta so adik aku kira macam bukan menghafal dah tu dah kira meresap ke dalam jiwa raga dia..haha. Tapi kan, penat2 mengajar pun tiada guna juga sebab aku lupa semuanya, hentam saja la asal lepas. Masa memandu kat litar, aku dapat viva dan aku juga la orang yang terakhir test litar tu so semua pandang aku sementara tunggu test kat jalan...haha. Aku dapat set B (Bukit/3 penjuru/Selekoh Z/Parking sisi/Selekoh S), yang peliknya aku tak pula neves masa test litar tu, semua smooth saja dan aku rasa macam sekejap sangat pula test litar hari tu so aku pun kira lulus la.

Test jalan raya paling epik, part tu yang aku risau sangat tu. Aku dapat set C basically kena keluar dari sekolah menuju ke jalan besar, ikut roundabout dan kembali ke sekolah then cikgu yang test aku ni selamba ja cakap "Kita ikut jalan potong ya, ramai yang nak test ni takut tak sempat habis...", makin la aku panik sebab aku ni masih noob..haha. Then macam dapat ja dia baca reaksi aku baru dia cakap, "Takpa, nanti saya ajar macam mana nak shortcut nanti..." so nak tak nak aku pandu la kereta tu keluar.

Shortcut dia nasib la senang ja, tak perlu masuk simpang kiri menuju ke roundabout, ni kena ikut lorong kanan untuk U-turn balik ke sekolah. Nasib la aku dapat juga U-turn dengan jayanya, ya la, mana pernah U-turn masa belajar memandu kat jalan, set jalan jpj ni cuma melibatkan roundabout dan simpang2 ja..haha. Kembali kat sekolah tu, aku rasa lega sebab aku dah lulus QTI dengan sekali try. Rasa lega tu effect dia sampai kat perut sebab sebelum tu stress memanjang so bila dah lepas stress perut aku pula gastrik..haha. Aku pun tak ingat berapa markah lulus aku, aku rasa dalam 70++ kot dari 80++, kira berjaya juga la tu dan JENG...JENG...JENG...Lepas ja habis QTI dan hantar result kat pejabat, aku terus booked test JPJ minggu depannya. Ni lah highlight entry aku hari ni..haha. Sengaja aku tak panjangkan lagi esei diatas sebab ni la teraju utama entry aku ni-TEST JPJ!!!

Biarlah aku beritahu result test JPJ aku sebelum aku cerita semuanya, sukacitanya aku maklumkan, aku GAGAL 3 kali test JPJ, kali ke-empat baru la aku LULUS. Macam tak percaya kan??..haha. But, shit happened and I persevered...(aiseyyy..) Alkisah bermulanya test JPJ aku yang pertama, biasa la pertama kali nampak abam2/pakcik2 JPJ pun dah gerun kita tengok ni kan pula nak di-test2 memandu..haha. Giliran test aku lebih kurang macam berada di tengah2 juga la so sempat la aku melihat test2 yang sebelumnya. Neves jangan cakap la memang lebih teruk dari yang aku rasa masa test QTI. Makin lagi aku neves bila ada orang yang kandas kat litar tu, masa QTI ada juga aku nampak benda yang sama tapi tu kan setakat test QTI, ni pula test JPJ!..haha. Masa giliran aku, aku dapat viva dan dapat litar set B sama macam test QTI aku.

Wah, masa naik kereta tu aku ada la cuba2 kenangkan 'zaman kegemilangan' aku kat test QTI manatau dapat menaikkan semangat. At the end, FAILED juga..T.T, obstacle pertama pulak tu...haha. kat BUKIT!!. Abam JPJ pun meniupkan wisel of shame lepas tu..haha. Konon macam dapat feel yang buntut viva tu dah turun ke bawah dan aku pun terus lepas handbrake dan tekan minyak tapi si viva ni tak nak naik, dia lebih prefer turun...haha. So, berakhirlah perjalanan aku di litar, terhenti di obstacle yang pertama.

