Monday, 31 August 2015

Final Year Project (Research Mode)


Dah pula kisah aku bergelar final year student, kena fikir pasal projek tahun akhir lagi..Waa, kegerunan bertambah doh!. Apapun, aku dah mulakan phase aku sebagai pelajar tahun akhir dengan memulakan sampling untuk research aku. Sesuai la dengan tajuk aku, “Species Composition of True Bugs in Borneo Highlands, Padawan, Sarawak”, so tempat sampling kat Borneo Highlands laa...Perjalanan aku ke sana bermula 20 hb bulan ni sehingga 27 hb. Bukan aku sorang2 pergi la, yang pergi ni melibatkan pelajar yang buat research pasal insects, so supervisor yang specialist dalam bidang insect ni berkumpul bersama dengan ‘anak2 buah mereka’ termasuk aku, dan 2 orang staff ikut sama. Ada tiga supervisor dan setiap mereka ada 6-7 anak buah, so bilangan kami macam 20++ juga la. Aku sebenarnya risau pasal bajet sebab berdasarkan mentor merangkap supervisor aku (hehe…) ada cakap yang trip ke sana agak costly. Ptptn tak masuk lagi sebab belum mula semester, bapak aku bagi cukup2 makan ja..huhu, DAN nasib baik akhirnya kena bayar RM100 saja sebab kena support dengan grant research supervisor kami…Selamat la part tu..haha

Gerbang masuk Borneo Highlands resort
 

Hari pertama, masa tu kami sampai waktu tengah hari dan bila turun saja dari kenderaan, kami dah busy kemas barang sampling masing2, sampai kena ada list ‘siapa pinjam apa’ sebab takut barang hilang..haha. Memang agak hectic juga la masa tu, rehat pun sekejap saja, pastu sambung buat kerja masing2. Petang tu dah supervisor suruh berkumpul dan kami kena survey semua area nak tengok area mana sesuai untuk sampling, terutamanya untuk pelajar yang kena guna Modified Pennsylvanian Light Trap dan White Screen method.

Untuk research aku, tak perlu strict sangat sebab true bugs ni ada kat mana2 pokok Cuma KENA pandai cari..haha, lagipun method utama aku kena tangkap guna tangan ataupun guna aerial net. So, petang tu terpaksa la aku, sorang pelajar postgrad dan dua orang kawan yang buat tajuk pasal true bugs menjadi spongebob squarepant(s) dengan pegang aerial net dan swing macam orang gila bila nampak bugs on sight…haha. Lagipun bukan la susah cari bugs tu sebab boleh tengok dari cara terbang bugs tu, so tahu la mana satu true bugs atau beetles etc. Part tu aku berterima kasih sangat dengan kakak postgrad yang buat tajuk yang sama sebab sanggup beri tunjuk ajar..huhu

Malam hari pertama tu pula, takda rehat lagi, kena pasang light trap dan white screen, dah la kawasan tu bukit, turun naik semput doh...Masa pasang tu dalam jam 6 petang kot, wah, memang kena kerah habis kudrat anak jantan nak pasang trap semua, sebab light trap dan white screen perlukan lampu, dah punca elektrik tu pula dari generator, punya seksa tengok staff dan pelajar lelaki bawa generator full berisi diesel ke tempat sampling, turun bukit memang ‘heaven’ sikit la, ni kena NAIK bukit pula, terasa berganda-ganda berat, jauh pulak tu tempat yang nak pasang tu..aiseh…

Lepas tu, jam 9 malam, kena check trap tu semua, dan masa sebelum jam 9 tu la masa rehat kami. Disebabkan true bugs juga tertarik dengan cahaya, aku kena juga la ikut jenguk white screen dan light trap tu masa jam 9 malam nanti. Masa jenguk tu agak seksa juga la sebab hampir semua insect tertarik dengan cahaya, terutamanya moth, banyak gila sampai kalau duduk berdekatan dengan screen tu, konpem kena ‘langgar’, lagi dahsyat kalau kena ‘langgar’ dengan moth yang besar macam golongan family sphingidae etc, macam kena baling dengan batu, dah tu semua asyik datang ‘terjun’ ke screen tu…haha.

