Sempena meraikan
minggu kedatangan pelajar baru ambilan september, aku share sedikit info
la bagi bakal pelajar yang DAPAT atau yang NAK memohon Ijazah Zoology kat UNIMAS
ni..hehe. Pertama sekali harus lah aku ingatkan korang, Zoology TIDAK SAMA dengan Veterinar (Graduan Zoology BUKAN Doktor Haiwan ye guyss...) dan ambik course Zoology ni pulak TIDAK semestinya kerja kat Zoo/Aquaria/Bird park dan sewaktu dengannya...haha. Sorry, post ni mungkin agak outdated sebab aku share berdasarkan pengalaman bertahun yang lalu..haha.
Yeah, dulu aku pun takut-takut ambik course ni, aku tau apa yang student baru rasa, bezanya aku memang nak course ni, konon dah sebati tengok National Geography dari kecik..huhu. Kelayakan memohon Ijazah Zoology kat Unimas ni agak rendah jugak la dan agak senang nak apply berbanding universiti lain yang menawarkan bidang yang sama, kelayakan pointer STPM/Asasi/Matrik cuma dalam lingkungan > 2.00, MUET band 2 ke atas dan pernah ambil subjek Biology taraf Matrikulasi/STPM/Diploma. Tak kisah la korang dari mana-mana bidang pun kalau pernah ambik subjek BIOLOGY atau subjek seangkatan dengannya masa korang kat Matrikulasi / FORM 6 / Diploma, korang dah cukup syarat memohon. Kalau nak ambik Diploma Zoology, aku tak tahu sangat sebab Unimas tak offer diploma tu.
Korang boleh check basic kelayakan untuk mohon Zoology Unimas kat link ni:
Point aku disini mesti ramai yang tak tau sangat pasal course ni pasal tu la course ni tak femes dan tak ramai yg mohon, lagipun skop kerja tak pernah tetap dan orang tak tahu macam mana nak mohon kerja berkaitan dengan degree ni. Apapun, kepada pelajar yang dapat / tak pernah memohon tapi dapat course ni, jangan la rasa kecewa dulu sebab course ni kalau minat seriously best, apa yang kita tengok kat National Geography dan Discovery, tu la yang kita belajar dalam course ni. Mungkin Malaysia tak tekankan sangat peranan zoologist ni, sebab tu la masih ramai orang tak tahu, sebab kurang pendedahan..
Yeah, dulu aku pun takut-takut ambik course ni, aku tau apa yang student baru rasa, bezanya aku memang nak course ni, konon dah sebati tengok National Geography dari kecik..huhu. Kelayakan memohon Ijazah Zoology kat Unimas ni agak rendah jugak la dan agak senang nak apply berbanding universiti lain yang menawarkan bidang yang sama, kelayakan pointer STPM/Asasi/Matrik cuma dalam lingkungan > 2.00, MUET band 2 ke atas dan pernah ambil subjek Biology taraf Matrikulasi/STPM/Diploma. Tak kisah la korang dari mana-mana bidang pun kalau pernah ambik subjek BIOLOGY atau subjek seangkatan dengannya masa korang kat Matrikulasi / FORM 6 / Diploma, korang dah cukup syarat memohon. Kalau nak ambik Diploma Zoology, aku tak tahu sangat sebab Unimas tak offer diploma tu.
Korang boleh check basic kelayakan untuk mohon Zoology Unimas kat link ni:
Point aku disini mesti ramai yang tak tau sangat pasal course ni pasal tu la course ni tak femes dan tak ramai yg mohon, lagipun skop kerja tak pernah tetap dan orang tak tahu macam mana nak mohon kerja berkaitan dengan degree ni. Apapun, kepada pelajar yang dapat / tak pernah memohon tapi dapat course ni, jangan la rasa kecewa dulu sebab course ni kalau minat seriously best, apa yang kita tengok kat National Geography dan Discovery, tu la yang kita belajar dalam course ni. Mungkin Malaysia tak tekankan sangat peranan zoologist ni, sebab tu la masih ramai orang tak tahu, sebab kurang pendedahan..
![]() |
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. (ref:www.frst.unimas.my) |
Firstly, aku kenalkan yang basic laa, Zoology tu nama femes je, kat UNIMAS kena guna nama panjang - Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber atau FSTS/FRST (eng) terletak kat kampus barat. Bangunan FSTS ni memang strategik, berhadapan Fakulti Engineering dan Fakulti IT, sebelah kolej kediaman SAKURA, dekat dengan Student Pavilion, mesin ATM dan 7-E. FSTS satu-satunya fakulti yang ada dua bangunan berbeza dalam kampus, setahu aku laa, yang aku cerita tadi tu bangunan induk, bangunan yang satu lagi adalah Makmal Luar FSTS, kami panggil EL (External Lab) terletak kat pertengahan jalan di antara kampus barat (induk) dan kampus timur (pra-U).