Maknanya aku tinggal mengharungi test jalan raya lagi ni, so sebab gagal awal tu aku kena la tunggu yang lain habis test litar baru proceed test jalan raya. Mungkin aku rasa down sangat masa test litar tadi tu sampai terbawa-bawa ke test jalan raya. Awal2 lagi dah ada problem, kali ni aku guna kereta axia. Kira senang juga la handle axia sebab kereta axia kat sekolah memandu ni baru lagi..haha. Masa nak keluar simpang menuju ke jalan utama, kena berhenti kat bukit dulu (kena tarik handbrake) tengok kiri kanan so aku yang dah terngiang-ngiang result failed kat bukit pun macam dah tak fokus dah..haha. Masa nak race naik bukit tu pun handbrake aku tak lepas habis, so berbunyi la si axia tu, abam jpj yang tolong lepaskan handbrake.

Dalam hati aku dah agak, ni confirm gagal test jalan raya juga ni but then abam tu tak cakap apa2 so aku pun teruskan la perjalanan. Tapi dia sempat tanya juga la, "Tadi, bukan kamu ka yang gagal bukit tu???" Adoi, tersentap hati..haha. Aku jawab la "Ya..". So, abam tu baik juga la sempat bagi tips2 tapi aku pun tak dengar sangat sebab nak fokus ke jalan..haha. Angguk2 ja la..haha. Rasa bersalah pun ada. Tapi lepas tu, kami dua senyap..haha. Sambil2 abam tu tanda2 something kat kertas penilaian tu. Lepas insiden bukit tu kira smooth juga la bawa kereta so ada juga la sinar harapan kat situ, abam tu masih juga tak cakap apa2 sampai la kami tiba kat sekolah. So, sebelum keluar, dia cakap, "Ok, kamu lulus yang ini...Good luck test litar nanti" Adooooooiiiii, nasib la LULUS, kalau gagal dua2 tak tau la apa dah jadi.

So, sebab tak nak buang masa dan delay2 lagi, aku pun booked test litar minggu depannya lagi. Kat sekolah memandu aku ni, test JPJ lesen D/DA diadakan setiap minggu hari selasa so asal ada money flow tiap2 minggu boleh test..haha. Tengok juga la berapa orang yang booked tu kalau tak book awal memang tak dapat la test minggu tu, kena book minggu lain. Test kali kedua ni unik sikit, calon ulangan macam aku ni diletakkan giliran2 belakang so aku terpaksa la tortured diri sendiri melihat siri2 drama calon terkandas di litar.

Tiba ja giliran aku, aku dapat lagi set B dan kena guna viva, abam JPJ kat set B tu pula orang yang sama so aku tetiba neves lagi...haha sebab kena face abam tu lagi dan musuh aku si BUKIT! Kali ni pendek cerita aku lulus bukit..YAHOOOO!!!, lepas tu obstacle 3 penjuru. Guess what??. Ni musuh aku no.2...haha. Aku failed kat situ pula..T.T. Kali ni terlebih dari 3 pergerakan, masa nak keluar simpang lepas reverse tu si viva bercadang nak belot aku dan si viva ni sedap2 je berhenti kat pergerakan ke 3..haha. Tak sempat lepas, gagal lagi, dapat lagi aku mendengar wisel of shame tu...haha. Bapak aku sempat buat lawak savage, "jangan pula kena gagal setiap obstacle baru dapat lesen..." OH tidak!!!, aku tak mau la gagal satu-persatu obstacle2 tu!!! RM120 kot setiap test ulangan. Duit dah kena keluar macam air terjun Niagara dah.


Sebab dah banyak pakai duit, aku terpaksa la delay 2 minggu test JPJ tu. Masa tu aku memang dah macam tak nak dah ambil test sebab takut gagal lagi. But then, I persevered once again. Mana boleh mengaku kalah macam tu saja lepas dah harungi kelas2 tu, kena marah cikgu lagi..aisehhhh. So, test kali ketiga ni pun tak da bezanya juga, calon ulangan kena ambil giliran2 belakang, sekali lagi aku kena tortured dengan drama2 dan bila tiba masa giliran aku, aku masih lagi dapat set B dan guna si viva pembelot...haha. Abam JPJ kat set B dah kenal aku so aku dah macam kena 'booked' untuk set litar tu, asyik dapat litar yang sama ja..haha.

