Thursday, 29 August 2019

Universiti Awam 101- Soalan Paling Berhantu! (Edisi Sabah | Sarawak)

** WARNING: LONG POST **

Aloha...

Sekali lagi, izinkan aku menyajikan berita-berita panas sempena sambutan kedatangan adik-adik yang telah ditawarkan untuk menimba ilmu di UNIMAS untuk ambilan September 2019 ni. Ya, UNIMAS!..haha. Aku sebenarnya  dah lama nak tulis pasal benda ni tapi kan aku nak taip panjang-panjang macam esei bukan macam  rumusan 120 patah perkataan tu,..haha. Aku dulu takda idea nak taip apa, sekarang izinkan aku sekali lagi nak merapu pasal satu isu ni. 

Jeng...jeng..jeng...

Kenapa pulak tajuk entry macam tu? Macam cerita seram jak? Tapi jangan risau, ni bukan kisah seram ye guys. Aku saja nak address satu isu ni. Macam ni kesah dia, dah menjadi suatu tradisi bila adik-adik yang tak tahu apa-apa mengenai universiti pilihan mereka (atau terpaksa terima pilihan tersebut  :-p ) akan tanya senior-senior kat socmed untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka. Tapi salah satu yang aku perasan ni, UNIMAS ni unik sikit bab-bab pekena "curiosity" adik-adik sekalian. Aku tak tahu la kalau UMS dan UITM pun kena juga tapi yang aku tahu UNIMAS je lah selalu kena sebab selalu muncul kat post feed aku. Haaahhh, aku dah bagi hint kan guys? Korang mesti boleh teka isu apa yang aku nak bawak ni kalau aku dah sebutkan UNIMAS dan UMS...haha. Salah satu isunya adalah apabila adik-adik dari Semenanjung "curious" sangat pasal UNIMAS dan UMS atau generally negeri Sabah dan Sarawak ni sampai terpacul soalan-soalan yang sepatutnya boleh rujuk Encik Gugel je, tak la sampai senior-senior rasa mereka ni macam kuang ajo semacam disebabkan pertanyaan-pertanyaan tersebut...hahaa


(Disclaimer: aku tak bermaksud memburukkan mana-mana pihak, aku cuma ingin membetulkan mindset dan menyebarkan info sahaja...Husnuzon ye guys..haha. Tak elok tuduh-tuduh taw..)


Tanpa membuang masa lagi, mari lah aku memberikan jawapan atau info berdasarkan pengalaman aku sebagai orang kelahiran Borneo dan juga sebagai Alumni Unimas ni yee.. Kalau terkurang info, sangat dialu-alukan menambah dan kalau ada salah silap, ampunilah kesilapan saya ini..haha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN:

Masuk Sabah/Sarawak kena pakai passport ke?

JAWAPAN:

YA (kalau tinggal lama LEBIH dari 3 bulan). Kenapa perlu pakai passport? Menurut pembentukan Malaysia (20-Points Agreement - No. 6), kerajaan Sabah/Sarawak berhak untuk kawal imigresen bukan kerajaan pusat. Tapi bukan passport international warna merah tu ye guys, kecuali kalau orang tu bukan berasal dari Malaysia, lokal Malaysian kena pakai passport biru muda atau lebih dikenali sebagai Dokumen Perjalanan Terhad (DPT).

Macam ni ceritanya, kalau korang just nak melancong ke Sabah atau Sarawak, pihak imigresen akan bagi resit beserta cop masuk sementara yang valid selama 90 hari sahaja dan masa nak balik ke negeri asal, kena tunjuk balik kertas ni kat imegresen airport (tak payah tunjuk passport merah, just bagi IC dan resit), jadi jangan buang resit tu, kena simpan. Kalau masuk Sabah/Sarawak untuk tujuan belajar atau bekerja yang ambik masa lebih 3 bulan atau bertahun, kita kena pakai DPT ni. Lebih elok bila kita buat siap-siap DPT kat negeri asal sebelum masuk Sabah/Sarawak. Org Sabah nak masuk Sarawak pun kena pakai DPT jugak tau, kecuali kalau org Sarawak yang nak masuk Sabah. Tamat tempoh DPT ni kalau tak silap aku dalam 5 tahun dari tarikh apply dan kena renew kalau nak stay lebih 5 tahun.