P/S: Pada tahun 2018, aku dimaklumkan bahawa bangunan EL ni dah ditutup dan tak akan digunakan lagi..T.T
External Lab FSTS bahagian tengah, ni bukan banjir tapi kesan pasang surut dari sungai berdekatan..haha
Bangga jugak la sebab budak2 Biotech dan Chem agak jeles tau dengan budak Zoology..haha, sebab course ni paling banyak fieldtrip. Yalah, kalau cramp berhabis belajar teori takda guna, kena ada praktikal juga, aku harap akan ada banyak fieldtrip untuk masa yang akan datang atau pun panjangkan masa fieldtrip masa korang dah enroll nanti. Serius kalau ikut fieldtrip Zoology, banyak yang kita belajar. Lagipun, sebagai bakal 'Zoologist' yang berjaya, memang tersangat la wajib untuk tahu macam mana nak handle haiwan terutamanya klasifikasi vertebrata (Herpetofauna, Aves, Entomology, Mammals, Fish), kot2 lepas graduat boleh buat research sendiri..haha.
Fieldtrip biasa kat mana? Dah namanya pun Zoology, kat hutan laaa tapi tak semestinya, ikut lecturer korang, kadang2 melawat zoo atau taman haiwan etc.. Bagi yang tak biasa pergi hutan dan dapat course ni, siap sedia la mental tu awal2...haha. Fieldtrip yang aku rasa paling best dari semua fieldtrip yang pernah aku pergi masa ambik course ni adalah fieldtrip untuk subjek Field Ecology masa 2nd year nanti. Dekat seminggu jugak la dalam hutan tuu...Kat situ la, kita belajar cara pasang perangkap, cara rekod data untuk 'catch and release' atau kumpul specimen (biasanya serangga) untuk rekod yang akan datang tapi masa 'catch and release' tu, ada juga haiwan mati masa kena perangkap, tu pun kena preserved juga, mana ada main buang atau main tanam. Takda seekor pun dibazirkan..hah..Boleh la dijadikan koleksi muzium zoologi kat FSTS.
Masa sampling tu, jangan risau la...setakat ni aku tak pernah lagi dengar student kena handle buaya, kerbau, lembu, oink-oink etc..haha. Kalau sampling mamalia, biasanya terhad kat tupai, monyet (observation bukan trapping), tikus, kelawar etc. Herpetofauna (dua alam) biasanya sampling katak atau kodok, ular jarang la sebab nak consider keselamatan student juga tapi kalau dapat ular pun biasanya staf yang handle-kan sebab mereka memang pro bab2 fauna ni..haha. Herpetofauna team ni selalunya best, sampling malam-malam buta tau. Burung (Aves) pun tak da masalah, segala burung boleh ditangkap untuk tujuan penyelidikan unless kalau ada student yang takut benda terbang la (biasanya trap atau just dengar bunyi kicau untuk tentukan spesies).. Haiwan akuatik ni jarang sikit sentuh sebab UNIMAS pun ada offer Ijazah Sains Akuatik tapi don't worry, Zoology ada gak cover pasal hidupan-hidupan akuatik ni cuma terhad kat hidupan sungai je la kalau sampling pun.
Kebanyakkan student pasti akan mengelak satu team ni masa sampling, apa lagi mesti lah team INSECT! ataupun nama femesnya Entomologi...Orang rasa kaji insect ni tak best, geli, takut dan tak suka sampling benda2 kecil ni etc..etc... dan kebanyakkan insect study ni tak menarik pun berbanding kelas2 haiwan lain. Team Entomologi satu-satunya team yang tak perlu catch dan release, mereka punya part ni sampai catch je pastu next step dah lain pulak...haha. Maksudnya? Team Insect ni kerja mereka tangkap dan bunuh untuk preserve, yes guys. Team Insect ni satu-satunya team yang kena preserve haiwan yang mereka tangkap jadi mereka yang tergolong dalam group ni, hati kena tabah tak boleh hati tisu..haha.. Tapi aku tetap minat entomologi..haha. Jangan risau, kita bunuh pun in most humane way bukan suka hati, ada cara dia. Tajuk projek tahun akhir aku pun pasal insects juga. Ikut minat korang jugak laa.. Masa fieldtrip tu la korang boleh tentukan minat korang ke arah mana sebab masa FYP nanti kena pilih tajuk research.