Macam biasa, bukit aku dah pass dan tiba la aku di litar 3 penjuru. Masuk simpang, OK!, gear reverse dan undur, OK! dannnnnn, tiba la masa masuk gear satu dan mula lepas clutch perlahan-lahan, si viva mungkin benci aku kot, si viva decide matikan enjin kat situ juga. GAGAL lagi!!!!. Abam JPJ tu pun dah macam frust tengok sambil tiup wisel of shame..haha. Asyik2 muka aku juga yang muncul tiap2 minggu sampai dia tanya, "Kau neves ka ni??" dan peliknya sebab aku dah test 3 kali, aku dah tak neves macam test pertama dan kedua so aku jawablah "Tak..." then abam tu dah mula buat muka..haha "Jumpa lagi minggu depan..." dia cakap, Wah, macam tahu2 aku nak book test minggu depannya..haha. Aku senyum2 ja la dan betul la tu aku terus book test untuk minggu depan...haha.

Test ke-empat ni special sikit. Mungkin abam JPJ realized yang aku ni mungkin kena sumpahan si viva dan litar set B, so kali ni dia bagi aku litar set A (Parking sisi/3 Penjuru/Selekoh S/Bukit/Selekoh Z) dan guna kereta axia. Aku pula tak la happy sangat masa tu mungkin sebab aku macam dah nak pasrah dah masa tu..haha. Kali ni, sebab aku la satu2 nya calon ulangan, nama aku dulu yang kena panggil dan aku pulak dah terbiasa  dapat giliran belakang, tetiba aku tercengang kat situ sampai 3 kali abam JPJ panggil aku baru la aku menyahut..haha. Kali ni aku buat slow2, tak payah fikir lulus gagal dah, sekali harung saja la..haha.

Disebabkan aku calon pertama so aku tak la di-tortured dengan drama2 calon di litar, kali ni aku pulak yang tortured bakal2 calon..haha. Dengan axia, aku rasa perjalanan di litar tu sangat la lancaarrrrr...haha. Parking sisi, OK!, sampai di 3 penjuru, teknik aku just fokus dan berhati-hati dengan clutch etc...bila aku dah keluar dari 3 penjuru, lega tu ada juga la tapi lepas tu jadi tense balik sebab teringat lawak savage bapak aku...haha. Apapun, aku masih buat semuanya slow2, buat macam litar tu bapak ko punya  asal jangan langgar peraturan la..haha. Kat bukit pun lancar juga dan semua berakhir dengan baik...Merasa juga aku ada lesen memandu akhirnya..haha.

Tapi kan, kali ni juga bukan aku juga yang merasmikan lesen memandu aku. Aku sekali lagi MIA duduk kat rumah so kali ni mak aku pulak jadi wakil yang tolong ambilkan lesen P aku..haha. Segarang-garang cikgu aku pun kalau bukan kerana dia, sampai sekarang la aku tak ada lesen. TERIMA KASIH CIKGU M!!


*FIN*



Wednesday, 28 June 2017

Unexpected turn of events!

Hi guys!,

Banyak surprise yang berlaku dalam beberapa bulan ni..haha. Aku baru saja bersemangat memulakan job hunt then tetiba datang la perkara yang tak diduga. Aku menyambung pelajaran lagi..haha. Kali ni bukan kat UNIMAS la, nanti kalau dah confirm, aku inform next entry. Aku baru ja buat keputusan mendadak tu pada minggu yang lepas. Aku dah memang plan da kalau lebih berbulan-bulan tak kerja, sambung study saja la sementara belum MALAS! sebab konon masih nak kejar cita2 jadi Pensyarah, nak tunggu TPM UITM macam tak sanggup da sebab lama meringkuk kat rumah takda kerja stress juga jadinya.

