Friday, 14 August 2015

Menimba ilmu dan pengalaman di UNIMAS

Haa, dah tinggal setahun lagi sebelum betul2 graduat, aku cakap aku aktif tak la sangat kot tapi skop keaktifan aku lebih kepada mengumpul merit kolej sebab tak nak tinggal luar. Tapi aku baru perasan yang aku kurang menunjukkan 'kasih sayang' untuk UNIMAS..Apakah??..haha. Aku perasan aku tak aktif langsung dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab UNIMAS. Ada banyak sangat kelab dan persatuan, sampai aku dulu masa first year pening nak pilih tapi akhirnya tak join sangat mana2 kelab/persatuan pun, ikut pun sekadar daftar nama ada lah. Meeting berkala langsung tak tunjuk muka. Aku pernah daftar kelab PRIMU masa first year, PRIMU ni nama panjang dia Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS, banyak aktiviti mereka ni, semua aktiviti sukarelawan sampai ke SABAH dorang buat tapi malangnya aku kan cuma daftar nama, meeting satu pun tak datang sampai aku langsung tak tau apa2 pasal aktiviti mereka, satu lagi sebab adalah aku ni sibuk handle aktiviti kolej yang selalu sangat clash dengan aktiviti kelab dan aku pun quit kelab PRIMU tanpa aku sedari...

ref: unimasprimu.blogspot.com

Kelab kedua aku ikut adalah kelab BAYU (Badan Budaya UNIMAS), aku yang kayu balak tak melentur ni nak join aktiviti menari bagai..Apapun, BAYU ni skopnya bukan pada menari saja, ada gamelan, choir, drama. Aku join yang bab2 lakonan je, ada juga pengalaman aku dari sekolah menengah boleh aku terapkan masa nak join aktiviti  yang dianjurkan oleh persatuan drama mereka. Setiap bahagian dalam BAYU ni ada hari tertentu diadakan meeting dan latihan, tak silap aku drama lakonan punya meeting hari sabtu. ITU pun aku tak pernah hadir...haha. Serius bagai bayar duit ahli RM10 dan akhirnya jadi ahli 'hantu' dan ter-quit tanpa aku sedari. Aktiviti kolej biasa hari sabtu so memang clash la dengan meeting kelab, kebanyakan aktiviti kolej ni sama ada aku jadi ahli ataupun jadi ahli jawatankuasa untuk aktiviti tu so aku tak boleh join latihan drama, dan sebenarnya penghalang aku ni cuma aktiviti kolej...huhu. Dan aku juga pernah ikut Sekretariat PERSADA UNIMAS tapi yang ini sebab aku anak kelahiran FELDA, dan sebab tu kena join, dan sekali lagi aku tak pernah ikut apa2 aktiviti sekretariat ni. Banyak yang aku tertinggal ni.


ref: prsunimas.blogspot.com

Masa second year aku join persatuan Pembimbing Rakan Siswa UNIMAS (PRS UNIMAS), ITU juga aku tak pernah hadir dalam setiap meeting hari rabu mereka. Dari situ la aku dah give up nak ikut apa2 kelab dan persatuan sebab memang tak boleh bagi komitmen. Ada lagi kelab baru tahun ni, AIESEC, aku suka kelab tu sebab melibatkan antara Universiti sampai tahap international, dan aku teringin nak join tapi bila difikirkan balik dan ikut pengalaman yang lepas, aku tak jadi, rugi la daftar jadi ahli tapi akhirnya quit tak buat apa2. Jeles aku tengok room mate aku, dia junior tapi aktif gila dengan AIESEC, masuk UNIMAS ja dah aktif dan dia tu dah jadi orang 'besar' dalam kelab tu, aku jeles sangat dan dia tak libatkan sangat diri dalam aktiviti kolej sebaliknya dia pilih tinggal luar, aku tak kisah part tu yang penting aku ter-miss sebahagian memori yang aku nak kenang-kenangkan selepas graduat nanti..Aiseh, sedih la pulak. Yela, tambahan pula aku terasa bila kawan aku yang aktif kelab2 ni cakap kalau ikut aktiviti kelab/persatuan kat Universiti akan diiktiraf masa nak cari kerja nanti sebab dalam resume boleh letak sijil. Aktiviti kolej tak dapat menjamin semua tu sebab itu hanya jaminan untuk mendapatkan tempat tinggal dalam kolej.