Peta Borneo Highlands Resort

Apapun, hasil dari white screen dan light trap tak memberansangkan sangat, aku ingat macam seekor dapat dari white screen dan beberapa ekor dari light trap malam tu, berbanding tangkap guna tangan dan guna aerial net memang method light trap dan white screen tak digalakkan sangat. Hari kedua, awal pagi macam jam 6 pagi macam tu, dah kena bangun untuk kemas light trap dan white screen, pastu kena sorting insects yang terperangkap kat light trap, pelajar yang buat tajuk true bugs ambil true bugs saja, yang buat tajuk beetle ambil beetle saja, macam tu la seterusnya. Tapi seingat aku, aku tak pernah join kemas trap jam 6 pagi tu, apanya tak join kalau aku bangun saja, mereka dah siap kemas. Tak kejutkan aku pun..T.T.

Apapun, aku juga yang salah dah memang tanggungjawab aku bangun sendiri…huhu. Lepas tu, jam 8 pagi macam tu dah kena keluar cari true bugs kat pokok2 yang berdekatan. Kat Borneo Highlands ni, sebab kawasan tu resort, banyak pokok berbunga so memang banyak la juga pokok yang kami kena survey..haha, sampai tengah hari kami cari true bugs, memang ok juga la hasil tapi masih tak cukup untuk tajuk aku. Entah la, mungkin tak kena method cari kot maklum lah masih level amateur..haha. Kadang2 tempat kami berubah, hari kedua dan ke-empat kami pergi ke Kalimantan border view point, dekat2 puncak Gunung Pennrissen la, untuk sampling, itupun hasil tak seberapa.

Masa tengah hari hingga jam 6 petang tu la masa rehat kami. Pastu jam 6 petang pasang light trap dan white screen, jam 9 malam kena check dan tangkap true bugs on sight dan 6 pagi esoknya kena kemas balik, lebih kurang hari seterusnya dan seterusnya mula rutin yang sama sahaja. Masa hari terakhir tu juga la, baru la aku rasa berat nak tinggalkan tempat tu sebab nyaman, sejuk, selesa, kawasan tanah tinggi pulak tu..haha, masa tu juga la yang paling sibuk, sama sibuk dengan hari pertama, kena kemas barang semua, kena check barang nak pastikan barang tak hilang, dan pulang ke UNIMAS dalam masa tengah hari macam tu, sampai UNIMAS dalam jam 2 petang, dan kerja tak habis lagi tu, kena punggah barang2 dan letak balik kat tempat asal..haha. Lagi malang, aku dan 3 orang lagi stranded sebab tempat tinggal aku jauh, disebabkan aku dan dua orang lagi menumpang di rumah kawan sorang ni kat luar, selepas menunggu sejam macam tu baru la pulang ke rumah kawan dengan bantuan fetching service..haha

Swan Lake

Banyak la pengalaman yang aku dapat masa sampling. Kat sana pagi, petang, malam kena pakai sweater sebab sejuk!!!., tengah hari tak lah sejuk sangat kot. Pastu, kami, pelajar kena bayar RM 100 pun sebenarnya dah bertuah sebab bajet sampling ni mahal, dalam RM 9000++, kalau bukan sebab guna grant research supervisor, kami mungkin kena bayar RM 200++, wah memang terkejut la mula2 bila dengar bajet gemilang, terbilang macam tu..haha. Paling dahsyat bila bajet pengangkutan saja dah RM4000++…memang terbeliak mata bila tahu, dah tu, kami turun naik ke kawasan puncak gunung Pennrissen kat Kalimantan border view point dah kena bayar RM 10 seorang untuk turun dan naik sebab kena guna kenderaan yang Borneo Highlands provide-kan, turun naik kawasan kaki bukit dan ke tempat tinggal kami tu dah RM50 seorang, pastu kami tinggal kat kabin, memang grand la juga walaupun kami bersempit sebab pelajar perempuan ramai. Itupun, RM150 per day, dan harga tu untuk per kabin tu kot!!. Supervisor tempah 3 kabin untuk seminggu, bayangkan laa bajet tu…haha