Setiap klasifikasi haiwan2 ni, ada cara trapping sendiri, ikut lah nak trap haiwan apa. Kalau tikus, macam biasa guna rat trap, kalau kelawar, guna harp trap, kalau burung, guna mist net dan kalau insect guna tangan sendiri, guna Pennsylvanian light trap (rama-rama/kumbang), dan ada yang perlu guna sweep net/butterfly trap untuk kupu-kupu.. Haa, banyak tau jenis trap..haha. Ikan pula bukan pakai pancing ye biasanya kita akan pakai minnow trap..kita nak tangkap dan lepas bukan nak mencederakan haiwan tu..
Boleh tengok pasal pengenalan course dan pengenalan subjek yang ditawarkan kat link ni -https://www.unimas.my/ws51-bachelor-of-science-with-honours-animal-resource-science-and-management
Kalau korang tanya aku skop kerja Zoology ni, banyak…Tak terkira. Kalau tak kisah kerja office atau kerja yang tidak berkaitan dengan degree, pergi la ambil peluang tersebut, kalau korang jenis yang tak memilih bidang kerja la.. Kalau alang2 dah grad Ijazah Zoology dan nak kerja yang ada kaitan dengan apa yang kita dah belajar boleh try apply kat Zoo, kat pejabat hidupan liar macam PERHILITAN atau kat kawasan hutan simpan (renjer/penyelidik kawasan), kerja bahagian vet pun boleh tapi terhad la sebab Zoology lain aliran dengan Veterinar, dan mostly kawan aku yang kerja kat klinik vet biasanya dapat pangkat 'nurse' atau clinic helper, doktor vet tu kena ada degree Vet, okayyy...
Mohon kat kawasan agriculture pun boleh, kenapa tak boleh pula?, ada saja pekerjaan yang melibatkan serangga perosak, bio-control. Boleh apply kat syarikat2 yang menawarkan kerja yang melibatkan penyelidikan lapangan seperti pest company etc. Macam-macam sebenarnya course Zoology ni boleh buat dan luas penggunaannya cuma kita yang tak nampak dan kena la buka mata sikit, boleh cari kat google skop2 kerja zoology, pasti banyak contoh. Pengetahuan pasal kegunaan zoology dalam alam pekerjaan tu kita akan dapat sepanjang tempoh kita belajar course ni. Mesti jenuh nak explain apa itu zoology kat sanak sodara, kannn??.haha... Zoology ni boleh bawak lagi jauh sampai tahap Researcher atau behavior specialist etc... tapi nak sampai tahap tu kena timba ilmu lagi tinggi la..haha
Dannn, apa yang berubah sebelum dan selepas aku ambik course ni??..Banyakkk bro, banyak. Tapi yang paling ketara sekali adalah tahap kesedaran aku mengenai haiwan2 kat Malaysia ni. Dulu aku memang mengaku aku agak ignorant pasal fauna2 ni dan bila aku belajar banyak dan mendalam lagi baru lah aku tahu ilmu aku selama ni ni tahap lecak selepas hujan je, ada lagi lautan luas kat luar sana yang belum dijelajah...chewahhh.. Antara pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan - budak zoology ni bila dah belajar animal kingdom dah pandai acah2 cakap bahasa tahap tinggi...haha. Contoh, instead of cakap nak makan sotong, kami cakap nak makan cephalopod, nak lagi dahsyat sampai sebut nama spesis sekali...
Nah, hadiah dari aku kerana berjaya baca sampai tahap ni...haha
Eupterote pallida ( Heterocera : Eupterotidae) |
Koleksi 'moth' fieldtrip untuk subjek Field Ecology |
kawan jinak nak ikut sampling juga..haha |
ingat senang nak ID moth?..haha (The Moths of Borneo by J.D. Holloway) |
Cicada |
Ambik kau!! |
Cakk!! Fruit bat |
Puntius sp. |
'Catch and Release' |
GOOD LUCK FELLOW ZOOLOGIST~
ZOOLOGY HEBAT!!!
thanks
ReplyDeleteok. no problem~
Deletehiii!! i nak tanya you more details about this course boleh tak? because i'm interested gila nak apply this course! hehe
ReplyDeleteHi! tanya la~ sy akan cuba tolong jawab
DeleteKalau ambek asasi sains hayat boleh smbung doctor veterina tak ?
ReplyDeleteBoleh je, kelayakan mohon lbih kurang macam doktor medik juga.
