Yahoo! Aku tak sangka dah dua
tahun aku kat UNIMAS, dan bulan September ni adalah official bagi aku untuk
bergelar pelajar tahun akhir..haha. Apapun, sesuai dengan gelaran pelajar tahun
akhir, sibuknya tu dah berkali ganda sebab ada projek tahun akhir. Disebabkan
aku punya course ni biasanya melibatkan research, so kena la buat research
proposal, aku dah pun memilih supervisor aku selepas pendebatan panas semua
budak2 Zoology batch aku pasal aturan memilih supervisor sebab dah guna system baru,
bukan pilih tajuk lagi tetapi pilih supervisor dan supervisor aku adalah Miss
R, mentor aku sendiri, sebab dia specialist dalam bidang entomologi (serangga)
dan aku memang ada pasang minat dengan entomologi ni. Bincang punya bincang
dengan Miss R, aku ingat nak buat tajuk pasal pest insects malangnya, Miss R
lebih pada bidang systematic, macam lebih kurang cara nak kenal insect tu dari
mana asal mereka bla3…Aku tak juga terkilan sebab masih dalam bidang ento, dan
akhirnya capai persetujuan nak buat pasal kepelbagaian true bugs
(hemiptera:heteroptera) di Borneo Highland, Sarawak.
Aku dah kacau bilau dengar tajuk
tu. Species Richness? Diversity? Species composition?. Dalam Zoology, ayat2 ni
antara yang paling killer selepas systematic dan evolution. Kenapa? Sebab nak
tau kepelbagaian species dalam sesuatu kawasan kena MENGIRA. Kira-kira tu bukan
guna kalkulator saja, ada application khas kat computer, application tu pulak
ada banyak bergantung dengan apa yang kita nak kaji. Dalam kes aku, mungkin
kena guna EstimateS, kalau nak tau apa benda tu, Google! je…haha, apapun tajuk
ni bermaksud aku kena la jadi pakar guna application2 tu, so terpaksa la aku
membuka buku statistic yang dah lama berhabuk..huhu. Laptop aku ni pula terbaru
di pasaran dengan windows 8.1 tapi aku berkorban untuk downgrade-kan ke windows
7 sebab EstimateS tak boleh buka guna windows 8, Nampak pengorbanannya?. Ada legal
licence pulak tu windows 8, hangus RM300 lesen VS Rm50 format..haha
Bukan tu saja, aku berkorban masa
cuti juga, mungkin tak merasa cuti midsem la aku ni sebab sibuk tangkap true
bugs..haha, ni pun aku kena datang 2 minggu awal sebelum pendaftaran sem sebab
nak kumpul data kat Borneo High. Sebelum perjalanan, aku mesti dah kat UNIMAS
sebab nak buat pengiraan logistic, aku sebenarnya risau, aku belum mengkaji
sangat pasal true bugs ni padahal dah kena sound suruh cari sebelum kumpul
data, memang habis la kali ni..adui!, aku bukannya sengaja, line kat rumah aku
slow sangat, aku tak boleh download semua jurnal yang berkaitan dengan tajuk
aku dicampur kemalasan aku sikit..huhu, apapun aku akan try lagi sebelum
meneruskan perjalanan ke UNIMAS sebab apa guna kumpul data kalau kau tak tau
apa kau nak buat. Buat bodoh je la kot dan bazir masa sebab kau datang then tak
tau nak buat apa plus kena marah..LOL, the irony kat sini adalah, aku foresee
benda yang bakal berlaku tapi realitinya aku masih tak buat apa-apa..haha
Dan berbalik pada aku yang bakal
menjadi pelajar tahun akhir, aku masih tak sangka aku dapat tinggal kat kolej
lagi, Cuma aku tak tau bilik mana nanti aku dapat, aku mana2 pun ok asal
confirm tempat tinggal, aku risau perangai budak baru je..haha, mesti dan wajib
aku akan nampak gelagat pelajar baru kat bilik nanti. Tengok saja la
nanti..haha. Dan kali ni, beban kurang sikit sebab aku tak perlu kumpul emas
banyak2 sampai nak jadi gila sebab persaingan sikit je untuk pertengahan sem,
so aku agak tak risau pasal tu. Aku lagi la tak perlu risau sem akhir sebelum
graduate nanti, kalau masih dapat kolej lagi masa sem akhir, aku bersara terus
dari kumpul emas sebab aku dah ‘chow’ dari UNIMAS la untuk sem yang akan datang..haha.
Nampak tak plan yang jahat dan bijak tu. Ada betulnya la tu, budak tahun akhir
tak boleh la sangat dedicate kat aktiviti kolej, masa depan ditentukan dengan
projek tahun akhir..haha. Apapun wish me luck untuk perjalanan ke Sarawak. Have
FUN!
No comments:
Post a Comment