Memang persediaan sambung postgrad ni lain sikit..yalah, persediaan mental nak hadap jurnal2 sekalian plus dah terbayang-bayang dah presentation proposal defense, viva-voce etc (advanced kan tahap neves aku..haha), persediaan fizikal untuk lab dan field works sekalian. Dari persediaan2 aku ni, korang mesti dah tau postgrad aliran mana aku terjebak ni kan??..haha. Yes, aku sambung research mode, kalau masa BSc dulu research aku pasal Hemiptera, kali ni untuk MSc research aku pasal Diptera pulak, jauh terpesong tapi tak pa aku redha saja la..haha. Banyak juga tu benda baru nak resap dalam otak yang dah berkarat lepas lebih berbulan-bulan tak hadap lectures dan journals.

Macam biasa, adat research2 ni, kena la aku buat proposal untuk proposal defense. Aku sekarang masih tengah grasping the whole situation yang aku akan sambung study, dah tu sebab lama tak buat proposal dan berkritikal thinking ni, aku langsung takda idea nak tulis apa. Harap aku ada la idea lepas beberapa hari bertafakur ni..haha sebab SV aku dah minta suruh sediakan proposal (tajuk dah ada), bila dia nak?, dia tak beritahu tapi lagi awal lagi bagus la kan??..haha. Apapun setelah seminggu aku cuba untuk cari references baru la aku perasan yang berat rupanya tajuk proposal aku ni, aku ada juga rasa menyesal sikit tapi dah terjerumus nak keluar macam dah 100 tahun terlewat..haha.

Tenang, tetap tenang tapi bila dah terjerumus, dah basah lencun memang macam nak naik gila jadinya. Chewahh, bermadah helah nampak...haha. Dipendekkan cerita lagi, sampai la sekarang aku masih belum hantar proposal, konon nak enroll bulan september, tapi bukannya aku sengaja, cuma internet aku lambat nak download, baca jurnal2 sekalian, aku dah habiskan puluh2 topup sebab nak cari hari yang baik sikit internet connection dia sampai lah sekarang. Tapi, nasiblah berjalan juga proposal aku walaupun lambat macam siput progress dia, tak la kita terngadah bila buka balik proposal.

Download jurnal lambat tapi online dan update blog boleh pula?? haha. Ini yang bermain di fikiran korang kan?..haha. Korang tak tau lagi nak update blog ni pun aku ambik masa lebih dari seminggu untuk satu entry sebab susah nak save panjang2, terpaksa taip awal2 or taip sikit2 tapi both option pun menyebabkan umur cerita aku jadi berkurun lamanya. Tapi sanggup juga aku tunggu update entry baru sebab ni  saja la pengubat rindu aku nak ber-esei, bila mana lagi nak tulis panjang2 macam ni, untuk keluarkan segala yang terbuku di hati..haha kecuali  part buat proposal la..haha. Apa next step aku dalam perancangan sambung study ni?, senior aku cakap buat Master research ni takda kelas, terfikir juga aku bagus juga ambil part-time job sebab PTPTN aku dah memanggil tu minta bayar..haha, buat masa ni beliau yang masih tanggung.

Ya lah, siapa suruh sambung belajar duit pun takda, beliau pula yang kena bayar hutang aku, kan bagus aku cari kerja ja?? Ni juga salah satu persoalan segelintir korang ni, jawapan aku; aku memang suka cari penyakit!..haha. Takda la sampai macam tu, Segila-gilanya aku, aku tahu mana limit aku, lagipun aku dah habis bincang dengan beliau, dia pun cakap kalau aku nak sambung belajar tu, biar la setinggi langit. Tapi kalau kau tanya pendapat aku, nak sambung belajar atau kerja, bagus cari kerja dulu, supaya dapat tampung pengajian kau nanti (kalau masih nak sambung la).