DeleteSalam. Hi. Sy nak tanya awak a few questions. Macam mana nak contact awak? By email je pn takpa. Urgent. Tq ya ��
ReplyDeleteHai, boleh contact sy melalui email sy annayui933@gmail.com
DeleteHai..kalau dah ada degree ni, boleh apply untuk doktor veterinar ke? How abt the pointer?
ReplyDeleteHai, setahu sy memang xboleh sbb zoology ni lain dgn veterinar. Nak apply jadi Dr. vet kena apply degree veterinar juga, bukan degree zoology.
DeleteHi.saya ada beberapa soalan.kos ni nk kelulusan spm je ke? Ataupun kena ada kelayakan lain?.
ReplyDeleteKelayakan lain tu saya maksudkan kelulusan matrikulasi atau spm
Deletehai,
Deletekos ni perlu kelayakan matrikulasi/asasi/stpm/diploma sahaja.
Hello.sya dpt kos ni sama cm akak.. N dkt unimas jugk.. Boleh saya nk tnya sepanjg aka beljar course nii ada x subjek yg mencabar bgi akak..yelah biologi mmg kena bnyk menghafal kan.. Subjek yg akak susah nk skor?? Sbb saya takut la jugk x boleh nk skor wlupon kat matrik saya boleh.. Lpstu cara pembelajran kat sana tu mcm mna eh?? Dia sama cm matrikulasi yg belajar laju2 ..or biasa2 ja...
ReplyDeleteHello,bagi sy subjek tahun 2 paling mencabar cthnya animal systematic, smua subjek tahun 2 bnyak teori dan hampir setiap subjek ada sesi lab so jadual mmg pack habis la, kalau rasa xboleh bawa jangan ambil bnyak subjek generik/elektif untuk tahun 2 ni. Cara pmbelajaran kat uni x rush mcm matrik, santai2 je tapi brgantung brapa subjek awk dftar juga. 😊
DeleteHi, thank you and i'm glad that you have enjoyed reading my entry. The answers to your questions,
ReplyDelete1). Yes. Main reason-this course also provide field trip to nearest zoo/park to practice and evaluate animal management, enrichments, suitable enclosure etc.
2). It's 100% in English :-D
apa requirement untuk masuk degree ni untuk budak diploma
ReplyDeleteHi, setahu sy requirements diploma at least pointer 2.00 dan ke atas, diploma yg berkaitan OR diploma lain xberkaitan pun boleh apply. Maklumat lanjut kat link ni:
Deletehttps://estudent.unimas.my/KemasukanSemesterKedua/KDSyaratKemasukan.jsp
Emm Hi. First of all, thanks for the blog, mmg membantu! Tapi saya agak keliru, saya budak spm 2017 dan saya tak pasti nak mohon course apa kat universiti utk sambung dlm bidang ni. thanks again.
ReplyDeleteHi, bidang ni perlu kelayakan matrikulasi/asasi/stpm/diploma. Kalau nak ambil bidang ni melalui universiti guna kelayakan spm, adik kena ambil asasi sains hayat atau ambil diploma yang berkaitan dengan biology lepas tu terus ambil bidang Zoology untuk Degree =)
DeleteHi hope you will notice me in this blog of yours.. Hmmm... Is this course more to what type of zoologist? Is it entomologist? Cos i prefer mamalogist..
ReplyDeleteHi! This course covers all (Aves, Entomology, Herpetofauna, Mammal, Fish) , less focus on aquatic animal since unimas also offers degree in aquatic science. Your choice of specific animal class begins with your final year project (fyp). So, if you want to be mammalogist then you need to find fyp lecturer/supervisor that offers project title related to mammals.
DeleteThanks for this. Sgt2 mmbntu sbb sy Mmg Nk ambik zoology.one question, kalau sy ambik ecology, boleh x further dlm zoology in future. Like nnti ambik master ke for example. Thanks again Kak.
ReplyDeleteHi, sangat digalakkan. Ecology ni salah satu aspek penting dalam bidang zoology. You're welcome 😁
Deletehai..may i know what did u do for fyp? it it taxa insect..?
ReplyDeleteHi, my fyp was more into insect ecology, no systematic involved. However, I did the species identification for fyp but unfortunately that's all.��
Deletekalo nak masuk course ni sy kene amik stpm.masaa masuk stpm tu sy kene amik subjek apa,ekonomi,akaun,sains tulen ,or cane
ReplyDeleteSains tulen, perlu subjek biology
Deletehi! nak tanya
ReplyDelete1) kalau fieldtrip tu, setiap sem ada ka? or certain sem shj ada?
