Monday, 31 August 2015

Final Year Project (Research Mode)


Dah pula kisah aku bergelar final year student, kena fikir pasal projek tahun akhir lagi..Waa, kegerunan bertambah doh!. Apapun, aku dah mulakan phase aku sebagai pelajar tahun akhir dengan memulakan sampling untuk research aku. Sesuai la dengan tajuk aku, “Species Composition of True Bugs in Borneo Highlands, Padawan, Sarawak”, so tempat sampling kat Borneo Highlands laa...Perjalanan aku ke sana bermula 20 hb bulan ni sehingga 27 hb. Bukan aku sorang2 pergi la, yang pergi ni melibatkan pelajar yang buat research pasal insects, so supervisor yang specialist dalam bidang insect ni berkumpul bersama dengan ‘anak2 buah mereka’ termasuk aku, dan 2 orang staff ikut sama. Ada tiga supervisor dan setiap mereka ada 6-7 anak buah, so bilangan kami macam 20++ juga la. Aku sebenarnya risau pasal bajet sebab berdasarkan mentor merangkap supervisor aku (hehe…) ada cakap yang trip ke sana agak costly. Ptptn tak masuk lagi sebab belum mula semester, bapak aku bagi cukup2 makan ja..huhu, DAN nasib baik akhirnya kena bayar RM100 saja sebab kena support dengan grant research supervisor kami…Selamat la part tu..haha

Gerbang masuk Borneo Highlands resort
 

Hari pertama, masa tu kami sampai waktu tengah hari dan bila turun saja dari kenderaan, kami dah busy kemas barang sampling masing2, sampai kena ada list ‘siapa pinjam apa’ sebab takut barang hilang..haha. Memang agak hectic juga la masa tu, rehat pun sekejap saja, pastu sambung buat kerja masing2. Petang tu dah supervisor suruh berkumpul dan kami kena survey semua area nak tengok area mana sesuai untuk sampling, terutamanya untuk pelajar yang kena guna Modified Pennsylvanian Light Trap dan White Screen method.

Untuk research aku, tak perlu strict sangat sebab true bugs ni ada kat mana2 pokok Cuma KENA pandai cari..haha, lagipun method utama aku kena tangkap guna tangan ataupun guna aerial net. So, petang tu terpaksa la aku, sorang pelajar postgrad dan dua orang kawan yang buat tajuk pasal true bugs menjadi spongebob squarepant(s) dengan pegang aerial net dan swing macam orang gila bila nampak bugs on sight…haha. Lagipun bukan la susah cari bugs tu sebab boleh tengok dari cara terbang bugs tu, so tahu la mana satu true bugs atau beetles etc. Part tu aku berterima kasih sangat dengan kakak postgrad yang buat tajuk yang sama sebab sanggup beri tunjuk ajar..huhu

Malam hari pertama tu pula, takda rehat lagi, kena pasang light trap dan white screen, dah la kawasan tu bukit, turun naik semput doh...Masa pasang tu dalam jam 6 petang kot, wah, memang kena kerah habis kudrat anak jantan nak pasang trap semua, sebab light trap dan white screen perlukan lampu, dah punca elektrik tu pula dari generator, punya seksa tengok staff dan pelajar lelaki bawa generator full berisi diesel ke tempat sampling, turun bukit memang ‘heaven’ sikit la, ni kena NAIK bukit pula, terasa berganda-ganda berat, jauh pulak tu tempat yang nak pasang tu..aiseh…

Lepas tu, jam 9 malam, kena check trap tu semua, dan masa sebelum jam 9 tu la masa rehat kami. Disebabkan true bugs juga tertarik dengan cahaya, aku kena juga la ikut jenguk white screen dan light trap tu masa jam 9 malam nanti. Masa jenguk tu agak seksa juga la sebab hampir semua insect tertarik dengan cahaya, terutamanya moth, banyak gila sampai kalau duduk berdekatan dengan screen tu, konpem kena ‘langgar’, lagi dahsyat kalau kena ‘langgar’ dengan moth yang besar macam golongan family sphingidae etc, macam kena baling dengan batu, dah tu semua asyik datang ‘terjun’ ke screen tu…haha.

Peta Borneo Highlands Resort

Apapun, hasil dari white screen dan light trap tak memberansangkan sangat, aku ingat macam seekor dapat dari white screen dan beberapa ekor dari light trap malam tu, berbanding tangkap guna tangan dan guna aerial net memang method light trap dan white screen tak digalakkan sangat. Hari kedua, awal pagi macam jam 6 pagi macam tu, dah kena bangun untuk kemas light trap dan white screen, pastu kena sorting insects yang terperangkap kat light trap, pelajar yang buat tajuk true bugs ambil true bugs saja, yang buat tajuk beetle ambil beetle saja, macam tu la seterusnya. Tapi seingat aku, aku tak pernah join kemas trap jam 6 pagi tu, apanya tak join kalau aku bangun saja, mereka dah siap kemas. Tak kejutkan aku pun..T.T.

Apapun, aku juga yang salah dah memang tanggungjawab aku bangun sendiri…huhu. Lepas tu, jam 8 pagi macam tu dah kena keluar cari true bugs kat pokok2 yang berdekatan. Kat Borneo Highlands ni, sebab kawasan tu resort, banyak pokok berbunga so memang banyak la juga pokok yang kami kena survey..haha, sampai tengah hari kami cari true bugs, memang ok juga la hasil tapi masih tak cukup untuk tajuk aku. Entah la, mungkin tak kena method cari kot maklum lah masih level amateur..haha. Kadang2 tempat kami berubah, hari kedua dan ke-empat kami pergi ke Kalimantan border view point, dekat2 puncak Gunung Pennrissen la, untuk sampling, itupun hasil tak seberapa.

