YO!
Lama pula tak menaip ni, bukan malas tapi PENAT!!..Banyak aku lalui dalam masa aku tak menaip ni..haha, biar aku cerita yang penting saja la. Mula-mula pasal fieldtrip aku untuk subjek field ecology, subjek ni lebih kurang cara praktikal nak handle haiwan la, dah namanya pun zoology, benda ni la yang paling penting sekali. Dah tu pula fieldtrip subjek ni bawa 50% markah keseluruhan, kena buat pembentangan "budget 2015" dan report ala2 final year project tapi bezanya buat dalam kumpulan bukan perseorangan,..haha. Dalam fieldtrip ni pula, kami dibahagikan dalam 5 taxa pula - taxa ikan, mamalia, aves, herpetofauna dan insect. Aku pula dalam taxa insect (sebab taxa lain dah full..:p), Aku rasa taxa ni la kot paling kejam sebab kami kena kumpul spesimen, maksudnya kena BUNUH insect tu, tak macam taxa lain kebanyakannya "catch and release". Dah tu cara bunuh guna killing jars, nama bahan pun dah kejam kot..hoho, dan pastu kami pin dan spread wings. Oh, dalam taxa ni, group kami buat tajuk "species abundance of moth in Gunung Gading National Park" dan group satu lagi buat tajuk yang sama cuma guna spesimen butterflies. Dorang lagi kejam kot, nak bunuh rama2 tu first kena picit thorax dia, lebih kurang macam patahkan 'tengkuk' dia la untuk paralyze, kalau tak mati baru guna killing jars..Nasib semua semangat waja , klo tak ada yang menangis nak tak sampai hati bunuh, tapi yalah, aku akui, kami memang banyak kumpul spesimen mati, habis 2 kontainer putih besar tu penuh dengan 'jenazah'..hoho, ni contoh2 nya..:)
Proses pinning |
Proses identifikasi mengikut Family |
Proses spreading |
Banyak juga rintangan aku masa kat fieldtrip tu, seminggu kat hutan pastu, hari ketiga hujan lebat, kesabaran diuji bila kemah aku yang berkonsi dengan dua orang lagi bukan setakat banjir macam dah jadi kolam renang, rangka kemah tu patah pulak tu, apa lagi terpaksa la merempat kat dewan presentation kami..haha, ok la at least lebih selesa walaupun berlantaikan simen, kami alas ngan sleeping bag je..haha, malamya pula terpaksa pindah barang keluar jap untuk bagi laluan pada presentatiion setiap taxa, yala, tempat tu pun dah namanya dewan presentation, kat situ la segala hasil data2 kami dtunjukkan kat penyelaras..haha, masa tu la kena hentam berhabis. Tak pa pengalaman membina..haha. Malangnya, dugaan bertambah bila kami balik ja dari field trip tu, ada orang rosakkan spesimen kami, dah la yang belum proses ID pula tu, dan semua dah hancur berdebu sebab majoriti semua spesimen mikro, kecik2 smua..ntah sapa yang berdendam ngan taxa kami ni??.Dan terima kasih kat orang tu, kami terpaksa pergi sampling balik..SAMPLING BALIK,k?..Nasib bila bincang ngan penyelaras, kami hanya sampling kat kawasan universiti saja, kalau pergi balik national park yang satu setengah jam baru sampai belum termasuk bajet makan, bajet pengangkutan, bajet tempat tinggal, boleh bankrap! Apapun, benda dah berlalu dan kami mula sampling dari hari semalam, tinggal baki lima hari to go, fikir positif la katakan..lagipun kena kumpul data cepat sebab due date presentation yang sebenar dan hantar report dah nak sampai..Semua kejar masa!
Habislah kisah fieldtrip tu, ni aku nak kongsikan lagi mid-term exam aku yang dah aku lalui beberapa hari ni, memang gila la, dah la seminggu pula tu pi fieldtrip, balik hari jumaat, exam pertama hari isnin, memang penat gila, nasib hari jumaat tu, terus balik kolej masing2, klo ikut perancangan awal, kami kena bersihkan semua peralatan, tapi staff cakap kami boleh terus balik dan rehat..Dan semua exam mid-term yang aku dah lalui hardcore semuanya, rata2 takda MCQ, semua esei, tak kira pendek @ panjang, Aku tak la manja sangat mintak senangkan soalan midterm, tak la, aku cuma nak kongsi subjek2 aku sem ni dah mula masuk tahap yang serius di mana kita harus mengaplikasikan KBSR macam sekolah rendah dahulu dengan menajamkan thinking skill kita..haha, skema la pula..Apapun, aku masih bergantung ngan common sense aku sebab ya la, klo budak dah malas belajar tu sebelum final exam, macam ni la jadinya..haha, tapi dun worry~ aku akan cuba pastikan pointer aku tak jatuh macam sem lepas, parah doh kalau sem ni jatuh lagi, silap2 pngk angka 2, NO!! NO!!, aku dah bole kira bertaubat dari pengalaman yang lepas..haha, neway, kenangan terindah aku kat sini apabila kali pertama kolej aku menang citrawarna sempena hari konvo, walaupun tak terlibat secara langsung at least bangga la juga..haha (masih jeles tengok orang konvo~~ :p) ENJOY kolej aku punya persembahan ----> CITRAWARNA SAKURA 2014
No comments:
Post a Comment