2)slalunya fieldtrip tu kwsan mana kamu prgi d kwsan swk shj kah?
1. Bukan setiap sem. Ikut subjek, ada yang perlu latihan praktikal dan ada yang just lawatan semata-mata plus sedikit assignment.
Delete2. Kawasan Swk ja, lain lah kalau final year project tapi jarang lah luar dari swk unless sambung Master.
nk tnya ni course ni dlm diploma or degree?
ReplyDeleteDegree. :)
Delete1. Kalau UNIMAS, ada dua subjek bio-statistik, kena belajar Normal Distribution etc, ANOVA, Chi square, kena pakai statistic software macam SPSS dan lain2. Uni lain tak tau.
ReplyDelete2. Yes. Akan ada subjek bedah haiwan untuk preservation etc.
Ap yg kene credit kalau bgi lpsn SPM ?
ReplyDeleteKalau tak silap sy, Zoology ni hanya ditawarkan masa degree, so selepas spm nanti kena ambil aliran sains dari matrik/stpm/diploma.
DeleteHaii.. thankyou for this blog. Saya nak tnyaa , apa diantara subjek yang mencabar kalaau nak nak apply zoology ni. And best tak bidang ni. Heheh .
ReplyDeleteHaii..sy bagi opinion pasal zoology kat unimas je la. uni lain tak pasti. Zoology kat unimas ada subjek matematik tapi mostly statistik la, ada yg kena pakai software dan ada yg kena kira guna formula.
ReplyDeleteNext, subjek yg student selalu sangkut adalah subjek 2nd year seperti yang sy nyatakan kat atas sebab mostly kena hafal dan hafal tu pulak bukan sikit2 ye dan kena faham la juga..haha.
Best tak best tu, ikut org jugak..sy suka sebab mmg dah minat dan banyak field trip. Kalau dulu, kita cuma tahu mamalia, reptilia. Masuk zoology course, belajar benda baru lagi - herpetofauna (haiwan dua alam), aves (birds) dan fish/ichthyology dan banyak lagi.
hi!
ReplyDeletedo we actually have to touch the insects?
At some point, yes. In Entomology subject, you need to collect insect specimens for your assignment and you need to "spread" the insect wings (beetles/moth/butterfly etc) and legs on styrofoam board for preservation. But do not worry if you really cannot handle insects since most of the assignments are in team, not individual.
DeleteHi! Saya akan ambil SPM tahun depan, jadi boleh beritahu saya score kelayakan untuk bidang zoologist ni? Berapa A dan subjek2 apa yang patut saya perkukuhkan? Tq
ReplyDeleteZoology ni setahu saya hanya ditawarkan masa degree sahaja. Jadi untuk SPM, kena ambil aliran sains dan seterusnya sambung STPM atau Matrik atau Asasi dalam aliran sains juga sebab kelayakan utama Zoology kat Unimas adalah at least Biology - C+ dan lulus bahasa Inggeris (tahap Matrik/Asasi). Tapi, nak tahu lebih lanjut mengenai kelayakan tambahan kena cek kat website universiti yang menawarkan Zoology sebab lain universiti lain kelayakan yang diminta.
ReplyDeletekelayakan utama Zoology kat Unimas adalah at least Biology C+ dan lulus bahasa Inggeris (tahap Matrik/Asasi) **dengan pointer at least 2.00 dan Muet Band 1.
DeleteAsalammualaikum.. Saya nk tnya. .Dulu time dip saya amik kos perladangan. .Ade jugak beljr sikit2 pasal insect ni. .Agak2 boleh minta tk kos ni??
ReplyDeleteHi, kalau masa dip. dulu pernah ambik subjek berkaitan seperti ekologi/biodiversiti atau apa2 branch biologi etc boleh mohon degree ni.
DeleteHi, diploma apa yg sesuai utk course ni?
ReplyDeleteHi, sebenarnya asal diploma tu berkait rapat dengan bidang biology boleh memohon course ni.
DeleteHai nak tanya selain course zoology apa lagi course yang berkaitan dengan zoologi yang boleh apply kat UA. Contoh cam ekology. Sebab i try to find UA yang tawarkan course zoology tapi tak banyak :')
ReplyDeleteCourse zoology ni memang terhad pun, dan universiti yang tawarkan zoology pulak pakai nama lain2 so kadang2 kita pun tak sedar tu sebenarnya course zoology..haha.
