Firstly, aku dah masuk final sem!. This is the real 'on road to graduation' moment!!. Final sem ni juga la dah mula neves siapkan thesis, prepare presentation dan pilih penempatan latihan industri dan oh yeah guys, aku masih dapat stay kat kolej!!! Bwahahahaha!!! Adoyai, memang sangat epic la juga, aku yang tak pernah se-lucky macam ni dapat juga survive..adoi..adoi..Adik2 housemate aku dah neves tuu, dah mula minta tips bagai macam mana nak terus stay kat kolej. Senang je, aktifkan lah diri anda dalam aktiviti2 kolej, aim jadi ajk dan kurang-kurangkan melibatkan diri sebagai peserta baru la merit banyak, ada peluang tinggi tersenarai dalam senaraijaya semester depan pula.
Yes, aku tahu jadi ajk memang 'hell' dan cari nahas apa lagi kalau aktiviti tu berhari-hari pulak tu, tapi nak something kena la berkorban (aisehh...) dan paling penting ada komitmen, kat kolej ni banyak 'mata-mata' memandang, kaki report pun ada nanti terkantoi nama boleh kena blacklist juga tuu. Ada juga tanya aku sama ada aku pakai orang 'dalam' atau tak a.k.a JPK kolej. Aku akui memang aku kenal juga semua barisan JPK kolej, tapi aku bukannya rapat pun dengan mereka, mostly kenal sebab mereka kan yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kolej dan aku pula selalunya ajk mereka dan nampaknya aku tak dapat merealisasikan azam aku untuk join kelab-kelab UNIMAS sebab dah makin busy. Itu cerita 5 semester yang lepas.
Dan disebabkan ni adalah final semester, aku dah tak perlu kumpul merit dah, stay kolej goyang kaki melayan thesis, wah macam happy je urus thesis..haha..boleh gila doh! Apapun stay positif dan carry on macam biasa. Anyway, aku dah buat sampling kali kedua dan wow bila dah gabung result data, aku dapat 891 individuals, 7+ families. Aku rasa kalau banding dengan bilangan true bugs senior2 yang buat tajuk yang sama sem yang lepas, aku dah pecah rekod kot. Tapi aku juga yang merana. Dah la true bugs ni takda buku ID, dan aku kena cari source luar untuk cari nama species2 ni. Haa, padan muka sendiri!
Terpaksa la aku menyibukkan diri kat muzium FSTS untuk menamakan 'anak-anak' aku sekalian..Ish2..Anyway, aku punya kelas cuma hari isnin dan selasa ja..haha, ni yang paling happy ni. Biasa la, final sem, bilangan subjek dah mula sikit. Aku just ambil 3 subjek teras saja sem ni. Subjek Elektif dan Generik dah habis!! Bahagia gila!! DAAANNNN hari2 takda kelas diisi dengan hari2 muzium ID bugs..Ciss...Yep, aku rasa aku patut mula sudah ID semua bugs sebelum cuti sem, aku taknak clash dengan masa2 menulis thesis dimana aku dah mula bayangkan akan menjadi "double HELL week". Yep, Ganbatte!
Anyway, cakap pasal tiga subjek teras ni, aku boleh komen guna satu ayat je, "SERIUS". Yep, I meant it. Ni dah sampai tahap di mana korang akan study sangat mendalam pasal Zoology sebab benda ni memang sangat berguna terutamanya kalau kita bekerja dalam agensi yang berkaitan dengan conservation dan isu2 alam sekitar. Tapi serius mana pun, rupanya masih ada field trip! haha, yes guys, masih ada field trip. I told you! Memang course Zoology ni banyak fieldtrip! Dalam tiga subjek teras, dua subjek ada 3 field trip.
Memang bahagia ni! haha. Subjek Captive Animal Management ada 2 field trip, sebab 1st fieltrip tu just tengok macam mana pengurusan zoo/sanctuary etc..yang 2nd tu nanti ada praktikal untuk mengurus haiwan dalam captivity lebih kurang macam medical check up la, using real animal of course~ Subjek Park & Wildlife Management pulak ada field trip kat national park lebih kurang macam lawatan sambil belajar la..haha, Sekarang ni kami masih tengah vote nak pergi national park mana. Kalau tanya aku pun, aku konfem kalut, mana aku tahu nak pilih mana satu, aku nak pergi semua tempat!! Apapun aku okey je pergi mana2 yang penting enjoy dan risk-free dan paling penting murah! Sejak aku masuk Zoology ni, aku taknak minta stay kat hotel etc...Sebab konfem kena camping..haha, yang penting selamat sampai dan selamat pulang~
Dan aku sejak dah mula mood nak graduate ni, masih lagi kena fikir pasal latihan industri. Adoi, memang payah nak cari bukan susah la cuma kadang2 tempat yang aku nak pergi tu takda tempat tinggal dan lepas tu ada tempat yang aku minat, full la pulak, aku dah pasrah ni, aku mohon aje la walaupun bukan agensi yang aku minat. Of course la aku harus memilih..haha. Aku risau la pulak, serius aku takda pengalaman kerja, aku memang mula betul2 dari bawah, ZERO work experiences, apa la rasanya tu bekerja, aku tak kisah pasal etika etc, aku yakin aku pass benda2 tu (LOL), yang aku curious ni pasal environment orang bekerja ni, Yalah, nak tahu, kena la rasa sendiri nanti kan..apakah? Ok, merepek sekejap.
Lagi pasal final sem ni, dah mula la agenda kawan aku ajak jalan2 pusing satu Bumi Kenyalang ni, yalah bila lagi nak jalan sama lepas ni?, masing2 dah balik negeri sendiri, hal sendiri, meroyan sendiri..eh?? haha...Kawan2 aku dah ajak pergi Bako National Park, yep aku belum pergi lagi kat situ, tapi masih tengah merancang la, dan ada juga idea gila kawan aku yang sorang ni, dia propose idea nak lawat sorang2 lepas graduate, means merantau negeri orang la ni maksud dia. Adoi, memang gila juga la..haha, dah ngegeh budak tu cakap tak pernah pergi Sabah..eh'eh..Ada juga sorang tu indirectly memaksa aku pergi KL lawat dia sebab aku tak pernah pergi semenanjung...haha. K fine, mungkin akan ditunaikan hasrat budak tu..haha
Anyway, aku harap perjalanan semester final ni berjalan dengan baik dan dapat graduate dengan jayanya dan dapat tawaran penempatan latihan industri dan terus dapat kerja! Eh??. Haha, neway, aku wish korang Good luck dan Stay Positive dalam perjalanan hidup korang, jangan lupa wish me too~ haha
Nak tahu sebahagian kemeranaan aku sepanjang ID true bugs? Ni dia~
No comments:
Post a Comment