Hai2!
Maka dengan tajuk post aku kali ni, sah sudah la aku bergelar mahasisiwi dan juga alumni UNIMAS, balik la aku kepada realiti kehidupan..haha. Apapun, mari lah aku cerita serba sedikit al-kisah aku masa persediaan bergraduat tu..haha. Macam biasa, aku menaiki kapal terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dan terus ke Kuching tapi bukan transit la. Dekat 7 jam aku kat KKIA untuk tunggu flight ke Kuching. Sampai ke Kuching (KIA), aku berkumpul dengan 3 orang besties aku untuk menuju ke homestay yang kami dah book awal2 kat Unigarden sebab kalau lewat sangat dah takda tempat tinggal yang dekat2 UNIMAS. Masa tu dah takda tenaga dah nak borak dengan besties aku sebab masing2 dah penat..haha
Sampai saja kat homestay tu, punya la kami berempat terkejut. TERKEJUT sampai SPEECHLESS tau..Kenapa? Sebab owner tu rupanya Westerner!! bukan Local dan kami berempat pun berpandangan sesama sendiri dan pandangan yang bertiga tu dah tertumpu kat aku la sebab aku yang urus tempat tinggal dan aku sendiri pun bingung..haha. Aku dapat info mengenai tempat tu melalui seorang pensyarah Unimas (Dr. AM) yang beritahu In law dia yang sewakan bilik so aku pun terus setuju la, tapi rupanya dia kahwin orang Jerman, ingatkan orang Local. Tapi maksud aku di sini bukan la bermaksud yang buruk, aku dan kawan2 aku cuma terkejut beruk sebab memang perkara macam tu unexpected la pula..haha.
Apapun, disebabkan masih terkejut, aku dan kawan2 aku lebih banyak mendiamkan diri, dan yang paling lawak bila mereka perkenalkan diri, (of course, we were conversing in English ~) aku hanya ingat nama mak mertua Dr.AM tu Zeke (bukan nama sebenar) sebab nama sebenar panjang dan susah nak sebut, jauh sekali nak sebut nama bapa mertua Dr. AM, dia cakap cara sebut nama dia macam kita sebut "Manfoot" dalam English. Tapi disebabkan takut salah sebut, kami panggil Sir saja la..hahha. Rumah banglo attached dia simple sangat, maksud simple tu like seriously simple! Takda TV, internet, even telefon rumah/bimbit, hidup pun simple gitu dan aku tak la kisah sangat kalau takda semua kemudahan tu sebab bawa laptop..haha
Tapi aku memang tabik la dengan lifestyle mereka, simple tapi memang berjimat habis. 100% organik, makanan tanam sendiri, sekeliling rumah ada ja tanaman herba, sayur, buah etc. Jealous tengok garden dia..haha. Hiasan rumah dia pun unusual, semua bahan berasaskan kayu, ada nilai estetika la katakan, which bagi aku yang agak meminati seni, memang sedap mata memandang. Aku dan kawan2 aku tinggal kat situ selama seminggu, pakej kami termasuk simple breakfast. Yang ni lagi dahsyat. Zeke cakap simple breakfast akan disediakan lepas tu keesokan paginya (Hari kedua) turun breakfast, Walaaooo!!! Macam hotel 5 bintang, bukan simple dah, macam pakej lunch plus memang nampak mewah ala2 restoran gitu. Disebabkan nampak macam mewah sangat setiap hari, aku dan kawan2 habiskan semuanya walaupun terpaksa tapi dalam terpaksa tu berbahagia juga la, bila lagi kau nak merasa makanan mewah, bagi student macam kita? hahaha..
Bilik dia lagi, Wahhhhh!! Amazed yang tak sudah2, kalau la tak tambah tilam, harga bilik tu dah kira sangat berbaloi untuk student macam kita, harga asal RM537 untuk 4 orang tapi sebab dah terlajak tambah tilam disebabkan risau tak muat berempat kat tilam besar tu (satu katil + tilam sahaja disediakan), kami kena bayar rm800++, tapi mengenangkan experiences kami kat bilik tu, harga tu masih sangat berbaloi!. Bilik yang disewakan tu bilik Master, besar kot! termasuk satu tilam King, ada aircond + Kipas siling, tuala disediakan + sabun organik (handmade) mandi plus shower heater! kalau bilik tu bilik hotel, mustahil la dapat harga RM 800, paling min pun RM 1200++, memang aku rekomen sangat stay kat situ, tapi mungkin tak sesuai untuk muslim dan muslimah sebab mereka adopt 3 ekor anjing kat situ, pasal makanan aku tak pasti tapi sepanjang menginap kat situ mereka tak pernah sediakan daging, kebanyakannya sayur, telur, dan herba2..Ni dia info2 tambahan kalau berminat:
Sorry, tak dapat sambung cerita sebab internet lembab..haha
To be continued...