Setengah tahun 2019 dah berlalu kot masa aku menaip entry ni..OMGeeeee!!! Nampak benar jurang masa entry lama dengan yang ni. Apapun, mula-mula aku ada problem masa nak buka blog ni...biasalah tetiba Encik Gugel buat polisi baru apa ntah. Aku nyaris nak meroyan bila aku tak dapat akses blog aku..haha (JK..guyss..). Rupanya Encik Gugel nak nama profil aku jak so setel la semuanya dan aku di sini menaip entri baru untuk tahun "baru" 2019. Sebelum tu, Selaaamat Hari Raya Aidilfitri pada yang menyambut, yang tak sambut macam aku tunggu makanan free je..haha.
Lari Topik jap - Apa cerita aku sekarang??..

Macam tu je la guyss... takda perubahan sangat pun. Aku masih lagi menjalankan experimen aku untuk habiskan MSc. Kali ni bertekad, tahun ni adalah tahun akhir aku bergelar student. Aku akui aku mungkin dah buat keputusan yang buruk untuk sambung belajar tapi bila kau dah sampai pertengahan jalan macam aku ni, aku bertekad untuk habiskan apa yang telah aku mulakan. Itu la motivasi aku selama ni. Dah alang-alang cerita pasal postgraduate ni, ada yang pernah tanya aku terutamanya junior, best ke sambung belajar??, tak susah ke buat research??. Susah atau tak susah tu bergantung pada kemampuan korang jak. Aku kongsikan je lah setakat mana yang aku telah lalui sepanjang bergelar pelajar siswazah research mode ni.
Fiiiirrrrsssttttttttt sekali, sebelum kau dah bertekad nak sambung study tu...FIKIR MASAK-MASAK dahulu (bukan macam aku...haha), kalau kau dah fikir masak2, kasi goreng lagi, bagi perasa buah fikiran...Mesti ada Plan A, ada Plan B etc..Betulkah korang nak sambung? why? ← perlu start fikir macam ni guys...Aku memang takda buat plan ni, aku main redah je sebab aku rasa knowledge aku tak power plus aku rasa nak narrow-kan lagi skop kerja aku nanti (dan akhirnya ada sedikit penyesalan..haha). Pastu, kalau memang dah bertekad nak sambung jugak, kena fikir lagi minat tajuk apa, universiti mana?, yuran per sem berapa?, duit sara bulanan macam mana? Nak apply biasiswa etc??? kalau korang dah contact bakal SV, tanya juga kalau ada elaun bulanan (biasanya untuk Research Assistant).

Banyak faktor kena ambil kira guys, kalau kau ambik Coursework atau Mixed-Mode mungkin senang sikit sebab mostly korang dah disediakan study plan macam Undergrad. Buat research ni memang 100% berdasarkan FREE WILL kau terutamanya kalau SV kau jenis tak ambik kisah, bila-bila jak la kau boleh graduate unless universiti tu bagi limit sebab nak grad kena ada result research so kalau research kau tak siap memang tak grad la sampai bila-bila. Kalau research kau dah siap awal, awal la kau grad tu tak termasuk lagi dengan peraturan baru Universiti kena hasilkan artikel penyelidikan dan buat pembentangan kat conference.
Memang masa untuk Research ni flexible tapi aku rasa kalau kau bukan jenis yang suka planning dan suka berlengah, fikir balik kalau kau tetiba rasa nak mohon research mode. Even SV aku pun dah ingatkan aku masa first aku jumpa dia - kena ada research plan dan bahagikan masa untuk setiap objektif research - set due date untuk setiap objektif (which aku buat tapi tak ikut pun...lol), kena ada backup plan (ni aku dah selalu kena sebab objektif research selalu berubah) dan kena banyak baca jurnal, lagi latest lagi bagus so kau tak lah ketinggalan zaman dalam research kau dan kalau dalam pembentangan tetiba ada orang mempersoalkan research kau, boleh lah kau bidas balik so nampak lah kau memang faham 100% pasal research kau. Pastikan kau minat namatey tajuk research kau sebab kalau kau tetiba ada masalah dalam research kau, at least kau masih ada motivasi dan semangat untuk teruskan research kau atas faktor MINAT!

Pastu, kau kena juga pastikan kondusif tak environment nak buat postgrad tu apalagi kalau buat research mode. Terus terang aku cakap, bila kau terjebak dengan bidang reserach ni, masa ni la kau akan rindu kawan-kawan degree kau. Sebab once kau dah start terjebak, kau akan buat eksperimen sorang-sorang kadang2 sampai tengah malam, plan eksperimen sorang-sorang (ye lah tajuk research geng postgrad yang lain tak sama dengan kau mana ada buat eksperimen sama2 unless tajuk korang lebih kurang je) dan most SV expect kau buat kerja independent tak lah asyik kena suap je... Paling kau kena alert, bila ada mainan 'politik' kat lab kau atau lab terdekat, tau la kan kalau ada penemuan terbaru etc dalam research kau, secara otomatiknya ada je yang tak puas hati, lagi2 kalau orang tu ada kaitan jugak research dia dengan kau, kena pandai pilih kawan walaupun lecturer.
Aku paling tak suka bab ni sebab kadang2 kau 'dipergunakan' untuk jadi spy kat orang tertentu, pastu ada orang akan cuba korek pasal research kau dan tup..tup...dorang curik idea kau pulak untuk research mereka. Ada guys....ada orang macam ni tapi bukan semua, okay.. Apapun, cuba la berkawan dengan geng postgrad yang lain terutamanya lab mates kau. Muka mereka la yang kau akan jumpa setiap hari dan tempat kau bergantung untuk tengokkan eksperimen kau nanti kalau kau balik bercuti nanti...hahah. Cari kawan kat lab lain pun boleh..lagi banyak kawan lagi bagus sebab kalau kau stress pasal research, at least ada tempat mengadu dan serba sedikit, kau pun boleh belajar benda baru mengenai research mereka.

Last sekali, hati kena tabah guys. Hati kau rabak macam mana pun, perjuangan harus diteruskan..haha. Ingat balik, kenapa kau nak sambung study? dan aku akui memang banyak cobaannya masa sambung study ni. Kawan satu kelas kawin la, kawan satu kelas dah berderet anak la..sodara pangkat SPM je pun tapi kerja manager la..Kau tak perlu ambik kisah semua tu. Kau saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kau, kalau nak puaskan hati semua orang bila lagi mau puaskan hati kau? Aku dulu pun pernah makan dalam jugak la dengan benda2 macam ni, tapi sekarang aku macam dah tak kisah sebab kalau aku makan dalam lama2 pun tak da guna, bukannya sekelip mata kawin, sekelip mata ada anak, sekelip mata dapat kerja pun, kita perlahan-lahan menapak perjalanan hidup kita...Masa kita dengan orang lain tidak sama, ada dapat rezeki awal ada yang dapat rezeki lewat dari yang lain tapi akhirnya semua orang merasa cuma berlainan jurang masa...chewahhhh..
* FIN *