Yuhuuuu...
Disebabkan aku bosan dan blog pulak lama tak update, aku menambah entri baru sempena tahun baharu 2021..haha. Lagipun ada pembaca yang request satu topik ni iaitu mengenal slang+loghat melayu Sabah, bukan bahasa Sabah ya guys, Sabah ada 70+ etnik, takkan nak belajar semua bahasa kat Sabah ni kan?..haha. Slang/loghat ni ikut daerah, sebab setiap daerah kat Sabah, ada majoriti etnik tertentu, jadi bahasa melayu seharian dipengaruhi dengan bahasa etnik tempatan. So aku cuba ajar sesiapa yang berminat pertuturan asas untuk bercakap macam orang Sabah haha..Kalau ada salah atau ada yang tak faham (boleh tanya kat komen), aku minta maaf siap2 sebab aku tak biasa ajar dalam bentuk menulis karangan jadi mungkin penerangan aku bakal ke laut!
Mesti korang dah agak ayat pertama yang aku nak ajar ni. Kalau korang teka "BAH", ya betul!!! haha. Orang Sarawak/Brunei pun pakai juga perkataan "bah" cumanya "bah" ni dah lama sinonim dengan orang Sabah..haha. Pertama sekali, aku berterima kasih kepada yang berminat nak belajar loghat Sabah tu, walaupun ke laut "bah" nya, lek lu, bila dah biasa bercakap dengan orang Sabah lama2 korang faham la tu penggunaan 'bah' tu. Dan part seterusnya aku nak ingatkan, kami tak selalu cakap "ok bah kalau kau" or "boleh bah kalau kau" sebab mungkin dah selalu di-overhype-kan so lama2 bunyi dia jadi cringe or nampak sangat 'try-hard', jangan marah haaa... Kami memang jarang sebut ayat tu..haha dan kami tak selalu include 'bah' tu dalam setiap ayat, kena ada feeling...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Penggunaan 'bah' bila digabungkan dengan kata penegas dll (bahasa melayu);
i). Lah - bah lah! X , la bah! ✓Soalan: Kau ka yang panggil namaku tadi?
Kau la! Siapa lagi? (standard)
Kau la bah! Siapa lagi? ✓, Kau bah la! Siapa lagi? X
Soalan: Betul ka kau nda kisah suda ni? (nda = tidak)
Ya lah! (standard)
Iya bah la.. X, iya la bah.. ✓
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii) ka? atau ke? - ka bah? X , bah ka? X .
Kau suda makan ka? (standard)
Kau suda makan ka bah? X ,
kau suda makan bah? X
Bah, kau sudah makan? ✓
Bah, kau sudah makan ka? ✓
v). Nah - itu/tu nah bah (ayat tunjuk arah) ✓, nah bah (ayat 'emphasis') X , bah nah X
Soalan: Mana pen saya?
Tuu haa...kat atas meja (standard)
Tuu na bah, di atas meja. ✓
Soalan:aku jatuh dari tangga tadi.
Nah kan, sudah bilang jangan lari atas tangga tadi. ✓
Nah bah/ bah nah, sudah bilang jangan lari atas tangga tadi. X
Bah, sudah bilang jangan lari atas tangga tadi. ✓
Soalan: mari kunun phone mu, berselfie dulu kita. (kunun = konon)
Bah, nah. (ayat bila nak memberikan sesuatu) ✓
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
contoh extreme:
"lah" + "bah" + "kan"
Pinjam bah kau punya buku cerita, boleh ka?, boleh la bah kan? bukan kau baca pun tu.
BM standard: nak pinjam buku cerita awak, boleh? Boleh la kan? Awak tak baca pun buku tu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"lah" + "bah" + "itu"
A: Betul ka jawapan soalan nombor 4 ni? macam salah ja?
B: Betul la baitu / la bah itu.
BM standard: Dah betul la tu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh kesalahan penggunaan seharian dan pembetulan;
Apa khabar? (standard)
Apa khabar bah? X Bah, apa khabar? ✓
Suda makan ka? (standard)
Kau suda makan bah? X Bah, sudah makan ka? ✓
Nama awak Sarip kan? (standard)
Nama kau Sarip bah? X Nama kau Sarip bah kan? ✓
Bila kau mau datang sini? (standard)
Bila kau mau datang sini bah? X Bah, bila kau mau datang sini? ✓
Soalan: Sedap ka kek tu?
Sedap bah...✓
Bah, sedap....X
Ada banyak lagi contoh tapi malas nak fikir da, dipersilakan menambah..haha
*** FIN ***