Yang aku ni, aku dah tekad, sebab aku tahu kalau aku kerja, aku mungkin lupakan saja niat nak sambung tu, aku ni jenis yang pilih satu jalan dan tak pusing2, reverse2 etc lagi. Dah nak sambung belajar tu, sambung la jawabnya..hahah. Part mau mencari part-time job tu pun aku macam berbelah bahagi, sebab ada yang cakap nanti projek research boleh tergendala sebab tak fokus, aku risau juga part tu, apapun aku tunggu la dan tengok dulu keadaannya macam mana bila dah enroll.

Satu lagi isu yang korang bakal timbulkan, kenapa tak mohon biasiswa?? Hahah, biar la aku ketawakan kebodohan dan kenaifan aku dalam hal ni, haritu masa contact potential supervisor, dia siap dengan baik hati yang amat bagi link MyMaster (MyBrain), which aku tersalah buka or ntah la aku pun lupa sebabnya, bila aku daftar, kelayakan mintak dean list, sah2 aku tak layak sebab pointer aku tak sampai, then aku lupakan niat aku. Pastu baru2 ni aku check balik kelayakan (masuk website yang betul), kelayakan biasiswa MyMaster ni cuma 2.75 ke atas, punya la aku bengang, aku rasa aku salah masuk website kot..T.T. Dateline bagi kebanyakan biasiswa pun dah tutup rasanya. Lepas tu aku mengadu dengan SV aku, dan aku tanya kalau aku boleh jadi Graduate Assistant dia, malangnya dia cakap dia dah ada seorang GRA under dia dan tak perlukan orang lagi, so apa pilihan aku??? Jeng3x...Itupun terpaksa la aku survey keadaan lepas aku enroll nanti..haha



*FIN*

Tuesday, 3 January 2017

Alumni UNIMAS, Mahasiswi UNIMAS! part 2

Haa,

Baru la masuk part sebenar, yang sebelum ni cuma introduction saja tu..haha. Persediaan graduation aku dah buat sebelum datang ke UNIMAS, ya la, semua benda nak di-print, mahu cari nahas kalau baru mula nak buat kerja kat sana nanti, so dengan cara efisien aku ni (Aisehh..), tak la banyak benda nak difikirkan, just do it and relax~ So, seminggu sebelum grad, terbang ke Sarawak, tak fikir dah masalah lain. Macam yang dah aku beritahu, aku dan kawan pun sama2 menuju ke homestay kami. Dalam banyak2 hari, aku rasa masa seminggu tu la paling banyak aku meluangkan masa kat luar rumah.

Lepas sampai kat rumah tu, then tegur owner, kami terus masuk bilik then cerita2 sekejap, esok paginya kena pergi fakulti pula untuk urus pengambilan jubah, kawan aku yang sorang ni lagi hardcore, sebelum menuju ke fakulti baru dia nak isi borang and then baru PRINT! dah la borang semuanya isi online..hahah. Apapun, sekejap juga la, dalam 10 minit saja lepas tu cepat2 menuju ke fakulti. Sebenarnya nak datang awal tu risau barisan panjang, then betul la pulak tekaan aku, tapi nasib baik la staff yang urus tu efficient so tunggu 5 minit terus siap. Belum ambil jubah ni, baru minta pengesahan saja dari fakulti, jubah kena ambil kat dewan besar.

Tujuan utama selain proses mengambil jubah ni, kami kena hadir raptai sehari yang diadakan kat dewan besar. Aku rasa group kami ni memang skema la, masa kami sampai tu, semua sidang berkumpul, lebih kurang 3000 orang (Sepatutnya laa), tapi yang muncul hari tu cuma 1/3 dari semua sidang termasuk kami. Yang lain?, aku rasa masih ada yang dibuai mimpi..haha. Lagi dahsyat, sehari sebelum hari grad, baru nak fly ke Sarawak, tu pun sebab syarat wakil boleh ambilkan jubah, so mereka ni tinggal goyang kaki ambik sijil..haha, aku mula2 nak minta tolong kawan jadi wakil ambilkan jubah, bila difikirkan, aku lebih selesa kalau aku yang ambil sendiri, maklumlah kalau ada kerosakan di jubah tu, at least kita dah maklum sedia..haha.