Kalimantan border viewpoint, sebelah kanan dah kawasan Kalimantan


Pastu, masa lawat Kalimantan border viewpoint tu memang DAEBAK!, macam kat Jurassic park ja, hutan dia memang genuine gila pastu dengan dilitupi kabus2..woahhhh!!..Haha. Amazed juga la sebab first time tengok tempat macam tu. Memang recommended sangat kalau pergi Borneo Highlands. Berdekatan dengan kabin kami ada ladang kuda, jelesnya kawan aku dapat gambar dengan kuda, wargghhhh!!. Aku tak dapat join sebab malas nak join, kena naik bukit baru sampai, aku pulak yang rugi..meraung doh hari terakhir tak dapat gambar ngan kuda..haha. Dan aku sempat juga lah pergi swan lake, kat situ aku mempraktis level fotografi aku, habis bunga2 kat situ aku gambar. Dan pengalaman aku yang paling nightmare masa hari2 sampling tetiba aku kena gossip dengan sorang ni, adoi, bermula la ‘episod’ drama aku dan dia..aiseh, kawan2 yang tahu kisah tu dah hari2 tanya bila episode seterusnya, pening dah kepala aku masa tu. Ni kawan sorang punya pasal la ni, mulut masin..haha. Apa yang dia cakap pasti berlaku..haha. Nasib la si dia ni digossipkan lagi dengan kawan sorang tu, so terlepas lah aku dari ‘curse’ tu dan berakhirlah episode aku dan dia..haha.

Satu lagi nightmare masa sampling tu, aku dan 3 orang lagi jadi ahli logistik, so kami la geng yang paling kelam kabut hari pertama, hari lain tak sangat busy pasal logistik dah tersangat la kelam kabut pada hari terakhir sebab kena kira balik semua alat sampling dan alat memasak, berlari macam kanak2 masa tengah kira tu…haha. Happy kids! Dah tu pula ada barang yang hilang, nasib baik hanya bilangan gelas, sudu dan garfu yang kurang, kalau peralatan sampling yang hilang, habis lah kami…huhu. Apapun, yang paling bestnya tu, kawan2 tolong juga walaupun bukan berkaitan dengan tajuk dorang, dah tu terjumpa spesis yang kawan lain perlukan kat depan mata takkan biarkan saja..huhu. Memang banyak sangat kisah sampling ni, ada good side, ada bad side, tapi kalau aku cerita lagi, dah jadi blog baru..haha. Ni tinggal nak buat proposal lagi, waahhh!! Bermula lagi nightmare yang baru..haha

 Aku belanja sikit gambar skill fotografi aku kat swan lake...



***THE END***

Friday, 14 August 2015

Menimba ilmu dan pengalaman di UNIMAS

Haa, dah tinggal setahun lagi sebelum betul2 graduat, aku cakap aku aktif tak la sangat kot tapi skop keaktifan aku lebih kepada mengumpul merit kolej sebab tak nak tinggal luar. Tapi aku baru perasan yang aku kurang menunjukkan 'kasih sayang' untuk UNIMAS..Apakah??..haha. Aku perasan aku tak aktif langsung dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab UNIMAS. Ada banyak sangat kelab dan persatuan, sampai aku dulu masa first year pening nak pilih tapi akhirnya tak join sangat mana2 kelab/persatuan pun, ikut pun sekadar daftar nama ada lah. Meeting berkala langsung tak tunjuk muka. Aku pernah daftar kelab PRIMU masa first year, PRIMU ni nama panjang dia Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS, banyak aktiviti mereka ni, semua aktiviti sukarelawan sampai ke SABAH dorang buat tapi malangnya aku kan cuma daftar nama, meeting satu pun tak datang sampai aku langsung tak tau apa2 pasal aktiviti mereka, satu lagi sebab adalah aku ni sibuk handle aktiviti kolej yang selalu sangat clash dengan aktiviti kelab dan aku pun quit kelab PRIMU tanpa aku sedari...

