Haa,
Baru la masuk part sebenar, yang sebelum ni cuma introduction saja tu..haha. Persediaan graduation aku dah buat sebelum datang ke UNIMAS, ya la, semua benda nak di-print, mahu cari nahas kalau baru mula nak buat kerja kat sana nanti, so dengan cara efisien aku ni (Aisehh..), tak la banyak benda nak difikirkan, just do it and relax~ So, seminggu sebelum grad, terbang ke Sarawak, tak fikir dah masalah lain. Macam yang dah aku beritahu, aku dan kawan pun sama2 menuju ke homestay kami. Dalam banyak2 hari, aku rasa masa seminggu tu la paling banyak aku meluangkan masa kat luar rumah.
Lepas sampai kat rumah tu, then tegur owner, kami terus masuk bilik then cerita2 sekejap, esok paginya kena pergi fakulti pula untuk urus pengambilan jubah, kawan aku yang sorang ni lagi hardcore, sebelum menuju ke fakulti baru dia nak isi borang and then baru PRINT! dah la borang semuanya isi online..hahah. Apapun, sekejap juga la, dalam 10 minit saja lepas tu cepat2 menuju ke fakulti. Sebenarnya nak datang awal tu risau barisan panjang, then betul la pulak tekaan aku, tapi nasib baik la staff yang urus tu efficient so tunggu 5 minit terus siap. Belum ambil jubah ni, baru minta pengesahan saja dari fakulti, jubah kena ambil kat dewan besar.
Tujuan utama selain proses mengambil jubah ni, kami kena hadir raptai sehari yang diadakan kat dewan besar. Aku rasa group kami ni memang skema la, masa kami sampai tu, semua sidang berkumpul, lebih kurang 3000 orang (Sepatutnya laa), tapi yang muncul hari tu cuma 1/3 dari semua sidang termasuk kami. Yang lain?, aku rasa masih ada yang dibuai mimpi..haha. Lagi dahsyat, sehari sebelum hari grad, baru nak fly ke Sarawak, tu pun sebab syarat wakil boleh ambilkan jubah, so mereka ni tinggal goyang kaki ambik sijil..haha, aku mula2 nak minta tolong kawan jadi wakil ambilkan jubah, bila difikirkan, aku lebih selesa kalau aku yang ambil sendiri, maklumlah kalau ada kerosakan di jubah tu, at least kita dah maklum sedia..haha.
Macam menyesal juga aku ikut raptai tu, yang diterangkan cuma fesyen rambut & pakaian yang tak dibenarkan dan atur cara mengambil sijil then raptai habis. Serius aku rasa agak menyesal ikut raptai tu, sebab aku nak ambil jubah secepat yang mungkin. Habis saja raptai, aku dan kawan hardcore ake berlari ke bilik jubah (2 org lagi urus photoshoot sebab dah ambil jubah) dan sekali lagi ada saja dugaan.
Nak ke bilik jubah pula kena ambil nombor giliran, bukan tu masalahnya, masalahnya adalah mesin bagi nombor tu rosak so kaunter ambil nombor pun secara automatiknya tutup..Arghhhh!! Rosak rancangan ana! haha. Masa tu baru jam 11 lebih, lagi serabut, staff yang jaga kaunter cakap dalam jam 2.30 pm macam tu baru kaunter buka..Adoii, nak balik pun macam tak berbaloi sebab kena datang balik, dah la pergi balik ke homestay tu guna "uber", so aku dan kawan aku menunggu la kat situ, feeling hopeless dan kebosanan...haha. Selepas part menunggu tu, dalam jam 2.15pm macam tu, orang dah mula kumpul kat depan kaunter tu, benda yang terjadi lepas tu sangat la predictable..haha.
Masa 2.30pm tu, staff dah mula datang and duduk kat kaunter, bila staff yang pegang mesin nombor tu dah mula nak bagi nombor, haa, mula la adegan zombie dalam "train to Busan" tu, termasukla aku dan kawan aku, boleh dibanggakan juga la, kami antara orang pertama sampai depan kaunter tu..haha. Adoiii, sesak plus saling tolak-menolak jangan cakap la, macam cerita singapura dilanggar todak (haha). Paling aku kesian tengok tu, staff yang pegang mesin tu terpaksa la menenangkan orang2 yang tak sabar nak berebut kertas nombor dari tangan dia, nasib la dia jenis yang sabar (kot..), berjaya la juga aku dapat nombor yang awal2 termasuk kawan aku tu.
Sampai ke bilik jubah tu, nombor2 sebelum nombor aku masih lagi menunggu giliran kat situ, nasib la staff kat situ pun efficient, so ada 10 nombor lagi sebelum aku, rasanya semua tu cuma ambil masa dalam 15 minit, aku dan kawan aku terus ambil jubah dalam masa yang sama sebab nombor kami dekat dan kaunter ambil jubah pula banyak. Habis ambil baju, kami berempat jumpa balik kat tempat kaunter ambil jubah tu, sempat juga la mengayakan jubah, ambil feel nak grad gitu..haha, bila balik rumah tu, macam dah malas nak buat apa2 sebab masing2 penat, akhirnya kami tidur awal.