Macam menyesal juga aku ikut raptai tu, yang diterangkan cuma fesyen rambut & pakaian yang tak dibenarkan dan atur cara mengambil sijil then raptai habis. Serius aku rasa agak menyesal ikut raptai tu, sebab aku nak ambil jubah secepat yang mungkin. Habis saja raptai, aku dan kawan hardcore ake berlari ke bilik jubah (2 org lagi urus photoshoot sebab dah ambil jubah) dan sekali lagi ada saja dugaan.

Nak ke bilik jubah pula kena ambil nombor giliran, bukan tu masalahnya, masalahnya adalah mesin bagi nombor tu rosak so kaunter ambil nombor pun secara automatiknya tutup..Arghhhh!! Rosak rancangan ana! haha. Masa tu baru jam 11 lebih, lagi serabut, staff yang jaga kaunter cakap dalam jam 2.30 pm macam tu baru kaunter buka..Adoii, nak balik pun macam tak berbaloi sebab kena datang balik, dah la pergi balik ke homestay tu guna "uber", so aku dan kawan aku menunggu la kat situ, feeling hopeless dan kebosanan...haha. Selepas part menunggu tu, dalam jam 2.15pm macam tu, orang dah mula kumpul kat depan kaunter tu, benda yang terjadi lepas tu sangat la predictable..haha.

Masa 2.30pm tu, staff dah mula datang and duduk kat kaunter, bila staff yang pegang mesin nombor tu dah mula nak bagi nombor, haa, mula la adegan zombie dalam "train to Busan" tu, termasukla aku dan kawan aku, boleh dibanggakan juga la, kami antara orang pertama sampai depan kaunter tu..haha. Adoiii, sesak plus saling tolak-menolak jangan cakap la, macam cerita singapura dilanggar todak (haha). Paling aku kesian tengok tu, staff yang pegang mesin tu terpaksa la menenangkan orang2 yang tak sabar nak berebut kertas nombor dari tangan dia, nasib la dia jenis yang sabar (kot..), berjaya la juga aku dapat nombor yang awal2 termasuk kawan aku tu.

Sampai ke bilik jubah tu, nombor2 sebelum nombor aku masih lagi menunggu giliran kat situ, nasib la staff kat situ pun efficient, so ada 10 nombor lagi sebelum aku, rasanya semua tu cuma ambil masa dalam 15 minit, aku dan kawan aku terus ambil jubah dalam masa yang sama sebab nombor kami dekat dan kaunter ambil jubah pula banyak. Habis ambil baju, kami berempat jumpa balik kat tempat kaunter ambil jubah tu, sempat juga la mengayakan jubah, ambil feel nak grad gitu..haha, bila balik rumah tu, macam dah malas nak buat apa2 sebab masing2 penat, akhirnya kami tidur awal.

Esoknya kena lagi pergi dewan tu untuk temankan kawan beli pakej gambar atas pentas, mulanya aku macam tak mahu sebab aku dah bayar pakej gambar lain, tapi memandangkan gambar atas pentas tu the one and only pakej istimewa, aku berubah fikiran dan ambil juga pakej tu..haha. Lepas tu, kami berempat dah planning nak ambil gambar bersama pakai jubah, so kami pun pergi la tempat2 sekitar Unimas, kira macam hotspot la tempat graduan selalu ambil gambar..haha. Penat tu jangan cerita la, seharian jalan kaki, most tempat jauh pulak tu..haha. Habis tu, kami terus balik dan sekali lagi kami tidur awal..haha

Hari2 seterusnya cuma baring2 goyang kaki kat rumah..haha. Sempat juga kami berempat minta Zeke bawa kami jalan2 sekitar garden dia sambil2 nak tahu apa yang dia tanam..haha. Ada masanya kami bermain dengan anjing peliharaan mereka..haha. Sebenarnya, sidang konvo kami berempat merupakan sidang paling last, so hari2 kami stay kat rumah tu dah berlangsung pun konvokesyen tu cuma malas pergi..haha. Sehari sebelum konvo, aku pergi hotel tempat parent aku menginap konon ngegeh tunjuk jubah..haha. Apapun, sekejap saja la bersua muka sebab risau nanti persiapan tak cukup untuk G-day esoknya. Malam tu aku rasa silent moment untuk kami..haha, ntah la macam sama dengan hati yang lepas, mungkin sebab nervous kot? Takut terlajak tido, aku sebenarnya insomnia masa tu..haha.