ref: unimasprimu.blogspot.com

Kelab kedua aku ikut adalah kelab BAYU (Badan Budaya UNIMAS), aku yang kayu balak tak melentur ni nak join aktiviti menari bagai..Apapun, BAYU ni skopnya bukan pada menari saja, ada gamelan, choir, drama. Aku join yang bab2 lakonan je, ada juga pengalaman aku dari sekolah menengah boleh aku terapkan masa nak join aktiviti  yang dianjurkan oleh persatuan drama mereka. Setiap bahagian dalam BAYU ni ada hari tertentu diadakan meeting dan latihan, tak silap aku drama lakonan punya meeting hari sabtu. ITU pun aku tak pernah hadir...haha. Serius bagai bayar duit ahli RM10 dan akhirnya jadi ahli 'hantu' dan ter-quit tanpa aku sedari. Aktiviti kolej biasa hari sabtu so memang clash la dengan meeting kelab, kebanyakan aktiviti kolej ni sama ada aku jadi ahli ataupun jadi ahli jawatankuasa untuk aktiviti tu so aku tak boleh join latihan drama, dan sebenarnya penghalang aku ni cuma aktiviti kolej...huhu. Dan aku juga pernah ikut Sekretariat PERSADA UNIMAS tapi yang ini sebab aku anak kelahiran FELDA, dan sebab tu kena join, dan sekali lagi aku tak pernah ikut apa2 aktiviti sekretariat ni. Banyak yang aku tertinggal ni.


ref: prsunimas.blogspot.com

Masa second year aku join persatuan Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS (PRS UNIMAS), ITU juga aku tak pernah hadir dalam setiap meeting hari rabu mereka. Dari situ la aku dah give up nak ikut apa2 kelab dan persatuan sebab memang tak boleh bagi komitmen. Ada lagi kelab baru tahun ni, AIESEC, aku suka kelab tu sebab melibatkan antara Universiti sampai tahap international, dan aku teringin nak join tapi bila difikirkan balik dan ikut pengalaman yang lepas, aku tak jadi, rugi la daftar jadi ahli tapi akhirnya quit tak buat apa2. Jeles aku tengok room mate aku, dia junior tapi aktif gila dengan AIESEC, masuk UNIMAS ja dah aktif dan dia tu dah jadi orang 'besar' dalam kelab tu, aku jeles sangat dan dia tak libatkan sangat diri dalam aktiviti kolej sebaliknya dia pilih tinggal luar, aku tak kisah part tu yang penting aku ter-miss sebahagian memori yang aku nak kenang-kenangkan selepas graduat nanti..Aiseh, sedih la pulak. Yela, tambahan pula aku terasa bila kawan aku yang aktif kelab2 ni cakap kalau ikut aktiviti kelab/persatuan kat Universiti akan diiktiraf masa nak cari kerja nanti sebab dalam resume boleh letak sijil. Aktiviti kolej tak dapat menjamin semua tu sebab itu hanya jaminan untuk mendapatkan tempat tinggal dalam kolej.

Aku tak marah la pula sebab ada betulnya cakap mereka tu, aku pasti junior aku tu pun fikir hal yang sama. Dan TAADAA!!!, aku bila menginjak tahun akhir ni dah ada azam baru..haha. Disebabkan aku tak perlu dah berusaha sangat nak kumpul merit kolej sebab tak lama nak graduat (buat apa kumpul lagi...). Boleh dah aku luangkan masa untuk join aktiviti2 kelab/persatuan atau aktiviti peringkat Universiti. Anda mampu MENGUBAHnya!!. Tak terlewat lagi aku nak join ni. Apapun, aku dah mula nak aktif dan untuk memulakan langkah azam baru tu, aku bakal menjadi ahli jawatankuasa untuk aktiviti peringkat Universiti dan berkaitan dengan course aku. Aku memang berterima kasih kepada kawan aku yang sudi menolong aku dalam merealisasikan azam baru dan aku kini masih tengah survey kelab/persatuan yang aku rasa aku boleh bagi full komitmen..huhu. Takpa, slow2 la katakan. Banyak ni nak survey haha...

Nasihat aku kat pelajar baru a.k.a junior2 ni, aktifkan la diri anda dalam kelab2 dan persatuan2 dalam UNIMAS, best sebenarnya sebab memang tak akan bosan pun, lagipun banyak lagi kelab/persatuan mahupun sekretariat yang available dalam UNIMAS yang belum aku sebut, cuma kena cari yang sesuai ikut cita rasa la..haha. Dan kebanyakan aktiviti2 yang diadakan tu memang boleh buat rujukan masa nak buat resume nanti, itu lain cerita la. Yang paling PENTING adalah ilmu dan pengalaman masa join semua aktiviti2 tu, tak la bila dah keluar dari Universiti, kita terkial-kial tak tahu satu benda pun kecuali pegang degree, at least ada backup la tambah modal selain degree nampak la kematangan kat situ..haha..Dah la, aku tak pandai bagi nasihat la, sendiri mau rasa laa..haha. GOOD LUCK!

