Thursday, 1 February 2018

Update Perkembangan Diri lol

Halo!

Jauh jarak entry aku kali ni. Aku malas la tuh, takda alasan lain..haha. HAPPY NEW YEAR! Walaupun terlambat sebulan..haha. Apa khabar kamu semua?? Aku?? Sihat dan terlebih serta melimpah ruah sihatnya..haha. Anyway, aku cerita la serba-sedikit apa yang dah berlaku kat aku selepas entry yang lepas tu, harapnya aku tak lah menaip esei panjang2 pulak kali ni. Pada 6/12/17, aku dah pun selamat terima offer letter sambung postgraduate study kat USM dan mula la buat persiapan yang patut. Tapi memang kecoh juga la persiapannya disebabkan kejahilan aku ditambah dengan malu bertanya dan akhirnya tersesat jalan...haha. Baru aku tahu yang IPS tak bagi FULL offer letter kat pelajar research mode, mereka just bagi offer letter biasa ja, cuma untuk menyatakan bahawa application kita diterima. THAT'S IT! Info yuran semua takda 'kay, termasuk registration process. 


Aku tanya kawan aku yang ambil coursework kat USM pasal tu, dia pun tak tahu juga tapi dia dapat FULL offer letter. So, dia suggest call IPS directly. Dan mula la aku call IPS hari2 yang seterusnya, kenapa aku taip macam tu sebab IPS tak pernah angkat call aku..haha. Heran jugak aku, mungkin line busy kot, call bersambung tapi tak diangkat, nak dekat sebulan juga tu aku try call IPS tapi tak berjawab juga. Yes, SEBULAN tau aku try call, then akhirnya baru dijawab. So, aku explain la kat orang tu yang aku tak dapat info yuran etc dan nak tahu apa dia jawab? Call bursary untuk pertanyaan yuran dan download registration forms kat Online Application. Aku like, "Itu saja?". Macam sia2 tanya tapi kalau tak tanya tak tahu pula..haha


So, ikut la apa dia cakap. Aku download borang2 yang perlu, aku call bursary pasal yuran. MAk oii, yuran dia lebih mahal dari masa aku buat degree, around RM3000++ juga la..Then, masa tu juga la aku dapat tahu yang yuran USM ni memang gemilang dan terbilang..haha. Kawan aku (yang sorang lagi, bukan yang coursework tu) juga yang warning pasal tu dan macam cuba untuk menghalang aku dari memilih USM tapi dah terlambat, aku dah accept offer plus dah janji dengan supervisor jumpa bulan feb nanti..haha. Terpaksa teruskan juga, mula lagi aku cari biasiswa pulak. Aku tak mau mengharap ptptn lagi, yang degree punya pinjaman dah semput nak bayar, ni nak pinjam lagi...Ada juga angan2 aku cari part-time untuk sara hidup tapi sekali lagi harapan aku punah, hancur berderai...(aiseh). bila kawan aku yang di atas ni cakap jadual pelajar postgrad sana lain dari Unimas, kena ikut working hours (8am-5pm) duduk kat lab. 


Kalau Unimas, boleh kira bebas lagi. Lagi la aku bengang sebab kawan aku cakap gerenti penat tak boleh buat apa dah bila balik dari lab, jawabnya terpaksa la aku bergantung dengan kerja freelance aku dan bakal biasiswa yang aku nak pohon nanti (kalau dapat lah), ada juga tu macam menyesal sambung study tapi tu disebabkan dorongan takda bajet bukan dorongan malas belajar. Nasib lah parents aku memahami, mak aku lah tu dia cakap belajar la tinggi2 kalau mau, duit tu lain cerita selagi kami boleh tanggung, jangan risau. Tu la yang mendorong aku untuk belajar, graduate on time dan terus cari kerja lepas tu. Sambung Phd?? NO...NO...tunggu aku cari kerja la dulu..haha. Itupun kalau masih rasa nak  sambung la..Buat masa ni, cukup la ada Master..


So, hampir semua urusan selesai cuma tinggal persiapan pergi Penang ja belum mula. Tiket dah beli dan aku bakal ditemani oleh adik aku masa daftar tu lepas tu dia direct pi Unimap. Urusan yang nak disiapkan tu termasuklah urusan menunda ptptn, risau pulak banyak tunggakkan nanti kena senarai hitam pulak dan tak boleh pergi oversea, dah la kena hadir conference nak present research, kadang2 kat oversea. So, kena la prevent awal2 supaya tak kena blacklisted, buat masa ni aku check nama aku kat imegresen masih belum di-blacklist, mungkin sebab aku bayar juga tunggakkan tu semua walaupun dah dapat surat amaran..haha...Urusan yang lain termasuklah penginapan aku kat USM, aku difahamkan yang urusan penginapan kena buat online tapi bila aku check balik info tu, yang online tu untuk pelajar semasa sahaja. So, aku rujuk lah dulu kawan aku yang coursework tu sebelum call PPPU, dia cakap just mohon guna email sebab dia pun tak tahu prosedur biasa, aku ikut saja la cara dia..haha. Esok2 baru aku tanya macam mana perkembangan permohonan aku tu. So far, itu saja la kot perkembangan semasa aku..haha.


                                                                            *FIN*