Deletecontoh course zoology ataupun yang berkaitan dengan zoology;
1. https://goo.gl/qys52k
2. https://goo.gl/kWBsDz
3. https://goo.gl/SDqWTG
4. https://goo.gl/xU9idp
5. https://goo.gl/H37q2m
6. https://goo.gl/wQ9qEC
7. https://goo.gl/bnd4v5
8. https://goo.gl/CJGEJL
9. https://goo.gl/sqv9YY
10. https://goo.gl/pndCyA
11. https://goo.gl/xGthvF
12. https://goo.gl/FWucPF
13. https://goo.gl/NZStk8 (FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN)
This course will be difficult or not, do i need to revise extra to prepare the exams? Which sem need to hafal alot
ReplyDelete1. Not difficult to score if you have interest.
Delete2. Of course, but sometimes revision is depend on the lecturer too, if lecturer give you additional paper/notes/journals other than lecture notes, better read it all. Most exam questions follow lecture notes, some might demand you to use 100% of your brain capacity :-D
3. Tahun 2 subjects are mostly dry subjects (Sem 3 + Sem 4 combined), meaning need to read, hafal a lot, need to learn software used in certain subjects and need to do calculations etc, also your schedule will be super tight since most subjects have lab session too.
Hi. Initially I applied for Biotech but got Zoology instead. Was wondering is it hard if I don't have much basics because I studied Medical Lab Tech previously for my Diploma. Were you a Foundation, Diploma or STPM holder before?
ReplyDeleteHi, you don't have to worry if you have no basics in zoology or related courses at all. The syllabus is pretty much similar to other Biology-related courses except Zoology is focusing more into animal biology. It is actually good if you have strong basic in Biology subject as you will become familiar with most of terminologies used in this course. As long as you are interested in Zoology, you definitely can score this course. I graduated from Matriculation :)
DeleteYear 2 will be difficult? Compare to year 1 and 2? the syllabus that you gave is all about animals or have about some environment
ReplyDeletePretty difficult. Most Year 2 subjects are dry subjects. You will be introduced into your Major subjects starting from Year 2 and you will have to learn lots of terminologies, definitions etc. Year 2 subjects focus into animal ecology/biology and related issues of it. Year 1 subjects are slightly advanced science from basics that we've learnt during pre-University.
DeleteHi, can I know if after finishing degree in this course, can I still work as medical doctor or what? What if I want to continue with master in biomedical field, should I take this course?
ReplyDeleteNope. This course has no relation with medical field at all because this course is mainly focusing on animal biology and conservation and you will not graduate as a veterinarian etc. You still can continue Master in biomedical field with this degree however if you want to do research mode, your research title will be more related to animal-borne diseases (how it spread, how to prevent, why it happened....) mostly on molecular level but not as far as curing the patient since you don't have medical degree.
DeleteHi, kalau nak pergi pharmaceutical dengan degree ni boleh tak? Macam buat ubat untuk haiwan? Kena master dalam bidang apa dan ada mana-mana uni yang menawarkan Master ini tak? Kalau pergi master mahal tak? Terima kasih.
DeleteHi, malangnya tak boleh. Sebab Zoologi fokus kat sains haiwan sahaja bukan perubatan haiwan. Nak jadi Dr. vet atau Vet pharmacy kena ambik degree vet atau degree vet pharmacy jugak. Kalau tak ambik degree perubatan rasanya tiada Master yang menawarkan bidang perubatan dan grad jadi Dr. Nak ambik Master berkaitan perubatan kena ada degree perubatan jugak.
DeleteHi my name is arissa. I have a question , I really want to be a zoologist but i took accounts stream at school in form 4 and 5 , will i still be able to take zoology courses in university after spm? I am looking forward for your replies , thank you.
ReplyDeleteHi, unfortunately you still need to take biology subject (Form 6/foundation) or biology-related subject (usually Dip.) to apply for zoology courses in University.
DeleteHai tahun depan saya dpt result spm 2019 , mana mcm pula nk masuk bidng ni.. kena pergi mana ii laluan lain ke?
ReplyDeleteHai, kalau spm awk bidang sains tulen, ada tiga cara - sama ada melalui asasi/matrikulasi, sains tulen stpm atau diploma sains. Kalau bukan bidang sains tulen, agak susah sebab kelayakan nak mohon Degree Zoology perlu ada subjek Biology.
DeleteHi sya ambil diploma biomedical engineering. Tapi degree nk ambil course ni atau animals SC. Sbb sya suka sngat ngan haiwan nii. Sbb tak mampu nak jadi vet, kita ambil yg dekat2 jee asal boleh sentuh haiwan. Hehe
ReplyDeleteHi, kalau ada ambik subjek biology atau related biasanya boleh je apply tak kira dari engineering or medic etc. Setahu sy la sbb subjek biology tu perlu.