Degree Sains Dan Pengurusan Sumber Haiwan UW6421003, UNIMAS.

Sempena meraikan minggu kedatangan pelajar baru ambilan september, aku share sedikit info la bagi bakal pelajar yang DAPAT atau yang NAK memohon Ijazah Zoology kat UNIMAS ni..hehe. Pertama sekali harus lah aku ingatkan korang, Zoology TIDAK SAMA dengan Veterinar (Graduan Zoology BUKAN Doktor Haiwan ye guyss...) dan ambik course Zoology ni pulak TIDAK semestinya kerja kat Zoo/Aquaria/Bird park dan sewaktu dengannya...haha. Sorry, post ni mungkin agak outdated sebab aku share berdasarkan pengalaman bertahun yang lalu..haha.

Yeah, dulu aku pun takut-takut ambik course ni, aku tau apa yang student baru rasa, bezanya aku memang nak course ni, konon dah sebati tengok National Geography dari kecik..huhu. Kelayakan memohon Ijazah Zoology kat Unimas ni agak rendah jugak la dan agak senang nak apply berbanding universiti lain yang menawarkan bidang yang sama, kelayakan pointer STPM/Asasi/Matrik cuma dalam lingkungan > 2.00, MUET band 2 ke atas dan pernah ambil subjek Biology taraf Matrikulasi/STPM/Diploma. Tak kisah la korang dari mana-mana bidang pun kalau pernah ambik subjek BIOLOGY atau subjek seangkatan dengannya masa korang kat Matrikulasi / FORM 6 / Diploma, korang dah cukup syarat memohon. Kalau nak ambik Diploma Zoology, aku tak tahu sangat sebab Unimas tak offer diploma tu.

Korang boleh check basic kelayakan untuk mohon Zoology Unimas kat link ni:




Point aku disini mesti ramai yang tak tau sangat pasal course ni pasal tu la course ni tak femes dan tak ramai yg mohon, lagipun skop kerja tak pernah tetap dan orang tak tahu macam mana nak mohon kerja berkaitan dengan degree ni. Apapun, kepada pelajar yang dapat tak pernah memohon tapi dapat course ni, jangan la rasa kecewa dulu sebab course ni kalau minat seriously best, apa yang kita tengok kat National Geography dan Discovery, tu la yang kita belajar dalam course ni. Mungkin Malaysia tak tekankan sangat peranan zoologist ni, sebab tu la masih ramai orang tak tahu, sebab kurang pendedahan..

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. (ref:www.frst.unimas.my)

Firstly, aku kenalkan yang basic laa, Zoology tu nama femes je, kat UNIMAS kena guna nama panjang - Sains dan Pengurusan  Sumber Haiwan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber atau FSTS/FRST (eng)  terletak kat kampus barat. Bangunan FSTS ni memang strategik, berhadapan Fakulti Engineering dan Fakulti IT, sebelah kolej kediaman SAKURA, dekat dengan Student Pavilion, mesin ATM dan 7-E. FSTS satu-satunya fakulti yang ada dua bangunan berbeza dalam kampus, setahu aku laa, yang aku cerita tadi tu bangunan induk, bangunan yang satu lagi adalah Makmal Luar FSTS, kami panggil EL (External Lab) terletak kat pertengahan jalan di antara kampus barat (induk) dan kampus timur (pra-U). 

