Wednesday, 10 December 2014

Presentation Field Ecology paling EPIC!

YO!!

       Betul2 dah berhabuk ekk blog aku ni..Ni la cabarannya bila bergelar middle senior ni, dah mula masuk tahap kesibukan melampau sebelum masuk fasa kesibukan psiko final year nanti. Dah nak final exam kot, assignment pula mencurah macam hujan lebat, bagus juga kalau dapat siap cepat tapi hampir semua kerja berkumpulan, dah tu klo dapat member cincai, makin lambat la jawabnya proses siap assignment tu..haha..Apapun, dengan bangganya aku dah habis cerita dengan moth kesayangan aku, group aku dah habis present dah...haha!!..Group kami paling DAEBAK kot, bayangkan lecturer pun tak sangka lepas kena sampling balik kat kawasan universiti, selama 5 hari dah dapat ID at least 200++ species..SPECIES okay, bukan sampai family, sampai ke lubang cacing cari nama moth tu dan sampai nak gila jadinya, tapi tak la kot, steady saja..haha, itu pula baru species, klo ikut individuals, ada 600++ semuanya, hebat tak??..haha, dalam masa 5 hari pulak tu. sebenarnya, siang malam tu pergi ID, bagus la tu sebenarnya..lepas apa yang berlaku kat spesimen gunung gading tu, akhirnya result kat universiti pun membuahkan hasil, sampai dapat at least 8++ spesies endemik - spesies yang terdapat hanya di borneo saja. Tak sangka kawasan universiti aku ni boleh tahan juga biodiversitinya..haha

      Paling epik lagi tu, masa presentation  moth tu, lecturer pandang macam nak telan orang ja, macam bakal dihentam berhabis ni, sekali lepas bentang, soalan pertama lecturer tu, "apasal group korang macam ramai?", dan kami pun tak sangka soalan macam tu pula yang keluar, padahal semua group sama saja, ada 10 orang per group, ke dalam group aku ramai yang nampak 'sihat', sebab tu nampak macam ramai kot..LOLs~~ Apapun, soalan kedua epik lecturer sorang lagi bila dia tak percaya kami ID moth tu sampai tahap species, "Seriously, sampai spesies sekali??..Bukan family??" dan sambil tu, memandang ke arah lecturer yang guide kami untuk taxa insect, memang muka dorang muka in disbelieve, muka in astonishment, semua ada la..pastu terus lecturer tu sambung balik, "Tak pa la, tak jadi tanya soalan la.." LOLs, memang dah muka pasrah tu sebab kesian tengok muka penat kami ID moth..haha. Dan habis juga la presentation untuk subjek elektif aku juga, hari yang sama kot, 2 presentation dalam satu hari..memang penat la, tapi takpa, bila nak habiskan semua benda ni, jadi semangat pula..haha. Kebanyakan kelas aku pun dah mula sampai penghujungnya, Banyak kelas dah tamat so aku dah banyak cuti la tu..haha, cuti hari.

        Pasal kes nak study untuk final yang akan bermula 2 minggu lagi, aku pun sebenarnya tak tau bila nak mula, bila aku nak study, terbuat assignment la, tertidur la, tertengok anime la, runingman la, dan aku masih lagi terlibat dengan kes2 kumpul emas di kolej ni, apapun setakat ni, tak melibatkan sangat kerja berat sebab semua dah nak hentikan operasi sempena nak beri peluang budak2 kolej prepare untuk final exam..haa..Dan aku masih lagi berharap supaya aku terus kekal kat kolej ni, paling dekat ngan fakulti pula tu, tu yang sanggup bersengkang mata tu..haha, klo tak dah lama jejak kaki kat luar, tapi sejak kebelakangan ni bahaya la kawasan luar ni, dalam universiti dah tak selamat inikan kat luar pula, tu yang menguatkan azam aku untuk terus stay kat kolej..haha, apapun, aku kira2 tadi, ada 8 assingment lagi yang perlu aku siapkan, dah memang nak jadi gila pun ada tapi takpa aku try siapkan SEMUA minggu ni juga..haha.

#GOODLUCK

No comments:

Post a Comment