Aku tak marah la pula sebab ada betulnya cakap mereka tu, aku pasti junior aku tu pun fikir hal yang sama. Dan TAADAA!!!, aku bila menginjak tahun akhir ni dah ada azam baru..haha. Disebabkan aku tak perlu dah berusaha sangat nak kumpul merit kolej sebab tak lama nak graduat (buat apa kumpul lagi...). Boleh dah aku luangkan masa untuk join aktiviti2 kelab/persatuan atau aktiviti peringkat Universiti. Anda mampu MENGUBAHnya!!. Tak terlewat lagi aku nak join ni. Apapun, aku dah mula nak aktif dan untuk memulakan langkah azam baru tu, aku bakal menjadi ahli jawatankuasa untuk aktiviti peringkat Universiti dan berkaitan dengan course aku. Aku memang berterima kasih kepada kawan aku yang sudi menolong aku dalam merealisasikan azam baru dan aku kini masih tengah survey kelab/persatuan yang aku rasa aku boleh bagi full komitmen..huhu. Takpa, slow2 la katakan. Banyak ni nak survey haha...

Nasihat aku kat pelajar baru a.k.a junior2 ni, aktifkan la diri anda dalam kelab2 dan persatuan2 dalam UNIMAS, best sebenarnya sebab memang tak akan bosan pun, lagipun banyak lagi kelab/persatuan mahupun sekretariat yang available dalam UNIMAS yang belum aku sebut, cuma kena cari yang sesuai ikut cita rasa la..haha. Dan kebanyakan aktiviti2 yang diadakan tu memang boleh buat rujukan masa nak buat resume nanti, itu lain cerita la. Yang paling PENTING adalah ilmu dan pengalaman masa join semua aktiviti2 tu, tak la bila dah keluar dari Universiti, kita terkial-kial tak tahu satu benda pun kecuali pegang degree, at least ada backup la tambah modal selain degree nampak la kematangan kat situ..haha..Dah la, aku tak pandai bagi nasihat la, sendiri mau rasa laa..haha. GOOD LUCK!

9 comments:

  1. Nak tanya. Untuk unimas kena buka akaun apa?

    ReplyDelete
  2. Hi,
    Mcm mana nak stay terus kat kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, xda cara lain dik, memang perlu slalu join setiap aktiviti2 anjuran kolej, kalau boleh jgn pernah miss aktiviti kolej kecuali yg clash dgn kelas la, sy sarankan bila nak ikut aktiviti kolej, cuba aim jadi pangkat ajk dan ke atas, sebab boleh dapat merit tinggi.

      Delete
    2. *atau join la pertandingan terbuka inter-kolej, merit disediakan mngikut pencapaian, contohnya, johan-4 merit, t.kedua-3 merit and so on. Lagi untung kalau masuk kelab under kolej sebab mereka ada bnyak event melibatkan interkolej

      Delete
  3. ada pluang ke tmpat kat u klau pointer 2.29?

    ReplyDelete
  4. Ada. Tapi tengok course yg awak pilih. Pointer syarat kelayakan masuk universiti minimum adalah 2.00 bagi kebanyakan course yg ditawarkan, tapi ada juga course yang nak kelayakan 2.50 ke atas.

    ReplyDelete
  5. Hi sya nak tanya yuran unimas beraoa eh? Ada elaun tak? Kalau ada yuran kita boleh cut-off from elaun ke? Btw, tq sbb sudi berkongsi penglaman di unimas.

    ReplyDelete