P/S: Pada tahun 2018, aku dimaklumkan bahawa bangunan EL ni dah ditutup dan tak akan digunakan lagi..T.T

External Lab FSTS bahagian tengah, ni bukan banjir  tapi kesan pasang surut dari sungai berdekatan..haha

Bangga jugak la sebab budak2 Biotech dan Chem agak jeles tau dengan budak Zoology..haha, sebab course ni paling banyak fieldtrip. Yalah, kalau cramp berhabis belajar teori takda guna, kena ada praktikal juga, aku harap akan ada banyak fieldtrip untuk masa yang akan datang atau pun panjangkan masa fieldtrip masa korang dah enroll nanti. Serius kalau ikut fieldtrip Zoology, banyak yang kita belajar. Lagipun, sebagai bakal 'Zoologist' yang berjaya, memang tersangat la wajib untuk tahu macam mana nak handle haiwan terutamanya klasifikasi vertebrata (Herpetofauna, Aves, Entomology, Mammals, Fish), kot2 lepas graduat boleh buat research sendiri..haha.

Fieldtrip biasa kat mana? Dah namanya pun Zoology, kat hutan laaa tapi tak semestinya, ikut lecturer korang, kadang2 melawat zoo atau taman haiwan etc.. Bagi yang tak biasa pergi hutan dan dapat course ni, siap sedia la mental tu awal2...haha. Fieldtrip yang aku rasa paling best dari semua fieldtrip yang pernah aku pergi masa ambik course ni adalah fieldtrip untuk subjek Field Ecology masa 2nd year nanti. Dekat seminggu jugak la dalam hutan tuu...Kat situ la, kita belajar cara pasang perangkap, cara rekod data untuk 'catch and release' atau kumpul specimen (biasanya serangga) untuk rekod yang akan datang tapi masa 'catch and release' tu,  ada juga  haiwan mati masa kena perangkap, tu pun kena preserved juga, mana ada main buang atau main tanam. Takda seekor pun dibazirkan..hah..Boleh la dijadikan koleksi muzium zoologi kat FSTS.

Masa sampling tu, jangan risau la...setakat ni aku tak pernah lagi dengar student kena handle buaya, kerbau, lembu, oink-oink etc..haha. Kalau sampling mamalia, biasanya terhad kat tupai, monyet (observation bukan trapping), tikus, kelawar etc. Herpetofauna (dua alam) biasanya sampling katak atau kodok, ular jarang la sebab nak consider keselamatan student juga tapi kalau dapat ular pun biasanya staf yang handle-kan sebab mereka memang pro bab2 fauna ni..haha. Herpetofauna team ni selalunya best, sampling malam-malam buta tau. Burung (Aves) pun tak da masalah, segala burung boleh ditangkap untuk tujuan penyelidikan unless kalau ada student yang takut benda terbang la (biasanya trap atau just dengar bunyi kicau untuk tentukan spesies).. Haiwan akuatik ni jarang sikit sentuh sebab UNIMAS pun ada offer Ijazah Sains Akuatik tapi don't worry, Zoology ada gak cover pasal hidupan-hidupan akuatik ni cuma terhad kat hidupan sungai je la kalau sampling pun.

Kebanyakkan student pasti akan mengelak satu team ni masa sampling, apa lagi mesti lah team INSECT! ataupun nama femesnya Entomologi...Orang rasa kaji insect ni tak best, geli, takut dan tak suka sampling benda2 kecil ni etc..etc... dan kebanyakkan insect study ni tak menarik pun berbanding kelas2 haiwan lain. Team Entomologi satu-satunya team yang tak perlu catch dan release, mereka  punya part ni sampai catch je pastu next step dah lain pulak...haha. Maksudnya? Team Insect ni kerja mereka tangkap dan bunuh untuk preserve, yes guys. Team Insect ni satu-satunya team yang kena preserve haiwan yang mereka tangkap jadi mereka yang tergolong dalam group ni, hati kena tabah tak boleh hati tisu..haha.. Tapi aku tetap minat entomologi..haha. Jangan risau, kita bunuh pun in most humane way bukan suka hati, ada cara dia. Tajuk projek tahun akhir aku pun pasal insects juga. Ikut minat korang jugak laa.. Masa fieldtrip tu la korang boleh tentukan minat korang ke arah mana sebab masa FYP nanti kena pilih tajuk research.