DeleteTry apply je.
DeleteRasa2 bole tak ea? Dari engineering ke zoology?
ReplyDeleteSaya tolong jawabkan🙋♂️..boleh klau time engineering tu ko blaja biology sbb requirement course kene ade subjek biology.
DeleteAsalamualaikum sis😁 kalo student diploma engineering boleh amik degree zoology tak?jawapan anda amat saya hargai.
ReplyDeleteHi kak bole saya nak tau what your job scope now??
ReplyDeleteHi, sy skrng sambung MSc, tak kerja lagi.. :-)
ReplyDeleteTapi previous part time sy kat klinik haiwan kiranya mcm nurse vet la - skop kerja-jaga haiwan sakit, tlg dr vet rawat haiwan etc tapi administer ubat/surgery tu dr vet yg buat, sy jadi assistant je.
DeleteHi nak tanya, saya tengok banyak field trip untuk subjek ni. Most field trip kena bayar sendiri eh? Banyak pakai duit tak amik course ni?
ReplyDeleteMost field trip mmg ada yg berbayar contohnya bayaran masuk ke national park atau zoo, pengangkutan, peralatan etc tu semua under fakulti/uni. Tapi secara overall, course ni tak pakai bnyak duit pun.
DeleteHai nak tnya...kos ni maknanya boleh la buat latihan industri dekat veterinar? Dan apa job scope dia?
ReplyDeleteBoleh. Tapi job scope dia general ja. Biasanya jadi pembantu klinik, jaga haiwan sakit yg kena stay kat klinik tu, tolong vet masa surgery etc.
DeleteHi nk tanya:
ReplyDelete1.rasa2 nye if BI and MATH agak low,struggle tak nk belajar dlm course ni?sbb saya pelajar sains tulen but belajar biologi dlm BM sooo rasanye struggle tak nnti amik course ni?
2.ada byk ke presentation yg kena buat sorang2?
3.saya suka course ni tapi kalau kita jenis yg susah nk hafal agak2 blh survive tak if amik course ni?
Belajar bio dlm bm tu spm ke? Kalau sambung pre-uni (stpm, matriks, diploma) biasanya dlm bi, so kalau tiba masa nak ambil degree zoology sepatutnya akan biasa dgn terminologi sains dlm bi. Dlm kos ni ada math tapi mostly statistik dan agak basic jugak la tak susah mcm add math.. Kalau suka statistik, takda masalah rasanya. :-)
DeletePresentation sorang2 satu je kot, ni masa final year project (fyp) nnt sbb ni penyelidikan awk sendiri. Presentation assignment subjek etc biasanya by group sbb student ramai.
DeleteSy pun jenis yg susah hafal tapi kalau awk btul2 minat, mesti boleh survive punya.. Kalau risau sgt tak boleh skor exam, buat assignment dan lab report sebaik yg mungkin sbb setahu sy, markah 60% assignments + 40% exam = gpa awk, itupun kalau takda perubahan la.
hai kak, even saya ambil subjek biologi waktu form 4 & 5, kena ambil stpm jugak ke?
ReplyDeleteTak, boleh mohon asasi/matrik even diploma sekalipun. Tak kisah sambung mana, asal ada subjek bio masa SPM dan pre-universiti
Deletehi again, tentang yuran untuk masuk u mcm mna eh? dah cuba buat research tapi tak berapa faham
ReplyDeleteHi, yuran uni ni ada dua jenis. Yuran berulang dan yuran tak berulang. Yuran berulang ni yg kita akan bayar setiap semester dan bayaran dia sama sja cthnya yuran library, yuran pengajian etc. Yuran tak berulang ni pulak adalah yuran miscellaneous seperti yuran kokum, yuran pertama kali mendaftar uni etc tapi bukan bayar setiap sem cuma bayar sekali sja sepanjang pengajian dan ni dah included dlm yuran berulang juga masa nak byr tu.
DeleteCth yuran berulang, kalau kos pengajian tu RM1800/sem, so kena byr RM1800 tu setiap permulaan semester. Kalau ada yuran tak berulang dlm salah satu semester tu, kena bayar RM1800++ untuk semester tu sja.
Kalau dpt scholarship atau ambik ptptn, biasanya tak perlu risau pasal yuran sbb akan auto potong dari acc. Kalau bercadang nak biayai sendiri, kena byr sendiri melalui online kat website bendahari uni atau byr pakai cek bank under nama uni.
Yuran uni kena bayar dulu baru dapat daftar subjek untuk semester baru. Kalau lewat bayar yuran, kena bayar penalty fee pulak.