Conclusion:

Situasi 1 - kurang dari 90 hari (lawatan, kerja outstation etc)
1. Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak - diberi resit/pas lawatan sementara valid 90 hari sahaja
2. Sarawak ke Semenanjung Malaysia/Sabah - FREE FLOW
3.Sabah ke Sarawak (diberi resit/pas lawatan sementara valid 90 hari sahaja), ke Semenanjung Malaysia (FREE FLOW)

Situasi 2 - lebih dari 90 hari (belajar, kerja tetap etc)
1. Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak - Perlu Dokumen Perjalanan Terhad
2. Sarawak ke Semenanjung Malaysia/Sabah - FREE FLOW
3. Sabah ke Sarawak (Perlu Dokumen Perjalanan Terhad), ke Semenanjung Malaysia (FREE FLOW)

Masa korang dah sampai universiti masing-masing (Unimas/UMS/Uitm etc), nanti korang kena isi borang satu lagi iaitu borang pas pelajar (IM.14-Pin1/97) untuk serahan pihak universiti, kiranya macam bukti yang kita ni memang penuntut universiti tu - yang ni lain tau dari prosedur memohon DPT tu. That's why aku cadangkan buat passport DPT kat negeri asal dulu so bila korang dah sampai Sabah/Sarawak, korang tak perlu buat kerja dua kali, tinggal isi borang pas pelajar tu je. Nak lagi senang, download la borang pas pelajar tu kat laman web imigresen, isi siap2 so sampai universiti je korang tinggal hantar borang tu..haha


Pakai passport tengah tu (Dokumen Perjalanan Terhad)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN:

Sabah/Sarawak takda ROTI GARDENIA???????

JAWAPAN:

Ahahahahhahahahahahhaaa...Walaupun soalan ni nampak macam innocent tapi sebenarnya boleh jadi isu perbalahan juga ni..haha. aku paham struggle adik-adik dari Semenanjung ni sebab kira macam makanan ruji jugak roti gardenia ni..haha. Mostly kawan semenanjung aku memang ada unlimited stok roti gardenia bila pergi Sabah/Sarawak lepas habis cuti sem.

Ada org Sabah/Sarawak cakap Kilang Roti Gardenia ni sebenarnya ada je tapi harga mahal dan produk lain dari Semenanjung. DUKACITA aku nak memberitahu bahawa Kilang Gardenia yang ada kat Borneo ni adalah syarikat yang BERLAINAN, tak sama dan bukan branch dari Semenanjung. So, adik-adik dari Semenanjung jangan heran kalau nampak brand Gardenia kat kedai tapi produk lain2, sebab syarikat pun tak sama so produk pun tak sama la. Boleh la rujuk link kat bawah untuk maklumat lanjut.

Aku tengok kawan Semenanjung aku banyak je pulun kek lapis Sarawak, ikan masin terubuk, amplang Sabah etc bawak balik negeri masing-masing. hahah.... Trend macam ni sebenarnya bagi aku bagus, ada manfaat. Sambil kau menimba ilmu kat tempat orang dan merasa kehidupan orang tempatan sepanjang kau berada kat situ apa salahnya mengongsikan pengalaman kau kepada sanak-saudara yang tak pernah menjejakkan kaki ke tempat tu terutamanya dari segi makanan buatan tempatan etc... Bagi yang Muslim, jangan memandai bawak balik sinalau bakas pulak..haha. Kalau tak tahu bahasa tempatan, just tanya atau alert papan tanda "Tidak Halal"


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN:

Sabah/Sarawak takda SHOPPING MALL???????