Nasib la ada kawan sorang ni memang jenis Morning Person so dia la yang kejutkan kami dalam jam 4 pagi macam tu. Walaupun jam 4 bangun, masih juga lambat sampai ke Dewan tu..haha, mekap dah nak dekat dua jam, lepas tu masalah lain pulak datang, uber yang kami book awal tu tak menjawab panggilan, setengah jam juga tunggu, dan akhirnya kami putuskan yang kami akan tumpang parent kawan yang sorang ni sebab parent dia guna kereta sewa. Nasib la sempat sampai walaupun terpaksa bergelut berempat duduk menyempit dalam kereta kecik..haha.

Sampai saja kat Dewan, kami terus pergi ke tempat berkumpul graduan, kat situ kena ambik nombor giliran naik pentas, masa tu juga la dah mula pakai jubah full, memang meriah juga suasana dewan tu, dengan selfie/wefie, perjumpaan yang bakal menjadi kali terakhir bagi mereka..haha. Apapun, dalam setengah jam macam tu, graduan diminta beratur ikut fakulti dan susunan nombor giliran, masa tu aku rasa nervous, berat ja dada aku macam kena hempap, "This is it!!", masa berarak keluar nak masuk dewan utama tu la paling nervous pernah aku rasa, macam nak public speaking ja vibe dia..haha.

Dah masuk dewan tu, duduk kat tempat masing-masing, kurang sikit la nervous, smbil tu baca buku graduation, masa tu dah kurang sikit nervous sebab fakulti kami in the middle session, so tak la gundah gulana nak fikir gaya apa nak buat kat pentas tu..haha. Bukan la gaya diva tu yang aku maksudkan, takut silap step saja, masa raptai tu aku hafal tau step-step ambil folder sijil and so on tu semua tapi kalau dah nervous?, jangan cerita la..haha. Sempat juga aku sms parent aku, disebabkan aku ada adik under 12 tahun, mak aku tak dapat masuk dewan so bapak aku la yang menjadi saksi aku, tapi mak aku tak berapa kisah juga sebab kat luar dewan disediakan khemah dan tv besar, graduation live pulak tu.

Macam cepat ja majlis berlangsung, sedar tak sedar dah giliran fakulti aku, dan tetiba terus ke giliran course aku, datang balik la nervous maximum aku, dah tu pula aku antara yang terawal juga tu sebab nama aku mula 'C', so baris la kami tepi pentas untuk tunggu giliran dan nama diumumkan. Mungkin orang yang jaga barisan graduan tepi pentas tu perasan muka tension aku sempat lagi tu cakap, " jangan stress dik, senyum sikit..." dan aku cuma mampu senyum sekejap sebab nervous yang menguasai.

Dan ni la penentunya, nama aku kena umum, then aku pun tunduk hormat kat Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, dan aku pun ambil folder sijil sebijik dengan step-step masa raptai dengan tertib, pastu cakap, "Terima Kasih Tun" dan terus berjalan turun pentas, masa tu lega sikit juga la, tapi belum habis lagi cerita, kat bawah tu ada lagi photographer 5 saat, aku panggil macam tu sebab setiap gambar diambil cuma 5 saat saja..haha. Pastu, terus ke tempat duduk lagi, tempat duduk akan berubah tapi nasib la ikut crowd ni berguna juga, tak la aku sesat ntah ke mana. Sampai sekarang aku tak ingat nama aku kena umum masa ambil folder tu sebab dah nervous sangat..haha.