Esoknya kena lagi pergi dewan tu untuk temankan kawan beli pakej gambar atas pentas, mulanya aku macam tak mahu sebab aku dah bayar pakej gambar lain, tapi memandangkan gambar atas pentas tu the one and only pakej istimewa, aku berubah fikiran dan ambil juga pakej tu..haha. Lepas tu, kami berempat dah planning nak ambil gambar bersama pakai jubah, so kami pun pergi la tempat2 sekitar Unimas, kira macam hotspot la tempat graduan selalu ambil gambar..haha. Penat tu jangan cerita la, seharian jalan kaki, most tempat jauh pulak tu..haha. Habis tu, kami terus balik dan sekali lagi kami tidur awal..haha
Hari2 seterusnya cuma baring2 goyang kaki kat rumah..haha. Sempat juga kami berempat minta Zeke bawa kami jalan2 sekitar garden dia sambil2 nak tahu apa yang dia tanam..haha. Ada masanya kami bermain dengan anjing peliharaan mereka..haha. Sebenarnya, sidang konvo kami berempat merupakan sidang paling last, so hari2 kami stay kat rumah tu dah berlangsung pun konvokesyen tu cuma malas pergi..haha. Sehari sebelum konvo, aku pergi hotel tempat parent aku menginap konon ngegeh tunjuk jubah..haha. Apapun, sekejap saja la bersua muka sebab risau nanti persiapan tak cukup untuk G-day esoknya. Malam tu aku rasa silent moment untuk kami..haha, ntah la macam sama dengan hati yang lepas, mungkin sebab nervous kot? Takut terlajak tido, aku sebenarnya insomnia masa tu..haha.
Nasib la ada kawan sorang ni memang jenis Morning Person so dia la yang kejutkan kami dalam jam 4 pagi macam tu. Walaupun jam 4 bangun, masih juga lambat sampai ke Dewan tu..haha, mekap dah nak dekat dua jam, lepas tu masalah lain pulak datang, uber yang kami book awal tu tak menjawab panggilan, setengah jam juga tunggu, dan akhirnya kami putuskan yang kami akan tumpang parent kawan yang sorang ni sebab parent dia guna kereta sewa. Nasib la sempat sampai walaupun terpaksa bergelut berempat duduk menyempit dalam kereta kecik..haha.
Sampai saja kat Dewan, kami terus pergi ke tempat berkumpul graduan, kat situ kena ambik nombor giliran naik pentas, masa tu juga la dah mula pakai jubah full, memang meriah juga suasana dewan tu, dengan selfie/wefie, perjumpaan yang bakal menjadi kali terakhir bagi mereka..haha. Apapun, dalam setengah jam macam tu, graduan diminta beratur ikut fakulti dan susunan nombor giliran, masa tu aku rasa nervous, berat ja dada aku macam kena hempap, "This is it!!", masa berarak keluar nak masuk dewan utama tu la paling nervous pernah aku rasa, macam nak public speaking ja vibe dia..haha.
Dah masuk dewan tu, duduk kat tempat masing-masing, kurang sikit la nervous, smbil tu baca buku graduation, masa tu dah kurang sikit nervous sebab fakulti kami in the middle session, so tak la gundah gulana nak fikir gaya apa nak buat kat pentas tu..haha. Bukan la gaya diva tu yang aku maksudkan, takut silap step saja, masa raptai tu aku hafal tau step-step ambil folder sijil and so on tu semua tapi kalau dah nervous?, jangan cerita la..haha. Sempat juga aku sms parent aku, disebabkan aku ada adik under 12 tahun, mak aku tak dapat masuk dewan so bapak aku la yang menjadi saksi aku, tapi mak aku tak berapa kisah juga sebab kat luar dewan disediakan khemah dan tv besar, graduation live pulak tu.
Macam cepat ja majlis berlangsung, sedar tak sedar dah giliran fakulti aku, dan tetiba terus ke giliran course aku, datang balik la nervous maximum aku, dah tu pula aku antara yang terawal juga tu sebab nama aku mula 'C', so baris la kami tepi pentas untuk tunggu giliran dan nama diumumkan. Mungkin orang yang jaga barisan graduan tepi pentas tu perasan muka tension aku sempat lagi tu cakap, " jangan stress dik, senyum sikit..." dan aku cuma mampu senyum sekejap sebab nervous yang menguasai.