JAWAPAN:

Seriusssssss......Ini adalah soalan sebenar yang ditanyakan kepada senior-senior, benda ni setiap tahun ada, paling berhantu sekali soalan ni, dari zaman sebelum aku masuk Unimas dah wujud dah..hahahaha...Please la guys, dunia dah maju masih bertanya soalan-soalan macam ni? Aku nak bagi ulasan cili api jap - orang-orang tertentu yang selalu cakap Sabah/Sarawak ni mundur, takda pembangunan dan dengan kenyataan berani macam tu sepatutnya korang kan dah ada akses internet yang lagi advanced dari kami yang takda internet 24 jam kat pulau Borneo ni..haha... patutnya boleh je google Sabah/Sarawak dan UNIMAS/UMS ni dan tengok sendiri instead of tanya soalan pelik-pelik.

Apapun, realitinya, adik-adik dari Semenanjung akan merasa culture shock jugak la. Sebab YA, kami memang tak banyak Hypermall tapi tak bermakna kami takda Shopping Mall, ada tu ada cuma tak banyak variasi macam kat Semenanjung. Dan satu lagi, jangan heran kalau tak jumpa TESCO, AEON, Domino's, Wendy's etc sebab sesetengah daerah je ada dan ada yang takda langsung. Kat Sabah/Sarawak, yang equivalent dengan AEON adalah SERVAY Hypermarket atau PARKSON, haaaa, ni kira syarikat bertapak kat Sabah/Sarawak la, kat Semenanjung mostly hampir tak wujud. Salah satu faktornya adalah jarak bandar utama kat Sabah/Sarawak ni sangat jauh, tak macam Semenanjung, kat sana setiap 1-2 jam pun dah sampai bandar tapi kat Sabah/Sarawak, jarak antara bandar utama 3-9 jam perjalanan naik kereta ikut lokaliti, so kalau korang stuck kat area bandar atau pekan kecil, terhad la pilihan membeli-belah korang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN:

Pergi Sabah/Sarawak, pergi UNIMAS/UMS naik apa?, pakai matawang apa?

JAWAPAN:

Korang boleh je google UNIMAS/UMS ni. Tak susah pun....Kalau tak tahu nak cari apa kat google, boleh je taip "kapal terbang ke sabah/ke sarawak" atau "perjalanan ke ums/perjalanan ke unimas", CONFIRM banyak info yang korang boleh dapat, rajinkan scroll ke bawah guys...haha. Kalau nak lagi dahsyat boleh try naik sampan..ahhaha... Kalau aku yang takda internet advanced 24 hrs masih boleh menaip dan update entry ni, korang lagi la senang nak cari info-info mudah macam ni. Jangan malas....kalau macam ni gaya nak timba ilmu, macam mana nak grad...haha. 

Matawang Sabah/Sarawak? Dah sah2 Sabah/Sarawak ni termasuk dalam Malaysia, mestilah pakai RINGGIT MALAYSIA, sila jangan confuse ye...mentang2 kami terpisah dari tanah besar dan border pulak dengan Brunei dan Kalimantan..haha. Pasal kenapa pos sabah/sarawak mahal? jangan tanya aku..ahahahah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOALAN:

Orang Sabah/Sarawak cakap Bahasa Melayu ke?

JAWAPAN:

Habis tu, kami cakap bahasa apa lagi??..haha. Yes, ada banyak kaum selain Melayu/Cina/India kat Sabah/Sarawak ni, memasing cakap bahasa ibunda tapi Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan, so YES! kami boleh berbahasa melayu.. Beza loghat dan slang je guys, perbezaan dia boleh dikatakan seperti orang Kelantan berjumpa dengan Orang Johor and please don't butcher our "BAH"..haha. Takpa guys, loghat/slang tu boleh belajar dengan orang tempatan, kalau salah orang akan perbetulkan dan belajar lah dari kesilapan..haha. 