Masa dah duduk tu, memang lega la sangat, terasa sangat lega sampai aku tak perasan aku hampir tak tahan nak terkencing..haha, habis saja barisan aku duduk, aku terus keluar dewan pergi tandas..Adoi..gagal mengawal perasaan memang macam tu la jadi nya..haha. Kat tandas, tacap2 sikit, tapi sebenarnya just atur rambut serabai aku sebab mana ada bawak bedak semua..haha. Sekembalinya kat dewan, wah perasaan tu memang tak boleh describe la, nasib saja aku tak pengsan depan Tun. Masih ada lagi giliran fakukti lain masa tu juga la kami yang dah lega ni mula ber-wefie. Masa tu yang terasa lama pulak, sebab dah tak nervous, dah berfikiran waras..haha.

Habis majlis tu, keluar dewan pun kena juga bertertib, macam barisan kanak-kanak..haha, lepas tu yang sangat susah sebab parent ada di mana-mana, aku pula tak tahu mana parent aku, bila call tak bersambut, jauh juga aku pusing2 cari, dekat 30 minit cari dan dapat panduan melalui call, baru la aku berjumpa dengan parent, terus menuju ke booth photography di BHEP, masa tu ngam pula ada promosi tangkap gambar hari ni, dapat gambar hari ni, yang lain tu kena by pos laju so bapa aku cadang nak ambil tu. Burn dah deposit Rm 10 aku sebab aku dah book awal-awal agensi photography lain which kena guna pos laju within a month baru dapat gambar tu, tapi sebab bapak yang bayarkan aku halalkan saja la deposit tu..haha

Dah ambil gambar, pun kena tunggu dalam 3 jam macam tu baru dapat gambar tu, so kami pun lunch kat bazar konvo, habis bazar menunggu la kami kat kemah yang sama tadi, malang lagi masa nak ambil gambar tu, tetiba hujan ribut, bapak aku yang volunteer ambil gambar tu sempat juga elak hujan tu sebab jauh juga tu BHEP tu dari kemah. Aku dan mak aku lah yang kesian sebab tempat kami ni terdedah..haha. Masa dah ambil gambar pun masih lagi kena stay sebab uber yang kami book tu pula kena hantar customer ke airport, so kami menunggu kat BHEP tu sampai malam kot, dekat 2 jam lebih kot menunggu, kesian pula aku tengok parent aku, yelah kalau la aku pandai pandu, aku boleh la hantar mereka tak perlu mereka tunggu lama sampai macam tu.

Bayangkan jam 12 lebih ambil gambar, jam 3 ptg ambil gambar siap, jam 8 baru mula gerak ke tempat masing-masing, lama tu menunggu ditambah dengan masalah yang tidak disengajakan, nanti la aku cerita..haha. Dah sampai ke homestay, tinggal kami berdua ja sebab lagi berdua stay dengan parent masing-masing. Agak sunyi pula jadinya sebab aku dan sorang tu tak banyak cakap, masing-masin layan entertainment sendiri..haha. Esoknya, aku kemas barang dan ucap terima kasih kat owner  dan bye2 kat kawan sorang tu, aku pun bergerak ke hotel tempat parent aku menginap. 

Aku stay kat situ dengan parent smalaman saja sebab flight kami tengah hari keesokkannya. Adoi, penat tu jangan cakap la. Sepanjang flight, aku tido ja, malas nak layan penumpang  dari Semenanjung sebelah aku yang selalu nak tanya pasal Sabah, sebab mereka first time melancong kat Sabah, kesian juga sebab aku memang penat so aku balas sepatah saja la bila ditanya..haha, lepas tu mereka perasan juga aku malas jawab terus takda dah soalan..haha. Sampai KK, kena stay lagi semalaman kat hotel bajet sebab bapak aku tak larat dah pandu ke LD, lagipun flight kami mendarat dah nak malam, so daripada tido tepi jalan tengah-tengah malam bagus lagi stay kat KK, pada masa yang sama beli baju baru Krismas kat Wisma Merdeka dan esoknya balik LD tak payah fikir masalah lain dah..haha. Secara automatiknya, Officially penggangur dah aku ni..haha, harap bukan tegar la..haha


*FIN*