Masa tengah hari hingga jam 6 petang tu la masa rehat kami. Pastu jam 6 petang pasang light trap dan white screen, jam 9 malam kena check dan tangkap true bugs on sight dan 6 pagi esoknya kena kemas balik, lebih kurang hari seterusnya dan seterusnya mula rutin yang sama sahaja. Masa hari terakhir tu juga la, baru la aku rasa berat nak tinggalkan tempat tu sebab nyaman, sejuk, selesa, kawasan tanah tinggi pulak tu..haha, masa tu juga la yang paling sibuk, sama sibuk dengan hari pertama, kena kemas barang semua, kena check barang nak pastikan barang tak hilang, dan pulang ke UNIMAS dalam masa tengah hari macam tu, sampai UNIMAS dalam jam 2 petang, dan kerja tak habis lagi tu, kena punggah barang2 dan letak balik kat tempat asal..haha. Lagi malang, aku dan 3 orang lagi stranded sebab tempat tinggal aku jauh, disebabkan aku dan dua orang lagi menumpang di rumah kawan sorang ni kat luar, selepas menunggu sejam macam tu baru la pulang ke rumah kawan dengan bantuan fetching service..haha

Swan Lake

Banyak la pengalaman yang aku dapat masa sampling. Kat sana pagi, petang, malam kena pakai sweater sebab sejuk!!!., tengah hari tak lah sejuk sangat kot. Pastu, kami, pelajar kena bayar RM 100 pun sebenarnya dah bertuah sebab bajet sampling ni mahal, dalam RM 9000++, kalau bukan sebab guna grant research supervisor, kami mungkin kena bayar RM 200++, wah memang terkejut la mula2 bila dengar bajet gemilang, terbilang macam tu..haha. Paling dahsyat bila bajet pengangkutan saja dah RM4000++…memang terbeliak mata bila tahu, dah tu, kami turun naik ke kawasan puncak gunung Pennrissen kat Kalimantan border view point dah kena bayar RM 10 seorang untuk turun dan naik sebab kena guna kenderaan yang Borneo Highlands provide-kan, turun naik kawasan kaki bukit dan ke tempat tinggal kami tu dah RM50 seorang, pastu kami tinggal kat kabin, memang grand la juga walaupun kami bersempit sebab pelajar perempuan ramai. Itupun, RM150 per day, dan harga tu untuk per kabin tu kot!!. Supervisor tempah 3 kabin untuk seminggu, bayangkan laa bajet tu…haha


Kalimantan border viewpoint, sebelah kanan dah kawasan Kalimantan


Pastu, masa lawat Kalimantan border viewpoint tu memang DAEBAK!, macam kat Jurassic park ja, hutan dia memang genuine gila pastu dengan dilitupi kabus2..woahhhh!!..Haha. Amazed juga la sebab first time tengok tempat macam tu. Memang recommended sangat kalau pergi Borneo Highlands. Berdekatan dengan kabin kami ada ladang kuda, jelesnya kawan aku dapat gambar dengan kuda, wargghhhh!!. Aku tak dapat join sebab malas nak join, kena naik bukit baru sampai, aku pulak yang rugi..meraung doh hari terakhir tak dapat gambar ngan kuda..haha. Dan aku sempat juga lah pergi swan lake, kat situ aku mempraktis level fotografi aku, habis bunga2 kat situ aku gambar. Dan pengalaman aku yang paling nightmare masa hari2 sampling tetiba aku kena gossip dengan sorang ni, adoi, bermula la ‘episod’ drama aku dan dia..aiseh, kawan2 yang tahu kisah tu dah hari2 tanya bila episode seterusnya, pening dah kepala aku masa tu. Ni kawan sorang punya pasal la ni, mulut masin..haha. Apa yang dia cakap pasti berlaku..haha. Nasib la si dia ni digossipkan lagi dengan kawan sorang tu, so terlepas lah aku dari ‘curse’ tu dan berakhirlah episode aku dan dia..haha.

Satu lagi nightmare masa sampling tu, aku dan 3 orang lagi jadi ahli logistik, so kami la geng yang paling kelam kabut hari pertama, hari lain tak sangat busy pasal logistik dah tersangat la kelam kabut pada hari terakhir sebab kena kira balik semua alat sampling dan alat memasak, berlari macam kanak2 masa tengah kira tu…haha. Happy kids! Dah tu pula ada barang yang hilang, nasib baik hanya bilangan gelas, sudu dan garfu yang kurang, kalau peralatan sampling yang hilang, habis lah kami…huhu. Apapun, yang paling bestnya tu, kawan2 tolong juga walaupun bukan berkaitan dengan tajuk dorang, dah tu terjumpa spesis yang kawan lain perlukan kat depan mata takkan biarkan saja..huhu. Memang banyak sangat kisah sampling ni, ada good side, ada bad side, tapi kalau aku cerita lagi, dah jadi blog baru..haha. Ni tinggal nak buat proposal lagi, waahhh!! Bermula lagi nightmare yang baru..haha

 Aku belanja sikit gambar skill fotografi aku kat swan lake...



***THE END***

3 comments:

  1. hai, boleh sy tau apa jenis vegetation yg ada dekat borneo highland?

    ReplyDelete
  2. Hai, sy pun tak pasti sangat tapi kalau kat kawasan resort tu, secondary forest.

    ReplyDelete
  3. mungkin juga dipterocarp forest.

    ReplyDelete