A: Jum karaoke?
B: Bah! or Boleh bah kalau kau!
SALAH: Boleh bah kalau kau bah! :-D

https://sozcyili.blogspot.com/2017/05/jom-kenali-dan-belajar-bahasa-sabah.html
https://www.beloya2u.com/2010/05/belajar-bahasa-sarawak.html
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tu la contoh-contoh soalan femes dari bakal-bakal junior dar Semenanjung. Jangan takut! Kami tak makan orang pun..haha. Apapun, tak salah bertanya dan selagi ada akses internet tu, try buat carian dulu baru tanya. Salah satu lagi aku nak ingatkan, kalau dah berada kat tempat orang tu, tak kira lah kat mana pun, ikutilah norma masyarakat kat tempat tu dan jaga perlakuan masing-masing. Sebelum buat sesuatu yang melibatkan adat/budaya, sila bertanya dulu sebelum buat takut bakal menyinggung orang tempatan dan sebagainya. Tahniah kepada bakal-bakal adik yang akan melanjutkan pelajaran di UNIMAS | UMS. Welcome! to Borneo, and Enjoy your Degree life!


                                                                    ** FIN **

Thursday, 6 June 2019

My Postgraduate Life

Pffffttttt....

Setengah tahun 2019 dah berlalu kot masa aku menaip entry ni..OMGeeeee!!! Nampak benar jurang  masa entry lama dengan yang ni. Apapun, mula-mula aku ada problem masa nak buka blog ni...biasalah tetiba Encik Gugel buat polisi baru apa ntah. Aku nyaris nak meroyan bila aku tak dapat akses blog aku..haha (JK..guyss..). Rupanya Encik Gugel nak nama profil aku jak so setel la semuanya dan aku di sini menaip entri baru untuk tahun "baru" 2019. Sebelum tu, Selaaamat Hari Raya Aidilfitri pada yang menyambut, yang tak sambut macam aku tunggu makanan free je..haha. 

Lari Topik jap - Apa cerita aku sekarang??..

Image result for indifferent gif

Macam tu je la guyss... takda perubahan sangat pun. Aku masih lagi menjalankan experimen aku untuk habiskan MSc. Kali ni bertekad, tahun ni adalah tahun akhir aku bergelar student. Aku akui aku mungkin dah buat keputusan yang buruk untuk sambung belajar tapi bila kau dah sampai pertengahan jalan macam aku ni, aku bertekad untuk habiskan apa yang telah aku mulakan. Itu la motivasi aku selama ni. Dah alang-alang cerita pasal postgraduate ni, ada yang pernah tanya aku terutamanya junior, best ke sambung belajar??, tak susah ke buat research??. Susah atau tak susah tu bergantung pada kemampuan korang jak. Aku kongsikan je lah setakat mana yang aku telah lalui sepanjang bergelar pelajar siswazah research mode ni.

Think Smart GIF - Think Smart GIFs

Fiiiirrrrsssttttttttt sekali, sebelum kau dah bertekad nak sambung study tu...FIKIR MASAK-MASAK dahulu (bukan macam aku...haha), kalau kau dah fikir masak2, kasi goreng lagi, bagi perasa buah fikiran...Mesti ada Plan A, ada Plan B etc..Betulkah korang nak sambung? why? ← perlu start fikir macam ni guys...Aku memang takda buat plan ni, aku main redah je sebab aku rasa knowledge aku tak power plus aku rasa nak narrow-kan lagi skop kerja aku nanti (dan akhirnya ada sedikit penyesalan..haha). Pastu, kalau memang dah bertekad nak sambung jugak, kena fikir lagi minat tajuk apa, universiti mana?, yuran per sem berapa?, duit sara bulanan macam mana? Nak apply biasiswa etc??? kalau korang dah contact bakal SV, tanya juga kalau ada elaun bulanan (biasanya untuk Research Assistant).

John Travolta Pulp Fiction jacket outerwear blazer gentleman suit

Banyak faktor kena ambil kira guys, kalau kau ambik Coursework atau Mixed-Mode mungkin senang sikit sebab mostly korang dah disediakan study plan macam Undergrad. Buat research ni memang 100% berdasarkan FREE WILL kau terutamanya kalau SV kau jenis tak ambik kisah, bila-bila jak la kau boleh graduate unless universiti tu bagi limit sebab nak grad kena ada result research so kalau research kau tak siap memang tak grad la sampai bila-bila. Kalau research kau dah siap awal, awal la kau grad tu tak termasuk lagi dengan peraturan baru Universiti kena hasilkan artikel penyelidikan dan buat pembentangan kat conference.