Hi saya nnti akan masuk ke bidang sains penternakan bulan 10 utk first year , bljar dlm course ni 4 tahun di umk. St nk bertanya boleh ke sy melanjutkan master nnti dlm bidang zoology ? And ipta Mana yang menawarkan master in zoology ?
ReplyDeleteHi, boleh. Setakat ni, UKM ada tawarkan Master in Zoology tapi rasanya tu coursework (tiada penyelidikan) https://www.ukm.my/portal/master/master-science-technology/. Kalau tak berminat buat penyelidikan boleh mohon tu. Kalau mod penyelidikan, uni yang ada menawarkan degree berkaitan zoology juga ada menawarkan Master in Zoology.
Deletehi, saya ditawarkan dr upu utk masuk dlm bidang ni tapi sya lebih berminat dlm vet. boleh ka saya lanjutkan tawaran ni dan sambung dlm vet kedoktoran....pls advice.
ReplyDeleteHi, tahniah. Tapi kalau awak betul2 nak buat degree vet better try tukar course, try google macam mana prosedur nak tukar course/uni sbb setiap uni lain prosedur. Nak jadi dr. vet kena ada degree vet juga, takda advance degree (postgraduate) untuk jadi Dr.vet sbb still perlu degree in animal medical practices. Zoology tak sama dengan Vet sbb takda belajar medical2 ni, just purely animal science. Kalau nak ambik Zoology juga, untuk jadi dr.vet, awk still kena ambik degree Vet so Degree Zoology + Degree Vet = 8 tahun, nnt buang masa awk.. :-)
DeleteSelamat sejahtera kepada penulis article zoologist ini. Saya rasa sedikit lega bila baca sampai habis. Anak saya hampir setahun habis belajar zoologist ini di UNIMAS. Tetapi Malang, sebab pandemic covid 19, mereka belum konvokesyen. Saya sering dan siang malam memikirkan "Kemana anak saya selepas graduate nanti?" Apa kerja? Sendiri? Modal? Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awamkah? Anak saya belum ada seorang pun yang kerja"makan gaji." Mereka ada 8 orang adik beradik. Yang ini anak nombor 4. Jadi, saya sekali lagi hendak mendengar pandangan dan pendapat penulis dalam perkara ini. Terima kasih
ReplyDeleteKak,bleh mnta email.
ReplyDeleteSenang sikit nak bertanya.
��
Hi, boleh emel saya di annayui933@gmail.com
DeleteKak,boleh minta e-mail.
ReplyDeleteHi, boleh emel saya di annayui933@gmail.com
DeleteHi.Thank you so much for this wonderful blog .I just finished my spm and got my results recently.My parents are little concerned about my future career since i spoke to them about taking this course due to my interest.Do you think if i manage to get a degree in this course will i be able to work at overseas? Saya tahu ada banyak skop kerja dalam bidang ni tapi saya cuma x tahu kalau saya ada future kat sini sahaja ke atau boleh kerja kat overseas dengan degree ini...please help me explain abt this kak.thank you ;)
ReplyDeletekak, saya nak tanya. course ni hbes je blaja degree ape laluan kerjaya boleh jadi selain zoology?
ReplyDeleteHai kak, saya tak ambik subjek biology dlm spm dan sekarang saya sedang ambik STAM.
ReplyDeleteSoalan saya,adakah saya perlu ambik subjek biology jika berminat dengan kos ni?
if dari diploma logistik dan rantaian bekalan , boleh tak kalau saya nak apply course ni ?
ReplyDeleteAssalamualaikum and good evening, I'm a form 5 student of MRSM Merbok. I have been assigned to prepare a folio related to the career that I interested. If you do not mind, may i interview you for my school assignment? The answers can be emailed to alliaramlee05@gmail.com . I really hope you can spend some time for the interview session. Thank you.😊
ReplyDeleteThese are the questions for today's interview.
1. What is doctor's full name, position, company name and workplace?
2. What is your original/first dream career?
3. What are the preparations or approval required to enter the veterinarian field?
4. What do you do at work everyday?
5. The opportunity is bright or not for this job in nowadays and future?
6. How does your job affect your lifestyle? (Family, properties, free time, holidays, social life)
7. How much is your estimated monthly income after several years of working in this field?
8. How much is your estimated income when starting work in this field?
9. What other jobs would allow you to use the same skills?
10. What are your advices for me if i am interested in this field?
Sis Kalau saya dari Asasi sains fizikal boleka saya ambil course ni?
ReplyDeleteMay I know public admin can enter this course?
ReplyDelete