Dan ni la penentunya, nama aku kena umum, then aku pun tunduk hormat kat Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, dan aku pun ambil folder sijil sebijik dengan step-step masa raptai dengan tertib, pastu cakap, "Terima Kasih Tun" dan terus berjalan turun pentas, masa tu lega sikit juga la, tapi belum habis lagi cerita, kat bawah tu ada lagi photographer 5 saat, aku panggil macam tu sebab setiap gambar diambil cuma 5 saat saja..haha. Pastu, terus ke tempat duduk lagi, tempat duduk akan berubah tapi nasib la ikut crowd ni berguna juga, tak la aku sesat ntah ke mana. Sampai sekarang aku tak ingat nama aku kena umum masa ambil folder tu sebab dah nervous sangat..haha.
Masa dah duduk tu, memang lega la sangat, terasa sangat lega sampai aku tak perasan aku hampir tak tahan nak terkencing..haha, habis saja barisan aku duduk, aku terus keluar dewan pergi tandas..Adoi..gagal mengawal perasaan memang macam tu la jadi nya..haha. Kat tandas, tacap2 sikit, tapi sebenarnya just atur rambut serabai aku sebab mana ada bawak bedak semua..haha. Sekembalinya kat dewan, wah perasaan tu memang tak boleh describe la, nasib saja aku tak pengsan depan Tun. Masih ada lagi giliran fakukti lain masa tu juga la kami yang dah lega ni mula ber-wefie. Masa tu yang terasa lama pulak, sebab dah tak nervous, dah berfikiran waras..haha.
Habis majlis tu, keluar dewan pun kena juga bertertib, macam barisan kanak-kanak..haha, lepas tu yang sangat susah sebab parent ada di mana-mana, aku pula tak tahu mana parent aku, bila call tak bersambut, jauh juga aku pusing2 cari, dekat 30 minit cari dan dapat panduan melalui call, baru la aku berjumpa dengan parent, terus menuju ke booth photography di BHEP, masa tu ngam pula ada promosi tangkap gambar hari ni, dapat gambar hari ni, yang lain tu kena by pos laju so bapa aku cadang nak ambil tu. Burn dah deposit Rm 10 aku sebab aku dah book awal-awal agensi photography lain which kena guna pos laju within a month baru dapat gambar tu, tapi sebab bapak yang bayarkan aku halalkan saja la deposit tu..haha
Dah ambil gambar, pun kena tunggu dalam 3 jam macam tu baru dapat gambar tu, so kami pun lunch kat bazar konvo, habis bazar menunggu la kami kat kemah yang sama tadi, malang lagi masa nak ambil gambar tu, tetiba hujan ribut, bapak aku yang volunteer ambil gambar tu sempat juga elak hujan tu sebab jauh juga tu BHEP tu dari kemah. Aku dan mak aku lah yang kesian sebab tempat kami ni terdedah..haha. Masa dah ambil gambar pun masih lagi kena stay sebab uber yang kami book tu pula kena hantar customer ke airport, so kami menunggu kat BHEP tu sampai malam kot, dekat 2 jam lebih kot menunggu, kesian pula aku tengok parent aku, yelah kalau la aku pandai pandu, aku boleh la hantar mereka tak perlu mereka tunggu lama sampai macam tu.
Bayangkan jam 12 lebih ambil gambar, jam 3 ptg ambil gambar siap, jam 8 baru mula gerak ke tempat masing-masing, lama tu menunggu ditambah dengan masalah yang tidak disengajakan, nanti la aku cerita..haha. Dah sampai ke homestay, tinggal kami berdua ja sebab lagi berdua stay dengan parent masing-masing. Agak sunyi pula jadinya sebab aku dan sorang tu tak banyak cakap, masing-masin layan entertainment sendiri..haha. Esoknya, aku kemas barang dan ucap terima kasih kat owner dan bye2 kat kawan sorang tu, aku pun bergerak ke hotel tempat parent aku menginap.
Aku stay kat situ dengan parent smalaman saja sebab flight kami tengah hari keesokkannya. Adoi, penat tu jangan cakap la. Sepanjang flight, aku tido ja, malas nak layan penumpang dari Semenanjung sebelah aku yang selalu nak tanya pasal Sabah, sebab mereka first time melancong kat Sabah, kesian juga sebab aku memang penat so aku balas sepatah saja la bila ditanya..haha, lepas tu mereka perasan juga aku malas jawab terus takda dah soalan..haha. Sampai KK, kena stay lagi semalaman kat hotel bajet sebab bapak aku tak larat dah pandu ke LD, lagipun flight kami mendarat dah nak malam, so daripada tido tepi jalan tengah-tengah malam bagus lagi stay kat KK, pada masa yang sama beli baju baru Krismas kat Wisma Merdeka dan esoknya balik LD tak payah fikir masalah lain dah..haha. Secara automatiknya, Officially penggangur dah aku ni..haha, harap bukan tegar la..haha
*FIN*