Setiap klasifikasi haiwan2 ni, ada cara trapping sendiri, ikut lah nak trap haiwan apa. Kalau tikus, macam biasa guna rat trap, kalau kelawar, guna harp trap, kalau burung, guna mist net dan kalau insect guna tangan sendiri, guna Pennsylvanian light trap (rama-rama/kumbang), dan ada yang perlu guna sweep net/butterfly trap untuk kupu-kupu.. Haa, banyak tau jenis trap..haha. Ikan pula bukan pakai pancing ye biasanya kita akan pakai minnow trap..kita nak tangkap dan lepas bukan nak mencederakan haiwan tu..

Boleh tengok pasal pengenalan course dan pengenalan subjek yang ditawarkan kat link ni -https://www.unimas.my/ws51-bachelor-of-science-with-honours-animal-resource-science-and-management 

Kalau korang tanya aku skop kerja Zoology ni, banyak…Tak terkira. Kalau tak kisah kerja office atau kerja yang tidak berkaitan dengan degree, pergi la ambil peluang tersebut, kalau korang jenis yang tak memilih bidang kerja la.. Kalau alang2 dah grad Ijazah Zoology dan nak kerja yang ada kaitan dengan apa yang kita dah belajar boleh try apply kat Zoo, kat pejabat hidupan liar macam PERHILITAN atau kat kawasan hutan simpan (renjer/penyelidik kawasan), kerja bahagian vet pun boleh tapi terhad la sebab Zoology lain aliran dengan Veterinar, dan mostly kawan aku yang kerja kat klinik vet biasanya dapat pangkat 'nurse' atau clinic helper, doktor vet tu kena ada degree Vet, okayyy...

Mohon kat kawasan agriculture pun boleh, kenapa tak boleh pula?, ada saja pekerjaan yang melibatkan serangga perosak, bio-control. Boleh apply kat syarikat2 yang menawarkan kerja yang melibatkan penyelidikan lapangan seperti pest company etc. Macam-macam sebenarnya course Zoology ni boleh buat dan luas penggunaannya cuma kita yang tak nampak dan kena la buka mata sikit, boleh cari kat google skop2 kerja zoology, pasti banyak contoh. Pengetahuan pasal kegunaan zoology dalam alam pekerjaan tu kita akan dapat sepanjang tempoh kita belajar course ni. Mesti jenuh nak explain apa itu zoology kat sanak sodara, kannn??.haha... Zoology ni boleh bawak lagi jauh sampai tahap Researcher atau behavior specialist etc... tapi nak sampai tahap tu kena timba ilmu lagi tinggi la..haha

Dannn, apa yang berubah sebelum dan selepas aku ambik course ni??..Banyakkk bro, banyak. Tapi yang paling ketara sekali adalah tahap kesedaran aku mengenai haiwan2 kat Malaysia ni. Dulu aku memang mengaku aku agak ignorant pasal fauna2 ni dan bila aku belajar banyak dan mendalam lagi baru lah aku tahu ilmu aku selama ni ni tahap lecak selepas hujan je, ada lagi lautan luas kat luar sana yang belum dijelajah...chewahhh.. Antara pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan - budak zoology ni bila dah belajar animal kingdom dah pandai acah2 cakap bahasa tahap tinggi...haha. Contoh, instead of cakap nak makan sotong, kami cakap nak makan cephalopod, nak lagi dahsyat sampai sebut nama spesis sekali...  

Nah, hadiah dari aku kerana berjaya baca sampai tahap ni...haha

Eupterote pallida ( Heterocera : Eupterotidae)
Koleksi 'moth' fieldtrip untuk subjek Field Ecology

kawan jinak nak ikut sampling juga..haha
ingat senang nak ID moth?..haha (The Moths of Borneo by J.D. Holloway)
Cicada
Ambik kau!!
Cakk!! Fruit bat
Puntius sp.
'Catch and Release'

salah satu koleksi muzium FSTS

GOOD LUCK FELLOW ZOOLOGIST~
ZOOLOGY HEBAT!!!

Thursday, 13 August 2015

Road to Graduation!