Memang masa untuk Research ni flexible tapi aku rasa kalau kau bukan jenis yang suka planning dan suka berlengah, fikir balik kalau  kau tetiba rasa nak mohon research mode. Even SV aku pun dah ingatkan aku masa first aku jumpa dia - kena ada research plan dan bahagikan masa untuk setiap objektif research - set due date untuk setiap objektif (which aku buat tapi tak ikut pun...lol), kena ada backup plan (ni aku dah selalu kena sebab objektif research selalu berubah) dan kena banyak baca jurnal, lagi latest lagi bagus so kau tak lah ketinggalan zaman dalam research kau dan kalau dalam pembentangan tetiba ada orang mempersoalkan research kau, boleh lah kau bidas balik so nampak lah kau memang faham 100% pasal research kau. Pastikan kau minat namatey tajuk research kau sebab kalau kau tetiba ada masalah dalam research kau, at least kau masih ada motivasi dan semangat untuk teruskan  research kau atas faktor MINAT!

Image result for i walk a lonely road gif

Pastu, kau kena juga pastikan kondusif tak environment nak buat postgrad tu apalagi kalau buat research mode. Terus terang aku cakap, bila kau terjebak dengan bidang reserach ni, masa ni la kau akan rindu kawan-kawan degree kau. Sebab once kau dah start terjebak, kau akan buat eksperimen sorang-sorang kadang2 sampai tengah malam, plan eksperimen sorang-sorang (ye lah tajuk research geng postgrad yang lain tak sama dengan kau mana ada buat eksperimen sama2 unless tajuk korang lebih kurang je) dan most SV expect kau buat kerja independent tak lah asyik kena suap je... Paling kau kena alert, bila ada mainan 'politik' kat lab kau atau lab terdekat, tau la kan kalau ada penemuan terbaru etc dalam research kau, secara otomatiknya ada je yang tak puas hati, lagi2 kalau orang tu ada kaitan jugak research dia dengan kau, kena pandai pilih kawan walaupun lecturer.

Aku paling tak suka bab ni sebab kadang2 kau 'dipergunakan' untuk jadi spy kat orang tertentu, pastu ada orang akan cuba korek pasal research kau dan tup..tup...dorang curik idea kau pulak untuk research mereka. Ada guys....ada orang macam ni tapi bukan semua, okay.. Apapun, cuba la berkawan dengan geng postgrad yang lain terutamanya lab mates kau. Muka mereka la yang kau akan jumpa setiap hari dan tempat kau bergantung untuk tengokkan eksperimen kau nanti kalau kau balik bercuti nanti...hahah. Cari kawan kat lab lain pun boleh..lagi banyak kawan lagi bagus sebab kalau kau stress pasal research, at least ada tempat mengadu dan serba sedikit, kau pun boleh belajar benda baru mengenai research mereka.

Last sekali, hati kena tabah guys. Hati kau rabak macam mana pun, perjuangan harus diteruskan..haha. Ingat balik, kenapa kau nak sambung study? dan aku akui memang banyak cobaannya masa sambung study ni. Kawan satu kelas kawin la, kawan satu kelas dah berderet anak la..sodara pangkat SPM je pun tapi kerja manager la..Kau tak perlu ambik kisah semua tu. Kau saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kau, kalau nak puaskan hati semua orang bila lagi mau puaskan hati kau? Aku dulu pun pernah makan dalam jugak la dengan benda2 macam ni, tapi sekarang aku macam dah tak kisah sebab kalau aku makan dalam lama2 pun tak da guna, bukannya sekelip mata kawin, sekelip mata ada anak, sekelip mata dapat kerja pun, kita perlahan-lahan menapak perjalanan hidup kita...Masa kita dengan orang lain tidak sama, ada dapat rezeki awal ada yang dapat rezeki lewat dari yang lain tapi akhirnya semua orang merasa cuma berlainan jurang masa...chewahhhh..


* FIN *