Yahoo! Aku tak sangka dah dua tahun aku kat UNIMAS, dan bulan September ni adalah official bagi aku untuk bergelar pelajar tahun akhir..haha. Apapun, sesuai dengan gelaran pelajar tahun akhir, sibuknya tu dah berkali ganda sebab ada projek tahun akhir. Disebabkan aku punya course ni biasanya melibatkan research, so kena la buat research proposal, aku dah pun memilih supervisor aku selepas pendebatan panas semua budak2 Zoology batch aku pasal aturan memilih supervisor sebab dah guna system baru, bukan pilih tajuk lagi tetapi pilih supervisor dan supervisor aku adalah Miss R, mentor aku sendiri, sebab dia specialist dalam bidang entomologi (serangga) dan aku memang ada pasang minat dengan entomologi ni. Bincang punya bincang dengan Miss R, aku ingat nak buat tajuk pasal pest insects malangnya, Miss R lebih pada bidang systematic, macam lebih kurang cara nak kenal insect tu dari mana asal mereka bla3…Aku tak juga terkilan sebab masih dalam bidang ento, dan akhirnya capai persetujuan nak buat pasal kepelbagaian true bugs (hemiptera:heteroptera) di Borneo Highland, Sarawak. 

Aku dah kacau bilau dengar tajuk tu. Species Richness? Diversity? Species composition?. Dalam Zoology, ayat2 ni antara yang paling killer selepas systematic dan evolution. Kenapa? Sebab nak tau kepelbagaian species dalam sesuatu kawasan kena MENGIRA. Kira-kira tu bukan guna kalkulator saja, ada application khas kat computer, application tu pulak ada banyak bergantung dengan apa yang kita nak kaji. Dalam kes aku, mungkin kena guna EstimateS, kalau nak tau apa benda tu, Google! je…haha, apapun tajuk ni bermaksud aku kena la jadi pakar guna application2 tu, so terpaksa la aku membuka buku statistic yang dah lama berhabuk..huhu. Laptop aku ni pula terbaru di pasaran dengan windows 8.1 tapi aku berkorban untuk downgrade-kan ke windows 7 sebab EstimateS tak boleh buka guna windows 8, Nampak pengorbanannya?. Ada legal licence pulak tu windows 8, hangus RM300 lesen VS Rm50 format..haha

Bukan tu saja, aku berkorban masa cuti juga, mungkin tak merasa cuti midsem la aku ni sebab sibuk tangkap true bugs..haha, ni pun aku kena datang 2 minggu awal sebelum pendaftaran sem sebab nak kumpul data kat Borneo High. Sebelum perjalanan, aku mesti dah kat UNIMAS sebab nak buat pengiraan logistic, aku sebenarnya risau, aku belum mengkaji sangat pasal true bugs ni padahal dah kena sound suruh cari sebelum kumpul data, memang habis la kali ni..adui!, aku bukannya sengaja, line kat rumah aku slow sangat, aku tak boleh download semua jurnal yang berkaitan dengan tajuk aku dicampur kemalasan aku sikit..huhu, apapun aku akan try lagi sebelum meneruskan perjalanan ke UNIMAS sebab apa guna kumpul data kalau kau tak tau apa kau nak buat. Buat bodoh je la kot dan bazir masa sebab kau datang then tak tau nak buat apa plus kena marah..LOL, the irony kat sini adalah, aku foresee benda yang bakal berlaku tapi realitinya aku masih tak buat apa-apa..haha

Dan berbalik pada aku yang bakal menjadi pelajar tahun akhir, aku masih tak sangka aku dapat tinggal kat kolej lagi, Cuma aku tak tau bilik mana nanti aku dapat, aku mana2 pun ok asal confirm tempat tinggal, aku risau perangai budak baru je..haha, mesti dan wajib aku akan nampak gelagat pelajar baru kat bilik nanti. Tengok saja la nanti..haha. Dan kali ni, beban kurang sikit sebab aku tak perlu kumpul emas banyak2 sampai nak jadi gila sebab persaingan sikit je untuk pertengahan sem, so aku agak tak risau pasal tu. Aku lagi la tak perlu risau sem akhir sebelum graduate nanti, kalau masih dapat kolej lagi masa sem akhir, aku bersara terus dari kumpul emas sebab aku dah ‘chow’ dari UNIMAS la untuk sem yang akan datang..haha. Nampak tak plan yang jahat dan bijak tu. Ada betulnya la tu, budak tahun akhir tak boleh la sangat dedicate kat aktiviti kolej, masa depan ditentukan dengan projek tahun akhir..haha. Apapun wish me luck untuk perjalanan ke Sarawak. Have FUN!